Excerpt

Showing posts with label featured. Show all posts
Showing posts with label featured. Show all posts

Friday, May 22, 2015

Tweaked header

Originally, this theme (Tracks) doesn't provide a full-width-image-header feature.

Found someone raised a such request at the theme's support page. So I thought it would be great to implement on this blog. Anyway, tweaked header a little bit... hope my kids will love it (and you too).

CSS used:

.title-info .logo {
max-width: 100%;
max-height: 100%;
}
#title-info {
position: relative;
z-index: 0;
}
.logo {
width: 100%;
}
.site-header .container {
max-width: none;
}
#menu-primary {
max-width: 1280px;
margin: 0 auto;
}
#title-info {
float: none;
}
@media all and (min-width: 50em) {
#title-info {
margin-top: -1.5em;
}
}
.site-title, .h2 {
text-align: right;
}
.site-header .site-title {
opacity: 1;
}

Sunday, January 11, 2015

Outing pertama tahun 2015

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan ber"outing" bersama kawan-kawan hari ni untuk merakamkan gambar sunset di sekitar KLCC. Ini bermakna dah dua kali shoot scenery hari ni, sunrise di Putrajaya dan sunset di KL hehehe.

Untuk tahun 2015, ni adalah sesi outing yang pertama dan juga port yang belum pernah aku jejak lagi iaitu tempat parking kereta bertingkat di Jalan Stonor / Jalan Binjai. Agak ramai jugak yang joined, termasuk seorang sahabat baru kenal dari Batu Caves. Sempat jugaklah sembang panjang dengan brader tu. Tengok gaya long exposure punya orang, tangan kipas-kipas depan lens hehehe. Tak kisah la apa teknik sekali pon, di dalam photography mesti kena ada sikap hormat menghormati dan hati yang terbuka untuk memberi ilmu dan menerima kritikan.

Anyway, gambar ni adalah antara shot di lewat petang. Masa ni shot guna hand-held je sebab taknak terlepas moment. Masa on the way kat Jalan Tun Razak dah nampak ROL berpalang-palang kat langit. Nasib baik dah dekat ke lokasi. Sampai-sampai je terus shoot, pak guard dengan tripod belakang cerita hahaha. Lepas je dapat shot 2 3 frame, pak guard pon naik sound tak boleh parking motor kat dalam tu. As usual, kena respect management punya rules... so aku mintak maaf dekat dia sebab aku memang betul-betul tak tau dan dia pon terus cool down. So aku parking kat bawah, masa nak naik lift dia pon angkat tangan dan tunjuk mana arah lift. Life is simple... we respect, they respect (mana punya pepatah hentam je).



Gambar ni pulak masa blue hour, itu pon masa dah nak balik hehehe.



Seperti biasa, group photo :-)

Saturday, January 10, 2015

Sunrise pertama tahun 2015

Jam 6:30 pagi tengok kat tingkap, cuaca macam tak best. So takde lah rasa macam nak shoot sunrise sangat. Buat dek makan ringan-ringan, minum-minum, check facebook. Pegi ke dapur nak letak cawan, jengok la sekali lagi kat tingkap. Umang aih!!! Macam cantik je? Macam cantik je? Terus amik seluar track, check camera, SD card, bateri semua cukup... terus keluar rumah start motor. Tapi tak tau nak tuju ke mana hahahaha.

Dalam keadaan kelam kabut tu terus terlintas nak pegi Precinct 10, port jetty kat tepi tasik tu. Ah lantak lah, baru pegi sana 2 minggu lepas hari ni repeat :-D

Sampai kat lokasi lebih kurang jam 7:10 pagi, nasib baik la waktu syuruk dah lewat sikit. Dapat la relek kejap. Tengah nak keluarkan camera dari beg, nampak pulak awan tengah terbakar warna merah ala pink gitu... adoiiii lagi sekali la kelam kabut nak shoot moment tu. Alhamdulillah dapat la 2 3 frame yang ada warna merah tu hehehe.

