Excerpt

Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Saturday, June 4, 2016

Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera :-) So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"] A boy in 5th Saf[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Bangunan Tabung Haji, Putrajaya New neighbor, Bangunan Tabung Haji[/caption]

Monday, May 23, 2016

Fotografi Suka Suki Di Bukit Saujana Hijau

Ahad yang tak berapa pagi, aku keluar ke Bukit Saujana Hijau di Putrajaya untuk fotografi suka suki. Agak lewat sedikit disebabkan kekenyangan nasi lemak yang dimasak di rumah, maka outing seorang diri kali ini membawa sampai ke tengah hari.

Seperti outing street sebelum ni, aku telah membuat self-challenge dengan keluar bersama lens M.Zuiko 25mm... dan self-challenge kali ni pula adalah dengan M.Zuiko 45mm (90mm focal view equivalent).

Lens ni bukanlah khas untuk fotografi makro, tapi boleh la digunakan untuk fotografi separa-makro (pandai-pandai je). Macam mana caranya? Crop la jawabnya :-D

Tak payah cerita panjang-panjang lah... ni antara hasil dari outing solo.

Oh ya... semua gambar ni telah diolah secara cincai boncai menggunakan Olympus Viewer 3 dan efek dari Google Nik Collection.

Monday, February 22, 2016

Kayuh bot di Taman Wetland Putrajaya

Hari ni Abah Mama bawak DDD pergi ke tengah-tengah tasik Taman Wetland Putrajaya, dengan cara berkayuh. Ye... kayuh bot :-D

Punya lama tak berkayuh (tak pernah pon), rasa kejang kaki dilengkapi dengan pakej berpeluh... lebih-lebih lagi Mama. Nasib baik Abah ada, boleh jadi backup :-P

Tercetus rasa nak naik paddle boat tu sebab seronok tengok orang, masa lepak-lepak dekat tepi tasik semalam. Tapi memandangkan hari dah lewat petang, maka Abah telah melakar satu plan dan tidak diketahui oleh DDD. Alhamdulillah, setelah hampir 10 tahun menetap di Putrajaya... akhirnya telah berjaya merealisasikan impian semalam.

Lepas je solat Asar, maka bergegaslah ke Taman Tasik Wetland. Waktu yang elok sebab awal dan masih tak ramai orang. Kalau lewat sikit, memang kena tunggu lah sebab satu round 30 minit (1 jam hari biasa). Lagi pon tiket tutup sebelum pukul 7.

Harga tiket untuk paddle boat 5 seat adalah RM19.10 (selepas GST)... ok lah kot. Cuma masa dah dapat bot tu, make sure bot tu ok dan boleh dikemudi dengan elok. Kalau rasa tak elok, cepat-cepat tukar... nanti rasa tak puas (macam Abah Mama kena huhuhu). Mana tidaknya... 10 minit habis pusing-pusing situ je tak bergerak ke mana hahaha. Nasib baik Abah tukar, kalau tak... tengok pulau-pulau tengah tasik tu dari jauh je la hehehe.

Flickr Album 72157664938593405

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157664938593405

Monday, January 18, 2016

Revisit Muzium Alam Semula Jadi

Susulan kegagalan masuk ke Muzium Alam Semula Jadi minggu lepas, hari ni Abah dan Mama telah berjaya membawa DDD masuk ke dalam beberapa minit sebelum tamat waktu melawat :-D

Boleh kata puas hati jugak lah, sebab pergi pon tak survey mana-mana website. Nasib baik dah buka. Tapi agak sedikit kecewa sebab tak semua area dapat masuk, masih dalam renovation / relocation.

Dengan harga tiket dewasa RM2 dan percuma kanak-kanak 12 tahun ke bawah, boleh dianggap berbaloi dan persembahannya berpada. Ada banyak replika-replika haiwan yang diawet, tumbuh-tumbuhan, burung, kelawar dan sebagainya... termasuklah tulang temulang (betul ke?) haiwan besar (ikan paus).

Suasana seperti biasa agak lengang dari kunjungan orang ramai, mungkin sebab kurang promosi... atau ramai yang lebih suka aktiviti-aktiviti outdoor. Tapi dalam cuaca yang panas dan hujan tak menentu, semestinya amat sesuai untuk membawa keluarga melawat di sini.

Flickr Album 72157661304777203

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157661304777203

Sunday, January 17, 2016

Monday, January 11, 2016

Melawat planet dan Tugu Negara

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Ok, ayat atas tu copy and paste dari Wiki hahaha!

Buat pertama kalinya Abah dan DDD melawat tempat tarikan pelancong ni. Mama mungkin dah pernah pergi sebelum ni, tapi tu andaian je lah :-)

Mulanya, Abah dan Mama bawak DDD pergi ke Planetarium Negara yang juga terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Eh, silap... mulanya Abah dan Mama nak bawak DDD pergi ke Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya. Tapi tempat tu tutup sebab ada kerja-kerja pembaikan tengah dijalankan. Tak pasti bila akan siap, terpaksa skip dan pergi melawat tempat lain. Fikir punya fikir, akhirnya terpandu lah kereta dengan sendirinya ke Kuala Lumpur... ok sambung balik cerita tadi.

Masa dalam perjalanan, masih tak tau destinasi mana yang nak dituju. Nak ke Taman Rama-rama, dah pergi baru-baru ni. Nak ke Taman Burung, macam malas nak keluar duit banyak-banyak. Dalam sibuk Abah ngan Mama bincang, tetiba Darwisy bagi cadangan supaya pergi ke Planetarium Negara sebab kat situ best katanya. Maklumlah dah pernah pergi dengan rombongan sekolah dulu. Ok lah kalau macam tu, Planetarium Negara we go! (jenuh jugak cari dalam Map, first time nak pergi hahaha)

Sesampai je di sana, tetiba pak guard bagi tau... "sekarang tengah tutup, ada renovation sampai bulan 7"... What!!!??? Memang tak ada rezeki lah... tadi pergi Muzium Putrajaya tutup... renovation jugak. Tapi tak lama lepas tu pak guard cakap lagi... "kalau nak tengok tayangan boleh lah, pameran memang tak boleh masuk sebab tengah renovation". Ok, alang-alang dah sampai... tayangan pon tayangan la huhuhu.

Kebetulan pulak sampai situ pukul 11:45, sempat la beli tiket untuk tayangan pukul 12 tengah hari. Tiket pulak tak lah mahal, total 5 orang (2 dewasa 3 budak) RM24. Lepas beli tiket, masuk la ke dalam satu tempat tu... apa entah namanya... susah nak sebut kakaka!

As usual, DDD memang suka la benda-benda macam ni. Ada screen besar macam 3D di atas kepala. Jenuh la mendongak 25 minit hehehe. Overall, memuaskan.

Lepas habis tayangan, pergi pulak melawat Tugu Negara. Hampir jam 1 tengah hari, memang matahari terpacak lah atas kepala. Bak kata orang, panas lit lit? Panas pon panas lah... first time punya pasal dan masa masih panjang hehehe.

Flickr Album 72157661038893074

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157661038893074

Dipendekkan cerita... tak banyak perkara yang boleh dibuat waktu panas macam ni. So, ambik gambar sikit-sikit, portrait family... lepas tu balik. Pendek tak? :-D

Flickr Album 72157663318033816

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157663318033816

p/s: Gambar dalam Planetarium tu nampak lengang... memang lengang pon... kami je yang datang HAHAHA!!!

Sunday, January 10, 2016

Monday, January 4, 2016

Darwisyah, 1st Day at new school Al-Baghdadi

Alhamdulillah, selesai sudah taklimat bagi sesi persekolahan murid baru tahun 2016 di Al-Baghdadi Precint 8.

As expected, Darwisyah tak ada apa-apa masalah bila hadir dan masuk ke kelas baru. In fact, sejak bagitau Darwisyah memang dah excited sangat :-)

Mula-mulanya Abah hantar Darwisyah sorang, tapi Mama datang kemudian sebab nak tengok suasana sekolah baru. Bertambah ceria la Darwisyah hehehe. Tapi Mama kena balik awal sebab ada kerja... sesi baru jugak hehehe.

Masa Abah nak pergi kerja, sempat la panggil Darwisyah. Siap babai fly kiss lagi :-D

Semoga semuanya berjalan lancar, amin...

