Excerpt

Tuesday, October 31, 2006

Darwisy di Hari Raya

seperti yang dijanjikan, kami dah upload sedikit gambar Darwisy semasa hari raya aidilfitri di kampung. sebenarnya ada banyak lagi gambar kat dalam camera tu kami tak upload sebab takut tak cukup space. kalau nak tengok semua, datanglah ke rumah nanti kami bagi tengok album hehehe :-)

[mygal=raya]

Monday, October 30, 2006

Selamat Kembali ke KL

a'kum dan salam sejahtera semua. setelah seminggu bercuti raya di kampung, kini kami dah selamat pulang ke KL semula pada hari sabtu 28/10/2006.

dan selama seminggu itu juga kami telah melalui banyak kenangan di hari raya bersama darwisy. ...
Read more »

Friday, October 20, 2006

Darwisy nak balik kampung

yea yea hari ni darwisy nak balik kampung. first time darwisy nak sambut raya aidilfitri. mesti nenek kat kampung tak sabar nak jumpa darwisy :-)

"berkemungkinan" dalam masa cuti seminggu ni kami tak dapat update website sebab bercuti kat kampung. ...
Read more »

Thursday, October 19, 2006

Dah pandai nak pegang botol susu

minumsusu

tengok la tangan dia yang tembam tu! geram aje bila tengok dia dah pandai nak pegang botol susu sendiri. lepas tu sibuk la nak main cabut2 pulak. bila nak masukkan balik dalam mulut mesti tak boleh. kejap ke pipi lah, ke dahi lah :-P iyelah belum pass lagi hihihi

Sunday, October 8, 2006

Darwisy shopping sakan

hari ni adalah hari pertama darwisy menjejakkan roda stroller ke KL. dan hari tu juga adalah hari pertama darwisy naik train Putra. sedangkan abah dah 27 tahun, itulah kali ke-2 naik train :-D

hari ni still bulan puasa lagi, so kenalah ...
Read more »

Saturday, October 7, 2006

kuliah subuh bersama darwisy

tajuk kuliah subuh kita pada pagi ini ialah "ndeh ndeh" (hanya darwisy sahaja yang paham)

hehe... hari ni subuh lagi dah bangun bagi kuliah. bercakap sorang - sorang, mama ngan abah langsung tak paham. skang ni tidur pon dah lasak. kalau malam lurus, pagi dah melintang. pernah sekali tu dah sampai terkeluar dari kelambu baby :-)

Monday, October 2, 2006

darwisy tengah berusaha

hehehe :-D (belum apa2 dah gelak)

bukan apa, skang ni darwisy tengah belajar nak baring balik lepas meniarap. kelakar je tengok muka dia yang tembam tu. bila dah meniarap mesti susah nak baring balik. itula yang dia tengah berusaha skang ni.

...
Read more »

darwisy bebuka puasa di kampung

eceh macam puasa aje :-) hari sabtu lepas kami balik kampung berbuka ngan atuk & nenek darwisy. memula pegi umah kampung mama, ahad pulak pegi umah kampung abah. darwisy seronok sangat sebab dah lama tak jalan jauh.

masa sampai kampung tu, ...
Read more »