Memandangkan cuaca pagi tadi sangat ohsem, aku stay sampai matahari betul-betul nampak. Tapi macam biasa lah, dalam banyak-banyak shot yang dapat... 1 2 je yang lulus piawaian hahaha.

Saturday, December 27, 2014

Pembetulan warna ke atas gambar lama, menggunakan Adobe Photoshop

Montel betul budak ni, saper dia ye? :-D

FYI, itulah aku masa kecik dulu. Memang montel dan comel hahaha. Anyway, gambar ni diambil oleh arwah ayah dan masih elok tersimpan di dalam album gambar-gambar lama.

Dengan menggunakan cara pembetulan warna ke atas gambar landscape yang pernah aku kongsi sebelum ni, aku cuba apply ke atas gambar lama ni menggunakan software Adobe Photoshop. Hasilnya, agak menarik :-)

But honestly, gambar yang asal lebih bermakna :-)

Here is the simple tutorial:

https://www.youtube.com/watch?v=PAqOrvajKnk

Monday, December 22, 2014

Putrajaya - Menghayati udara pagi di Precinct 10

Dah lama usha tempat ni, akhirnya aku jejakkan juga kaki ke sini bersama kamera-cap-ayam ku. Lokasi di Precinct 10 Putrajaya, tak ramai yang tahu ada tempat untuk orang awam beriadah di sini. Sesuai untuk melakukan senaman ringan seperti jogging dan stretching.



Walaupon cuaca kurang memuaskan pagi ni, tapi dengan pemandangan yang indah dan udara yang nyaman cukup untuk melepaskan segala lelah dan tekanan yang bersarang di dalam kepala otak aku. Insya Allah, akan ke sini lagi lepas musim hujan habis nanti.

A lonely jetty in Putrajaya


A lonely jetty at Putrajaya

Saturday, December 13, 2014

Sambungan projek DIY, jam tangan Mama pulak



Sekadar mencuba projek DIY seperti yang sebelum ni (http://hilmanali.com/projek-diy-ambil-gambar-produk-guna-lampu-telefon-bimbit/), dengan menjadikan jam tangan mama sebagai subjek :-P

Here is the setup:

Ok, unfortunately I've lost the setup photo :-(

Similar to my previous setup, the only different was the hand-watch and I hanged it on a mini torch light... imagine that :-)

Thursday, December 11, 2014

Projek DIY - Ambil gambar produk guna lampu telefon bimbit

Projek ni telah diinpirasi oleh DIYPhotography, How To Shoot A Perfect Watch With Nothing But An Iphone

https://www.youtube.com/watch?v=hf6qwJKOsP4

Oleh kerana aku bukan pengguna iPhone, maka phone Android dijadikan pengganti... hidup Android! (tiba-tiba...)

Berikut adalah setup yang telah digunakan:



My hand watch
Nikon D7000
Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro
Cheap Tripod
Samsung Galaxy S4 Active as lighting (apps Tiny Flashlight)
Non-stick skillet (kuali yang tak melekat, sebab nampak texture macam fiber gitu)
Some water for reflection
Floor :-D

Honestly, untuk pusingan yang pertama aku gunakan lens Nikkor 35mm f1.8 dan batu-batu sebagai background... tapi tak berapa puas hati dari segi output... mungkin sebab salah pengiraan shutter speed dan juga aperture (sebenarnya memang tak pandai buat)



Oleh kerana itu, aku telah tekad untuk membuat satu lagi cubaan dengan menggunakan lens Tamron dan kuali sebagai background walaupon jam telah menunjukkan pukul 2 pagi ketika itu huhuhu...

Alhamdulillah, setelah hampir 100 shutter count, aku ambil keputusan untuk berhenti dan lihat hasil-hasilnya... fuh! macam nak buat iklan jam hahaha...