Flickr Album 72157660809032024

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157660809032024

Sunday, January 3, 2016

Angin Malam di PICC

Dah lama rasanya tak bawak DDD pegi naik PICC waktu malam. Malam ni kebetulan keluar beli barang dekat Precint 15, singgah sekejap nak tengok-tengok pemandangan waktu malam dari atas.

Agak hairan jugak sebab lengang tak ada orang lepak-lepak. Dulu kalau hari Sabtu atau Ahad, mesti penuh dengan orang. Mungkin sebab dah tak dibenarkan... atau mungkin sibuk nak habis cuti sekolah. Tapi, couple pon tak ada? Tak apa lah, lagi sikit orang lagi aman hehehe...

As usual, Abah takkan lepaskan peluang ambil gambar DDD kalau ke mana-mana. Nak dijadikan cerita, entah macam mana plate tripod tertinggal dekat rumah. So, masa untuk gunakan kebijaksanaan... kon jalan! Hahaha

Memandangkan Abah ni bukan kaki selfie, maka kon jalan telah dijadikan sebagai tripod malam ni. Nasib baik ada kamera strap, kalau tak memang tak berani jugak nak letak atas kon takut terjatuh huhuhu.

Flickr Album 72157663048569326

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157663048569326

Saturday, January 2, 2016

Monday, November 30, 2015

E-M5 Mark II Live Composite (LIVECOMP)

Hampir setahun memiliki kamera ni, baru berkesempatan mencuba satu feature menarik iaitu Live Composite. Sebelum terangkan lebih lanjut, boleh tonton ni untuk sedikit penjelasan tambahan dan contoh:

https://www.youtube.com/watch?v=N-8fm_3c5q0

https://www.youtube.com/watch?v=C0SIICH9_5U

Ini hasil cubaan malam tadi... nampak tak berapa elok sebab first time cuba hehehe...

Ini apa yang aku faham tentang feature Live Composite (LIVECOMP)

  • Gambar pertama yang diambil akan dijadikan sebagai base dan mana-mana light source atau bright area yang muncul kemudiannya akan dirakam dan ditambah ke dalam gambar pertama tadi (secara berterusan sehingga dihentikan). Tekniknya sama seperti stacking multiple images di Photoshop yang selalu digunakan bagi kamera digital terdahulu, cuma dilakukan di dalam kamera untuk menghasilkan satu gambar.

  • Tidak sama dengan BULB mode, di mana mode ini akan menjadikan gambar lebih terang keseluruhannya sekiranya lebih lama exposure dibuka. Juga, penghasilan gambar menggunakan feature Live Composite boleh dilihat secara terus (real-time) di Live View.

  • Ianya sesuai digunakan untuk light trail, star trail, cloud trail (sunset), fireworks, lightning, flowing water, light painting dan seangkatan dengannya.

Satu lagi video langkah-langkah menggunakannya:

https://www.youtube.com/watch?v=ThcfBpIzOwA

Sunday, August 16, 2015

Berpagian 1 Zulkaedah

Zulkaedah, 1 hari jugalah Syawal telah berlalu. Kebetulan pula hari Ahad, pagi yang baik untuk melepaskan tekanan dan lelah.

Alhamdulillah pagi ni dapat pergi ke satu lokasi yang boleh dikatakan baru, sesuai untuk merakamkan gambar sunrise dan sunset di sekitar Putrajaya. Mungkin tidak secantik di tempat-tempat tumpuan yang lain, tapi tetap dapat menyegarkan mata.

Better view @ https://www.flickr.com/photos/darwisy/19987733984/

Monday, April 27, 2015

Avengers-Family-Day-Out

Hari ini dalam sejarah di mana Abah, Mama dan DDD telah berjaya menonton "The Avengers: Age Of Ultron" di tempat duduk paling belakang dan straight-5-seats tengah wooohoooooo!!! Tak sia-sia survey tiket online awal hehehe... bila DDD tau Abah beli tiket, semenjak tu jugak la asyik tanya bila nak hari Ahad :-D
Apa-apa pon, sangat enjoy lebih-lebih lagi dengan family. Great movie, nice characters... especially the new appearance in this series, "The Vision" huhuhu.
Nasib baik jugak la Darwisyah tak menjerit-jerit dalam panggung tu, siap boleh tertidur lagi... bila dah habis, kena kejut terus cakap "beesssttt" hahaha!

