Excerpt

Showing posts with label om-d. Show all posts
Showing posts with label om-d. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Testing the 40MP on night scene

The 40MP feature explained:

https://www.youtube.com/watch?v=7SqFRI54KhI

Semenjak memiliki mainan baru, tak pernah lagi cuba dia punya keupayaan untuk hasilkan gambar bersaiz 40MP. Ada cuba tapi tak secara teliti, cuma sekadar main-main je.

Malam semalam, terfikir nak cuba feature tu pada waktu malam. So, aku masukkan mainan tu ke dalam waist pouch dan capai tripod lalu bergegas ke area Masjid Putra.

Sampai kat situ, blur kejap... apa setting nak buat? Huhuhu... setelah berfikir dan mencari logik, maka setting ditetapkan lebih kurang kat bawah:

Shooting mode: Aperture priority
ISO: Low (100)
White Balance: Auto
Picture mode: Natural
Hi Res Shot: ON (3 sec delay)
Focusing mode: Manual (adjust during magnified)
Image Stabilizer: Off
Record mode: RAW / RAW+JPEG[SF]
etc...

As explained in video above, sensor akan capture same scene sebanyak 8 kali. Oleh kerana itu, tak berani nak set aperture terlalu kecil sebab akan makan masa yang lama untuk diproses. Dalam kes malam tadi, setting dibuat untuk mendapatkan shutter speed di bawah 5 saat.

Bila dah rasa agak puas, terus balik rumah untuk tengok hasilnya. Well, agak impressed dan jakun sekejap hahaha. Overall dari setting yang main agak-agak je, memang memuaskan dan sangat detail. Even zoomed kepada 200% masih dapat lihat detail di setiap texture dalam gambar. Dari segi saiz, agak besar... but make sense due to resolution. Tak cuba lagi bracketing untuk Hi Res Shot, Insya Allah akan cuba di lain masa.

Berikut adalah hasil dari shot semalam, before and after cropped.







Friday, March 20, 2015

DIY camera hand strap

Ada kamera, tapi bosan dengan strap asal? Tak tau nak beli corak camne? Jom DIY camera hand strap hehehe

Notes:

- Also known as "camera wrist strap", what ever...

- This is not the best, they are a lots much better tutorials out there. But hey! at least we do it our self :-)

Straight to the point, barang-barang yang diperlukan:


- tali leher (neck tie) yang lama (atau apa sahaja material yang seangkatan seperti seluar jeans lama / tali pinggang kulit lama / kain tebal / dsb)

- gunting

- tali (dalam DIY ni aku guna tali yang diambil dari beg sarung baju hujan, tali kasut yang tebal pon boleh, tak pon tali seluar sukan hehehe)

- mesin jahit, untuk pastikan jahitan kemas dan kuat

Langkah-langkah:


Gunting material tadi (neck tie) mengikut citarasa, dalam DIY ni aku ukur ikut pergelangan tangan



Buka jahitan asal, supaya boleh kecilkan sikit untuk muatkan tali ke dalam



Jahitkan hujungnya dari dalam, supaya nampak kemas



Lepas tu jahit sepanjang keratan tadi, dari dalam juga



Hasil dari jahitan setakat ini



Terbalikkan keratan yang dah dijahit tadi, yang ni agak susah kalau ruangnya kecik, so make sure tak terlalu kecik



Hasil selepas diterbalikkan



Ambil tali untuk dimasukkan ke dalam (yang ni ada pengunci sekali, kalau takde pengunci boleh la guna benda lain macam "washer" / gegelung yang kecik dsb)



Masukkan tali ke dalam keratan yang dijahit tadi dan ikat hujungnya (make sure kuat)



Sorokkan ikatan tadi ke dalam



Lastly, pasangkan ke kamera kesayangan hehehe (tetiba bertukar tone warna)



Amacam? Cantik bukan? Tak kira la cantik ke idak di pandangan orang... asalkan lain dari yang lain dan yang penting hasil titik peluh sendiri :-)

Insya Allah ada balance dari keratan tadi, nak buat untuk neck strap pulak... tungguuuu :-)

Ooops, hampir terlupa... SELAMAT MENCUBA! :-)

P/S: Thank you Mama sebab sudi tunjuk ajar guna mesin jahit... SINGER menawan keluarga bahagiaaaa :-P

Update:


Some useful sources

https://www.youtube.com/watch?v=exdEwxnT3Dc

https://www.youtube.com/watch?v=Q20InzT1UaE

https://www.youtube.com/watch?v=bA1TXvcQ3Sk

Sunday, March 1, 2015

New toy Olympus OM-D E-M5 Mark II



Alhamdulillah, setelah sekian lama berhajat untuk memiliki kamera mirrorless... akhirnya dimurahkan rezeki untuk membelinya, hasil ikat perut selama beberapa bulan.

Satu lompatan yang agak jauh dari system DSLR (Nikon) kepada Olympus mirrorless m4/3... agak pening jugak mula-mula turn ON kamera ni... tapi takde la teruk sangat memandangkan ada certain part yang similar dengan kamera DSLR.

Tujuan beli new toy ni adalah untuk kegunaan family, memandangkan saiz yang kecil dan tidak berat... ramai yang setuju kamera jenis macam ni amat mudah dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana... lebih-lebih lagi bersama family.

Insya Allah, dengan adanya kamera ni... akan aku abadikan memori-memori indah bersama family untuk tatapan di masa akan datang cewahhh...