Seronok jugak buat projek ni tapi banyak lagi yang perlu dipertingkatkan, terutamanya dari segi subjek dan pergerakan lampu (light painting). Memandangkan ini adalah kali pertama mencuba, rasanya cukup memadai bagi aku dan boleh dianggap permulaan yang baik (perasan hahaha)





 

Saturday, December 6, 2014

Singgah sebentar di Wetland, Putrajaya.

Dah lama rasanya tak ke Taman Tasik Wetland Putrajaya ni, semenjak asik kena halau dengan pak guard :-)

Tapi baru2 ni ada kawan bagitau yang pak guard kat situ dah tak kacau kalau nak ambil gambar sampai lepas pukul 7 malam, so aku buat keputusan untuk menjenguk dan memastikan samada kenyataan itu benar atau sebaliknya.

Last minute planning, balik kerja sampai ke rumah lebih kurang jam 6:30 petang terus sambar kamera dan tripod. Sampai ke lokasi pon tak masuk entrance gate, parking motor kat tepi jalan besar dan turun tangga terus ke titi. Setibanya di port nak pacak tripod, baru teringat yang kawasan tu memang banyak unggas-macam-nyamuk-tapi-bukan-nyamuk. Dengan rasa sedikit kesal, aku teruskan memacak tripod dan menunggu perubahan cuaca sunset.

Alhamdulillah, cuaca tidaklah mengecewakan... cuma mungkin dari segi composition yang agak terbabas huhuhu.

As usual, 3 exposures at every shot... untuk diproses menggunakan teknik DRI :-)

Tuesday, December 2, 2014

Operasi bot tersadai

30hb Nov 2014, Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan untuk merakamkan keindahan pagi di kampung aku (Sungai Besar).
Seperti biasa, aku ke pantai Sungai Haji Dorani seawal pagi yang mungkin supaya tidak terlepas warna2 yang cantik ketika matahari naik. Walaupon sudah banyak kali merakamkan gambar di lokasi dan subjek yang sama, aku seperti tidak pernah rasa bosan dan jemu.
Namun, kali ini agak berbeza sedikit kerana terdapat beberapa bangkai bot yang boleh dijadikan subjek utama.
Tanpa lengah, aku pon merakamkan gambar bot2 itu dan post kepada kawan2 di facebook. Masing2 agak teruja dan terus bercadang untuk datang ke Sungai Besar untuk mengambil gambar sunset.
Bincang punya bincang, akhirnya ada juga yang sudi datang iaitu abang Tuah Roslan dari Klang dan Syafiq Shaarani dari Kuala Selangor. So, lebih kurang jam 6 petang semua dah sampai dan terus ke lokasi bot tersadai tersebut. Abang Tuah Roslan bermain dengan 2 kamera, satu untuk tujuan timelapse. Syafiq dengan D800 beliau dan aku yang paling cap ayam hahaha.
Cuaca petang itu tidaklah berapa mengecewakan walaupon langit tidak secerah paginya. Shoot punya shoot, lebih kurang jam 715 malam maka selesailah sesi mengambil gambar sunset di situ. Oleh kerana aku kena balik rumah awal untuk persiapan balik ke Putrajaya, maka kami masing2 berpecah tak sempat nak lepak minum2 huhuhu. Insya Allah, kalau ada kesempatan nanti nak set satu sesi shoot landscape di Sungai Besar dengan kawan2 yang lain. Mungkin akan sewa chalet atau home-stay untuk sehari dua, baru bleh layan dari pagi sampai ke malam hehe.







Ini adalah hasil gambar yang diambil ketika matahari terbenam, jadilah walaupon cuaca tidak berapa mengizinkan :-)
Teknik: DRI (multiple exposure)

Monday, November 24, 2014

Penampilan Istimewa, katanya...