Lepas habis je tengok wayang, terus ke rumah Andak DDD kat Puchong sebab ada buat kenduri dan jamuan. Alhamdulillah, makan tengah hari telah ditaja hehehe. The best part was, Abah dapat surprise iaitu kek hari jadi... bestnyaaaaa... tq Mama hehehe...

The story doesn't ends there, lepas makan-makan kejap... ipar-ipar dan biras ajak pegi memancing pulak... dah lama tak jenguk kolam so angkat kaki lambung ke Pulau Meranti. Tak tau pulak kat dalam tu ada kolam pancing, siapa lagi yang tau kalau bukan Pak Uda DDD hahaha. Start pukul 5 petang sampai pukul 9 malam, semua jadi "bangau" hahaha. Tak lah, ada la dapat 2 ekor tongsan, sekor Pak Uda DDD dapat dan lagi sekor ada sorang mamat dari Gombak bagi hahaha! Yang bestnya pegi memancing ni, boleh tengok banyak gelagat kaki-kaki pancing. Sambil-sambil tu, macam-macam cerita la keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita zaman kecik-kecik, politik, ikan, dari mula pancing sampaaaiii la habis. Pot pet pot pet mulut masing-masing... lepas tu gelak terbahak-bahak. Turun 5 orang, tapi pancing 2 je. Memang seronok walau pon tukang tengok orang pancing...

Phewww... letih tapi seronok. Lebih kurang begitu la ceritanya hari ni... as always, the best time is with family. Insya Allah akan bersambung lagi :-)

Thursday, April 16, 2015

Cubaan lens Tokina 11-16mm dengan m4/3

Alhamdulillah berkesempatan shoot sunset hari ni bersama abg Rithauddin, di depan Masjid Putra. Dah lama jugak bercadang nak ke sini mencuba lens Tokina 11-16mm dengan body m4/3 tapi masa selalu tak mengizinkan. So, tadi dapat la mencuba...

Few lessons today,

- Memandangkan tiada bacaan aperture sebab guna adapter, agak kekok sikit bila nak guna low aperture

- Didapati kualiti gambar menjadi kurang menyerlah bila semakin kecil bukaan aperture

- Tak berapa sesuai untuk gunakan mode 40MP, sebab ghosting yang kurang smooth (angin kuat tiup bendera)

- Bila bukaan aperture kecil, sukar nak focus dalam view finder

- Bla bla bla :-P

At last, cari single shot dari banyak-banyak tadi dan process guna teknik DRI hehehe...

Sunday, April 12, 2015

"Manual focus" day

Keluar rumah nak main belon, orang meniaga belon tak ada hahaha...

Anyway, hari ni bawak 35mm dilekatkan ke m4/3... untuk menguji ketangkasan teknik manual focus. Ternyata masih lemah, tapi puas hati dengan certain shots :-)

Saturday, April 4, 2015

Di bawah kubah, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Alhamdulillah, berpeluang solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Bukan senang nak solat Jumaat di sini, kena cuti baru boleh sebab tempat kerja jauh hehehe.

Memandangkan hari ni cuti dan tak banyak aktiviti nak buat, maka memetik kamera la aktivitinya :-)

Flickr URL: https://www.flickr.com/photos/darwisy/16833995789/

Friday, March 27, 2015

Testing the 40MP on night scene

The 40MP feature explained:

https://www.youtube.com/watch?v=7SqFRI54KhI

Semenjak memiliki mainan baru, tak pernah lagi cuba dia punya keupayaan untuk hasilkan gambar bersaiz 40MP. Ada cuba tapi tak secara teliti, cuma sekadar main-main je.

Malam semalam, terfikir nak cuba feature tu pada waktu malam. So, aku masukkan mainan tu ke dalam waist pouch dan capai tripod lalu bergegas ke area Masjid Putra.

Sampai kat situ, blur kejap... apa setting nak buat? Huhuhu... setelah berfikir dan mencari logik, maka setting ditetapkan lebih kurang kat bawah:

Shooting mode: Aperture priority
ISO: Low (100)
White Balance: Auto
Picture mode: Natural
Hi Res Shot: ON (3 sec delay)
Focusing mode: Manual (adjust during magnified)
Image Stabilizer: Off
Record mode: RAW / RAW+JPEG[SF]
etc...

As explained in video above, sensor akan capture same scene sebanyak 8 kali. Oleh kerana itu, tak berani nak set aperture terlalu kecil sebab akan makan masa yang lama untuk diproses. Dalam kes malam tadi, setting dibuat untuk mendapatkan shutter speed di bawah 5 saat.

Bila dah rasa agak puas, terus balik rumah untuk tengok hasilnya. Well, agak impressed dan jakun sekejap hahaha. Overall dari setting yang main agak-agak je, memang memuaskan dan sangat detail. Even zoomed kepada 200% masih dapat lihat detail di setiap texture dalam gambar. Dari segi saiz, agak besar... but make sense due to resolution. Tak cuba lagi bracketing untuk Hi Res Shot, Insya Allah akan cuba di lain masa.

Berikut adalah hasil dari shot semalam, before and after cropped.

Sunday, March 22, 2015

Perabih voucher Parkson!

Family day out kali ni berlokasi di Parkson, IOI City Mall Putrajaya. Dapat voucher malam tadi, so kasi perabih la sebelum GST datang HAHAHA!

Tuesday, March 17, 2015

Family day out @ Hot Air Balloon Fiesta

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan di Precint 2 Putrajaya. Kali yang ke-7 ni, Abah bawak Mama dan DDD sekali untuk melihat belon-belon panas dari dekat.

Seawal jam 6:40 pagi dah sampai di lokasi, bukan sebab apa, supaya senang dapat parking kereta hehehe. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, parking memang agak susah nak dapat kalau sampai jam 7 pagi ke atas.

Dapat je parking kereta, terus ke tapak belon panas... dekat BLUE ZONE kalau tak silap, area Monument Putrajaya. Masa sampai tu pon dah ramai orang. Ingatkan nak masuk ke dalam pagar, tapi pak guard tak bagi sebab takde tiket... Ooo baru tau tahun ni dah kena bayar nak masuk dalam pagar huhuhu. Takpe lah, bawak diorang ke tepi pagar pon dah cukup. Masuk dalam pon nanti kelam kabut sebab ramai sangat photographer...

Bila perserta-peserta belon panas tu bersiap sedia nak naikkan belon, maka suka la DDD tengok api belon panas dari dekat. Terasa jugak la bahangnya dari tepi pagar tu... rambang mata tengok semua nyalakan api hehehe.

https://www.youtube.com/watch?v=oId5MIVJRfc

Lepas dah tengok semua belon panas terbang, bawak DDD main dekat bouncing playground. RM15 satu kepala, main sampai berpusing kepala hehehe.

https://www.youtube.com/watch?v=xCy-SXAsrsk

Bila dah berpusing kepala, maka secara automatik perut pon turut akan berkeroncong... so kena isi dulu sebelum meneruskan aktiviti.

Perut dah kenyang, terus menuju ke pameran haiwan peliharaan. Tapi sebelum sampai tu, ada ternampak tempat helikopter mendarat. So, singgah dulu tengok helikopter mendarat dan terbang bawak orang pusing keliling Putrajaya.

https://www.youtube.com/watch?v=dOrNWf0tjeY

Last visit for today, pameran haiwan peliharaan... dan seperti biasa akan bermain dengan haiwan kegemaran iaitu KUCING :-)

https://www.youtube.com/watch?v=M38UdesqCNs

Malam penutup hari Ahad, pergi semula ke ZONE BLUE. Agak bernasib baik sebab ada banyak parking dekat area VIP kekeke. So, makin suka la DDD dapat tengok api belon panas waktu malam sebab terang macam lampu liplap. Lastly, persembahan bunga api... tapi agak kecewa sebab terlindung dengan belon liplap tadi huhuhu. Takpe, satu pengalaman dan pengajaran... Insya Allah akan repeat lagi di lain tahun :-)

https://www.youtube.com/watch?v=MBpKTbMTKio