Excerpt

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Off-camera flash portrait photography, using mobile phones

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Projek kali ni telah diilhamkan oleh seorang sahabat bernama Imran Abdul Jabar, founder dan owner Sifoo.com

Walau pon aku pernah shoot portrait dengan menggunakan off-camera flash+umbrella, apa yang telah dilakukan oleh beliau membuktikan bahawa tidak semestinya perlu menggunakan peralatan photography yang spesifik fungsinya atau mahal untuk menghasilkan satu gambar portrait yang baik.

Dalam projek beliau, telah menggunakan 2 lampu meja untuk lighting utama dan compact camera untuk capture gambar. So, aku cuba sedikit lagi kelainan di mana aku telah menggunakan 3 telefon bimbit di mana 2 telefon dijadikan lighting utama dan 1 lagi untuk capture gambar.

Sebagai percubaan yang pertama ni, memang hasilnya agak kurang memuaskan mungkin disebabkan kekurangan sumber tangan untuk memegang telefon/lighting huhuhu.

Here are some of my first attempt:

Phones: Samsung Galaxy Note II (lighting), Sony Ericsson Xperia Arc (lighting), Samsung Galaxy S 4 Active (camera)
Apps: Tiny Flashlight, Camera FV-5





Insya Allah akan cuba lagi dan akan diperbaiki, tungguuuuuu :-)

Wednesday, January 7, 2015

Kamu buat sendiri (DIY) - tapak lampu dinding

To be honest, aku tak berapa pasti apa nak panggil menatang ni. Secara amnya, ianya adalah pemegang atau tapak untuk meletakkan lampu tidur. Di mana aku akan meletakkan lampu diatasnya, di dinding. Arrgghh... pening! :-D

Memandangkan tapak yang lama dah hancur, sebab kualiti material yang sangat tidak kukuh (iaitu kotak) maka tercetus la idea yang ni... berikut adalah barang-barang yang sempat terlintas di fikiran.

1) 2 x Kaki meja / kabinet TV yang tidak guna (cabut sebab bila ada kaki tu, kabinet jadi melengkung)
2) Skru yang asal masa cabut dari kabinet (boleh jugak guna paku atau yang setara dengannya)
3) Pemutar skru (first time taip ni, selalunya screw driver)
4) Dinding (kalau takde camne nak buat ye tak? hehehe)

[caption id="" align="alignnone" width="640"] Kaki kabinet TV yang tak guna[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="480"] Jangan confuse, ni gambar dinding[/caption]

 

Cara-caranya:

1) Ukur dulu ketinggian, termasuk ketinggian badan
2) Skru atau paku 2 kaki kabinet tadi pada dinding. Yang ni terpulang nak buat camne, yang aku buat ni jarakkan sikit supaya bleh salurkan wayar.
3) Letakkan lampu di atasnya, gam atau salotape kalau perlu.
4) Nyalakan lampu tu, siap! hehehe

Ni hasilnya:





Amacam? Buruk kan? hahaha... lantaklah, janji tak bersepah atas meja. Selamat mencuba dan memerah otak :-)

P/s: Ada kesan salotape tu, DIY yang lama punya. Guna kotak je :-D