Ahad, 23hb Nov 2014... aku telah membuat kezutan ke atas kawan-kawan Kelab Fotografi Golongan Marhaen dengan menjelmakan diri ketika mereka sedang ber"outing" di sekitar KLCC :-)

Mungkin kerana sudah lama tidak outing bersama kawan-kawan disebabkan masa yang tidak mengizinkan, maka kezutan itu telah dianggap sebagai satu penampilan istimewa hahaha

Anyway, ini kali pertama mengambil gambar dari hadapan KLCC secara amat dekat... Alhamdulillah dengan berbekalkan Tokina 11-16mm dapatlah cover dari bawah hingga ke atas. Tapi entah kenapa pada pagi tersebut, KLCC nampak suram kerana tidak ada lampu-lampu yang dipasang dan ini serba sedikit memberi sedikit kesukaran untuk mendapatkan exposure yang baik ditambah pula dengan langit yang gelap kebiruan dan lampu jalan yang berwarna kuning (kami gelarkan "lampu jahat").

Dipendekkan cerita, outing tersebut sangat ohsem kerana dihadiri rakan-rakan yang berpengalaman dalam bidang landscape photography disamping dapat berkenalan dengan kawan baru Kitara Off (FB). Setelah selesai sesi fotografi, kami seperti biasa akan bersarapan bersama dan majlis sarapan tersebut telah dijalankan di warung nasi lemak Mak Wanjor Kampung Baru dengan ditaja oleh diri sendiri.

Insya Allah jika ada kesempatan di lain hari, pasti akan aku jejak lagi di lokasi ini :-)





Time for group photo! :-)



Dari kiri: Ezry A Rahman, my self, Kitara Off, Tuah Roslan, Zack Zaidi & Hafidz Abdul Kadir

Saturday, November 15, 2014

Syuruk di Putrajaya, 2014-11-15

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menekan shutter kamera... akhirnya dapat juga hari ni... macam lama sangat je hehehe.

Anyway, scene ni dirakam pada pagi Sabtu secara tidak dirancang. Mungkin sebab sudah sekian lama dilanda cuaca yang kurang bagus dan berjerebu, tak terdetik nak set outing ke mana-mana.

Tapi pagi ni bila tengok di tingkap nampak bintang-bintang berkerlipan... maka aku dengan terburu-buru menyapu jem kaya ke atas 2 keping roti dan terus meluru ke kereta. Setibanya di lokasi seberang Masjid Putra, maka ternampaklah satu kelibat sedang membelek-belek kamera. Setelah diamati, rupa-rupanya beliau adalah sahabat sehobi yang datang dari Kajang seorang diri... ada juga lah teman nak berborak hehehe.

Salah satu gambar yang dapat dirakam pagi ini (mungkin satu je kot huhuhu). Gambar disunting menggunakan teknik digital blending dari 3 exposures, Adobe Camera Raw dan Photoshop CC.

Sunday, August 24, 2014

Berembun di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, hari  ini aku berkesempatan untuk merakamkan sedikit suasana awal pagi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Gara2 tidak boleh tidur, aku telah memberanikan diri untuk keluar ke bandar menaiki motor dengan berbekalkan 35mm ku. Walaupon aku tau agak berisiko outing street photography seorang diri, aku ambil semua itu sebagai satu cabaran demi mempelajari sesuatu yang baru.

Bertolak keluar dari rumah pada jam 12:30AM dan sampai ke bandar lebih kurang jam 1:15AM. Agak kekok jugak keluar malam2 seorang diri lebih2 lagi sudah lama tidak menjejakkan kaki di bandar. Dalam kebuntuan tidak tahu hendak bermula dari mana, maka aku pon pusing2 sekitar Jalan Pudu untuk mencari spot2 yang bagus untuk dimula.

Jalan Pudu Lama, aku berhenti seketika sambil menyaksikan kelibat2 manusia yang masih bersengkang mata mencari rezeki dengan membawa teksi dan bas. Ramai juga penumpang2 yang terdiri dari berbagai kaum tidak tahu ke mana hala tuju mereka. Di dalam hati terfikir sejenak, begini rupanya kehidupan rakyat marhaen di tengah malam tatkala kita semua sedang berdengkur di atas tilam yang empuk.







Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar 2:15AM menyaksikan beberapa orang sedang khusyuk menyusun strategi permainan catur sehinggakan tidak menyedari kehadiran aku. Bermacam2 watak dapat aku lihat di keliling mereka. Ada yang menonton, ada yang menjadi tukang karut, ada yang melepaskan lelah dan berbaring di kaki lima, ada yang sekadar melepak tanpa berbuat apa2 dan macam2 lagi.





Sebelum ini aku hanya dapat menyaksikan gelagat2 mereka di dalam gambar rakan2, tetapi hari ini aku dapat merasakan sendiri suasana awal pagi di Kuala Lumpur. Insya Allah jika ada kesempatan lagi, pasti akan aku jejak lagi kakiku di sini :-)

Sunday, May 11, 2014

Fotografi makro dalam rumah - Embun

Tak ada masa nak makro dalam hutan? Kena jaga anak2 sebab isteri bekerja luar negeri? Tak ada serangga? Hari hujan? Tak ada masalah, jom makro dalam rumah :-P

Fotografi makro tiada had, boleh dilakukan hampir di mana2 sahaja... termasuk lah di dalam rumah...

So, baru2 ni aku telah mendapat idea mcm mana nak buat fotografi makro di dalam rumah... memandangkan tiada masa nak keluar ke hutan dan tangan sudah mula gatal2 nak memetik shutter kamera :-D

Dalam projek kali ni, aku telah menggunakan rumput (pet grass) sebagai subjek... dan embun sebagai subjek utama... tapi macam mana? mudah je hehehe...

Dapatkan pet grass ni di mana2 kedai haiwan peliharaan (pet shop)... terdapat perbagai jenis dan harga... ada yang dah siap tumbuh dan ada yang kena tanam sendiri (biji benih)... kalau nak cepat, beli lah yang dah siap tumbuh... kalau rasa macam nak bercucuk tanam, beli lah yang biji benih hehehe... tapi kena tunggu at least 4 hari lah...

Ok, rumput dah beli... tapi mana embun? Haaa... sebelum keluar embun kena lah kita siramkan tanah rumput tadi dengan air yang secukupnya... kemudian biarkan semalaman di dalam rumah... esoknya keluarlah embun kat hujung rumput2 tu tadi...

Bila dah ada nampak embun, buatlah setup makro ikut suka hati... dalam kes aku, simply letak rumput tadi atas laptop yang sedang menyala untuk mendapatkan light source sederhana dari belakang subjek... kamera pon handheld je hahahaha...



Ini antara hasil dari projek makro dalam rumah aku hehehe







Amacam ok tak? hehehe... subjek tu sebenarnya boleh gunakan apa2 saja... nama pon makro... selamat mencuba! :-)

p/s: http://hilmanali.com/lets-macro-the-strawberry/

Monday, April 28, 2014

Let's macro the strawberry :-)

Memandangkan dah lama aku tak shoot macro, atau dalam kata yang lain dah lama tak masuk hutan... maka inilah jadinya... macro buah strawberry yang dibeli oleh isteri di Cameron Highland baru2 ni hehehe... ada banyak lagi, so this is my first attempt of fruit macro photography :-)



Monday, April 21, 2014

Syuruk di Tanjung Karang

19 Apri 2014, 5:00AM... ye 5:00AM huhuhu... bergerak dari Putrajaya ke Tanjung Karang untuk menikmati suasana pagi di sawah padi. Ini semua akibat racun kawan2 hahahaha! Terutamanya abang Matlarn Zailan :-D

Memandangkan aku ni pemandu yang berhemah, maka sampai pon agak lewat jugak sikit... tapi itu bukan salah aku semata2... salah mama yang buang air besar lama sangat kat Petronas hahahaha... tapi salah aku jugak sebab tak bagitau misi aku pagi tu... saper bersalah ni? huhuhu

Tanjung Karang, tak berapa familiar sangat tempat tu... so composition pon lintang pukang lah... tak tau mana matahari naik mana turun... POI pon tak sempat nak cari... belasah mana ada je...

