Excerpt

Showing posts with label family activity. Show all posts
Showing posts with label family activity. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm... so malam tadi bawak keluar dengan Oly... itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway... memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra... tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B... apa dia? M A K A N... MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan :-P

Flickr Album 72157657636981434

50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm... so malam tadi bawak keluar dengan Oly... itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway... memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra... tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B... apa dia? M A K A N... MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan :-P

Monday, April 27, 2015

Avengers-Family-Day-Out

Hari ini dalam sejarah di mana Abah, Mama dan DDD telah berjaya menonton "The Avengers: Age Of Ultron" di tempat duduk paling belakang dan straight-5-seats tengah wooohoooooo!!! Tak sia-sia survey tiket online awal hehehe... bila DDD tau Abah beli tiket, semenjak tu jugak la asyik tanya bila nak hari Ahad :-D
Apa-apa pon, sangat enjoy lebih-lebih lagi dengan family. Great movie, nice characters... especially the new appearance in this series, "The Vision" huhuhu.
Nasib baik jugak la Darwisyah tak menjerit-jerit dalam panggung tu, siap boleh tertidur lagi... bila dah habis, kena kejut terus cakap "beesssttt" hahaha!

Lepas habis je tengok wayang, terus ke rumah Andak DDD kat Puchong sebab ada buat kenduri dan jamuan. Alhamdulillah, makan tengah hari telah ditaja hehehe. The best part was, Abah dapat surprise iaitu kek hari jadi... bestnyaaaaa... tq Mama hehehe...

The story doesn't ends there, lepas makan-makan kejap... ipar-ipar dan biras ajak pegi memancing pulak... dah lama tak jenguk kolam so angkat kaki lambung ke Pulau Meranti. Tak tau pulak kat dalam tu ada kolam pancing, siapa lagi yang tau kalau bukan Pak Uda DDD hahaha. Start pukul 5 petang sampai pukul 9 malam, semua jadi "bangau" hahaha. Tak lah, ada la dapat 2 ekor tongsan, sekor Pak Uda DDD dapat dan lagi sekor ada sorang mamat dari Gombak bagi hahaha! Yang bestnya pegi memancing ni, boleh tengok banyak gelagat kaki-kaki pancing. Sambil-sambil tu, macam-macam cerita la keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita zaman kecik-kecik, politik, ikan, dari mula pancing sampaaaiii la habis. Pot pet pot pet mulut masing-masing... lepas tu gelak terbahak-bahak. Turun 5 orang, tapi pancing 2 je. Memang seronok walau pon tukang tengok orang pancing...

Phewww... letih tapi seronok. Lebih kurang begitu la ceritanya hari ni... as always, the best time is with family. Insya Allah akan bersambung lagi :-)

Monday, April 6, 2015

Family Day Out, Bukit Gasing > Rojak+Cendol SS15

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bersama family sekali lagi. Masih tak hilang penat semalam, hari ni tambah lagi penat dengan family outing ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Dah lama rasanya tak ke sini, last sekali mungkin bulan Mac tahun 2014. Memandangkan dah cliche bawak family ke tempat-tempat riadah sekitar lembah kelang, hari ni bawak ke tempat yang diorang tak pernah jejak lagi.

Another reason kenapa nak ke Bukit Gasing, lately si Danish semakin curious dengan kehidupan alam semula jadi iaitu "serangga" hahaha. Guess what? Bukan Danish je yang excited, Darwisy dan Darwisyah pon turut jakun... oh, Mama pon sama :-P

Anyway, sampai di Bukit Gasing agak lewat dalam pukul 10:30 pagi. Terus attach lens macro ke adapter dan masuk ke kumira Olympus. Oleh kerana dah tak ada custom diffuser, terpaksa la guna semula O-ring flash yang dibeli tahun lepas. All sets up, lighting ok, ada satu masalah yang mungkin akan menjejaskan sesi macro ni iaitu... self-stabilization huhuhu. Tak apa lah, pelan-pelan kayuh asalkan family enjoy the trip :-)


P/S: sorry banyak gambar blur, kena asah balik bakat hehehe

Jalan punya jalan, jam dah pon pukul 12 tengah hari. Secara automatik perut telah menjadi lapar. So, terus keluar hutan cari makanan. Destination? Rojak dan cendol SS15 Subang Jaya :-)

Baru-baru ni ada singgah makan dekat sini, tapi duduk dalam kereta je. Kali ni, Abah ajak semua duduk kat bawah pokok, baru ada feel. Order rojak 2 pinggan, cendol 4 mangkuk. Ingatkan DDD tanak makan rojak sebab dah makan roti dalam kereta on the way tadi, tapi sangkaan silap... diorang plak yang melahap rojak Mama. Tak cukup, melahap pulak rojak Abah hahaha. Takpe, asalkan diorang suka and happy :-)


Masa on the way balik, Abah ada tanya DDD... lain kali nak pergi hutan lagi tak? Diorang jawab "NAAAAAAAKKKK"... Insya Allah :-)

Sunday, April 5, 2015

Plaza Pudu > Kampung Baru > Masjid Negara > Taman Botani KL > PICC >Doraemon

Hari yang meletihkan, tapi puas sebab dapat bawak family jalan-jalan. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12 tengah hari, menuju ke Plaza Pudu nak beli lens adapter. Lepas tu terus ke Kampung Baru nak makan kat kedai minang, tapi tutup... last-last makan kat pintu gerbang. