Excerpt

Monday, December 12, 2016

Wedding of The Year 2016

Alhamdulillah, 4hb Disember 2016 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan Pak Lang DDD. Hari yang telah lama ditunggu-tunggu adik beradik Mama, maka sesuailah Abah nobatkan majlis tu sebagai Wedding of The Year 2016!

Pada pagi Ahad, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Hidayatul Ummah (Kuala Kangsar, Perak). Pada tengahari yang sama, majlis persandingan pula dilangsungkan secara sederhana dengan jayanya.

Memandangkan Abah seorang jurugambar perkahwinan (bekas), maka Abah telah dilantik menjadi jurugambar rasmi pada hari tu. Agak kekok jugak, tapi hentamkan saje hehehe.

Apa-apa pon, selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157673740527324

Thursday, December 1, 2016

Majlis Khatam Al-Quran 2016

25hb Nov 2016 – Syukur Alhamdulillah, tahun 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Sesi persekolahan 2016 Darwisyah sudah selesai dan telah menerima sijil tamat pengajian di Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis telah dijalankan secara sederhana di dalam dewan Precint 16, dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran oleh murid-murid 6 tahun. Ini bermakna, tahun 2016 adalah tahun terakhir mereka belajar di Al-Baghdadi Playtime Centre (APC).

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157675744376540

InsyaAllah, Darwisyah akan menyambung pengajian di APC tahun hadapan. Semoga semua yang telah menamatkan pengajian tahun ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, terus menimba ilmu agama dan maju jaya dalam menempuh alam persekolahan yang sebenar.