Berikut adalah sedikit hasil outing sendirian yang amat terkejut...



Sunday, April 6, 2014

Cloudy morning at Putrajaya

Setelah sekian lama tidak melawat port sunrise depan Masjid Putra, hari ni aku telah menjejakkan kaki ke sini walaupun kelihatan cuaca mendung dari tingkap rumah aku (lepas gian punya pasal kekeke)

Tiba agak lewat sebab pada mulanya teragak2 samada nak keluar rumah atau sambung tarik selimut... disebabkan teracun dengan warna merah jambu (sikit je pon) di kaki langit telah membuatkan aku keluar juga dari rumah dengan harapan akan bertambah banyak warna warni di awan nanti... tapi nasib tak menyebelahi aku setibanya di lokasi semua warna hilang... yang ada kelabu huhuhu...

Takpe lah, dah takde rezeki nak buat macam mana? Tu la salah satu cabaran atau dugaan bagi photographer2 landscape...

Hari ni aku telah mencuba lagi teknik white balance menggunakan grey card dan seperti biasa shoot secara bracketting (6 shot je pagi ni huhuhu)... tengok je lah hasilnya ye...

Owh, pagi tadi aku sempat berkenalan dengan seorang sahabat baru yang kebetulan juga berada tidak jauh dari lokasi aku... dari Bangi katanya... namanya Huo Long (nama kat Facebook)... sebelum balik ke rumah, kami sempat bersembang agak panjang... berkongsi cerita dan pendapat dalam bidang photography, termasuk juga topik macro...

Anyway, ini adalah hasil dari outing mengejut pagi tadi... disertakan sedikit clip bagaimana proses editing dilakukan... enjoy :-)



https://www.youtube.com/watch?v=CNQL4RXZB7s

p/s: nampak ada sedikit warna kekuningan di bucu bawah kiri... itu adalah pantulan cahaya lampu dah tepi tasik :-)

Monday, March 31, 2014

Pondok usang revisit



Alhamdulillah, pada 30/3/2014 aku telah berkesempatan singgah sekali lagi ke pondok usang di kawasan sawah padi Sungai Besar. Outing yang dirancang pada minit2 akhir, dapat ketemukan aku dengan 2 orang lagi sahabat iaitu Syafiq Sha'arani dan El (Acid Sulfurik).

Walaupon cuaca hujan di sepanjang malam sebelumnya namun rezeki memihak kepada kami di mana pagi itu kami telah disajikan dengan keindahan warna yang cantik di langit. Memandangkan cuaca yang baik pada ketika itu, kami telah bercadang untuk mencuba satu lagi spot untuk mengambil gambar iaitu sebuah rumah tinggal yang pernah diberitahu oleh sahabat lain dan ianya tidak jauh dari kawasan sawah padi.

Setelah menjumpai rumah tinggal itu, kami tidak membuang masa dengan mencari angle menarik dan menekan shutter bertalu-talu hehehe. Okeh, tanpa membuang masa, berikut adalah hasil2 dari outing tersebut :-)

First location, pondok usang... teknik yang aku gunakan adalah bracketing dan white balance dengan bantuan grey card... diambil sebanyak 3 exposures, diproses menggunakan adobe camera raw dan adobe photoshop (DRI atau digital blending). Agak lama tak buat DRI, so ingat2 lupa macam mana nak start dan finishing hehehe.



Next, rumah usang... juga diambil secara bracketing dan bantuan grey card untuk white balance... untuk yang ini, aku ada cuba gunakan photomatix tapi rasa tak berapa puas hati dengan hasilnya (mungkin sebab dah lama sangat tak guna photomatix hahaha). So aku ambil keputusan untuk DRI menggunakan camera raw dan photoshop.



Lastly, group photo... diambil hanya satu exposure (aperture mode) dan multiplied to 2 different exposures menggunakan camera raw... finally touched up with photoshop...



From left: El (Acid Sulfurik), Syafiq Sha'rani and myself.



Candid satu kali! hehehe...

Terima kasih kerana sudi singgah, terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join outing, terima kasih abang Fadzly Sham sudi memberitahu lokasi rumah usang tu... Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan melawat lagi rumah usang itu :-)

Sunday, March 9, 2014

Saturday night macro, NOT disco

Alhamdulillah, berlangsung lah satu lagi episod night macro di Bukit Gasing pada malam ini. Disertai oleh 6 orang rakan dari KFGM yang lain iaitu Ezry (abang kawasan), Adznee Abas, Sairel, Ku Mohd Nazril, Hairul Azuar dan Azri Suratmin. Selain dari group kami, ada lagi satu group yang sedang outing di lokasi yang sama (mungkin Shah Alam Macro). Di mana 2 orang dari group tersebut, aku pernah kenali pada first outing di lokasi yang sama juga iaitu Zaidi Razak dan Yie Rima.

Outing bermula lebih kurang pada jam 10 malam sabtu dan tamat lebih kurang jam 1230 pagi ahad. Walaupon dirancang secara mengejut, tapi Alhamdulillah ramai yang dapat join dan berjalan lancar.

Ada beberapa pengajaran dalam outing kali ini, di mana kami dapati agak kurang serangga keluar pada malam ini. Daripada pendapat tidak profesional, kami telah sebulat suara menyatakan mungkin ianya berpunca daripada cuaca yang panas dan jerebu yang sedang melanda hehehe...

Selain dari itu, kami juga telah dapat mengesan di mana salah seorang dari kumpulan kami adalah seorang yang penggeli dengan serangga akan tetapi dia adalah seorang yang agak tegar bermakro. Pengajarannya, kena perhatikan serangga tu betul2 sebab bila dia melompat ke arah sahabat tersebut maka dia akan membuka langkah silat dan menyebabkan serangga itu terpelanting tanpa dapat dikesan. Akibatnya, kami yang belum sempat shoot serangga tersebut akan berasa amat kecewa HAHAHAHA... siapa dia? :-D

Pengajaran seterusnya, kita kena lebih bersedia terutamanya dari segi peralatan. Di mana kadang2 akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kerosakan, barang tertinggal, habis bateri, tertinggal memory card, lupa lampu suluh, lupa beli air mineral dan sebagainya. Kalau boleh, kita bawa peralatan ekstra walaupon kita tidak fikir kita akan menggunakannya. Ini akan dapat membantu rakan2 kita yang telah mendapat perkara yang tidak diingini tersebut hehehe...

Anyway, walau pon agak kurang hasilnya, tetapi outing kali ini boleh dikatakan seronok juga di mana banyak cerita dan tips dikongsi bersama sepanjang aktiviti. Yang penting, berkerja sama dan keluar peluh hehehe... InsyaAllah, semoga akan mendapat hasil yang rare di lain kali... Amin...

Upload satu gambar dulu, nanti sambung upload lagi sebab dah mengantuk hahaha

Ok, aku tak boleh tidur lagi... upload lagi satu :-P











 

Monday, February 24, 2014

Macro - Bukit Gasing

Lagi sekali terjah Bukit Gasing bersama rakan2 KFGM. Kali ni dapat berjumpa seorang lagi rakan baru iaitu Ku Mohd Nazril. Semua yang hadir termasuk aku adalah seramai 5 orang. As usual, kami memulakan aktiviti macro di sebelah pagi dan mengharapkan akan menjumpai spesis yang belum pernah kami dapat. Kebetulan, malam sebelum outing tu telah turun hujan yang agak lebat (masa tu musim kemarau). Tapi aku rasa agak kurang bernasib baik sebab spesis yang dijumpai semua pernah dirakam sebelum ini. Kalau tak silap, serangga juga agak sukar dijumpai... mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas ketika itu.

