Excerpt
Saturday, January 3, 2015
Hari orientasi, Danish tahun 1
Macam biasa, murid-murid baru dan ibu bapa akan diberi taklimat. Macam-macam la guru besar cakap, budak-budak entah faham ke tidak.
Sebelum ni Danish pra-sekolah di sekolah yang sama, jadi takde lah nampak dia kekok sangat. Cool and steady bak kata orang putih tu :-)
Dipendekkan cerita, majlis start lebih kurang jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, kecuali sesi sekolah ditunda seminggu untuk memberi ruang dan persediaan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.
Wednesday, December 31, 2014
Danish Hilmi dah 7 tahun dan masuk sekolah baru
Sebagai ayah kepada anak-anak, dah tentu inginkan sesuatu yang terbaik. Semoga Danish akan menjadi anak yang soleh, rajin belajar dan menghormati orang dan berjaya... Amin...
Flickr Album 72157659691458155
Friday, November 14, 2014
Hari Graduasi Pra-Sekolah, Muhammad Danish Hilmi
Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Hari ini, anak kami yang ke-2 Muhammad Danish Hilmi telah tamat sesi pra-sekolah secara rasminya dan telah graduasi di Sekolah Kebangsaan Precint 9(2).
Bila melihat anak-anak yang menyambut hari graduasi ni, kadang-kadang membuatkan kita berasa seronok apabila kita kenangkan semula zaman kita menyambut Hari Graduasi Pra-Sekolah dulu.
Ada yang gembira sebab dapat banyak hadiah, dapat buat persembahan, menerima macam-macam jenis pingat, dapat sijil dan sebagainya. Ada juga yang kurang gembira, mungkin akan berpisah dengan kawan-kawan baik kerana berpindah sekolah.
Memandangkan hari graduasi ni hari yang istimewa, maka aku cuba merakamkan detik-detik di sepanjang majlis tersebut. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan lancar dan Danish akan melangkahkan kaki setapak ke hadapan dengan memasuki sesi persekolahan Darjah 1.
Semoga dia tabah menghadapi ujian yang lebih sukar dan akan mencapai kejayaan. Amin...
Saturday, December 28, 2013
Hari pertama Danish di sekolah baru
Seperti biasa, si Danish ni mmg happening orangnya. Memang dia suka sangat pegi sekolah baru, ada ramai kawan, ada abang Darwisy dan ada Mama... (ERK???)
Iye betul, sekolah tu tempat mama mengajar hehe. Alhamdulillah dapat daftar dia masuk satu sekolah, senang la nak menguruskan anak2. So sekarang ni, aku akan pergi ke taska untuk hantar Darwisyah je. Mula2 tu kekok jugak sebab selalunya hantar 2 orang. Kesian Darwisyah sunyi je abang Danish takde dekat taska. Dah takde saper2 nak protect dia hehehe.
Bergambar depan tempat perhimpunan
Depan pintu kelas... Eh, Darwisyah pon ada? siap bawak bekal lagi hahaha