Dipendekkan cerita, sebelum nak balik tu kami ternampak satu lagi group macro dari kejauhan. Setelah diamati, ada beberapa orang dari group tu yang kami kenali iaitu Faisal Ismail dan A-mie. The rest tak kenal lagi hehehe.

Takde group photo masa ni (terlupa kot...), tapi ada sedikit rakaman video di sepanjang aktiviti outing tersebut (pendek je pon)...

http://www.youtube.com/watch?v=7zPK5VG5ZFg







Tuesday, February 4, 2014

Macro - Bukit Tinggi, Pahang.

Asik dekat2 je, kali ni pergi outing jauh sikit hehehe. Destinasi yang kami tuju kali ini adalah Bukit Tinggi, Pahang.

Bertolak dari Putrajaya bersama Sairel (tumpang kereta dia) lebih kurang pukul 7:30AM. Singgah di Genting Sempah untuk sarapan dan jumpa geng lain (Ezry dan Zack Zaidi). Lepas sarapan maka bermulalah satu perlumbaan kereta Honda sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi kekeke``````````````` (kucing aku punya kerja, terus typo!). Masa tu Hairul Azuar dan Serin datang dari Shah Alam menaiki satu kereta juga. So totally 4 biji kereta 2 orang setiap satu... menyahut seruan kerajaan? :-D

To be honest, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Setibanya kami di sana... kami disajikan dengan pemandangan pagi yang sangat menyegarkan. Oh ye, ketinggian lokasi tersebut adalah 3500 kaki dari paras laut... kalau naik proton saga tak tau lah berapa jam baru sampai hahaha.

[caption id="attachment_1830" align="aligncenter" width="440"]20140203_093305 Menuju puncak! na na na na na na na (lupa lirik)[/caption]

[caption id="attachment_1831" align="aligncenter" width="440"]20140203_093906 Papan tanda... (ini pon aku nak bagitau hehehe)[/caption]

[caption id="attachment_1832" align="aligncenter" width="440"]20140203_093928 Ye ke?[/caption]

[caption id="attachment_1833" align="aligncenter" width="440"]20140203_094245_Richtone(HDR) HDR guna phone[/caption]

[caption id="attachment_1834" align="aligncenter" width="440"]20140203_095424_Richtone(HDR) Pengetua[/caption]

[caption id="attachment_1835" align="aligncenter" width="440"]20140203_103854_Richtone(HDR) Baca sendiri papan tanda tu... aku tak reti nak sebut betul2[/caption]

[caption id="attachment_1836" align="aligncenter" width="440"]20140203_131521_Richtone(HDR) Speed trap?[/caption]

Outing kali ni disertai oleh 8 orang termasuk aku iaitu Zack Zaidi, Ezry, Hairul Azuar, Serin, Sairel, Awang Jerry dan sahabat beliau (otai jugak ni, berbangsa cina).

Ramai yang kata Bukit Tinggi ni adalah salah satu lokasi yang menarik untuk aktiviti outing macro kerana faktor ketebalan hutan dan kesegaran udaranya. Guess what? Memang betul lah kata diorang tu hehehe.

Berikut adalah sebahagian dari hasil macro pada hari tersebut... sebahagian lagi simpan dalam hardisk hahaha









Dari kiri: Zack Zaidi, aku, Ezry, Serin, Sairel, Hairul Azuar
Tiada dalam gambar: Awang Jerry dan rakan

Kata penutup, Bukit Tinggi memang menarik. Insya Allah akan melawat lagi bila ada rezeki... adios!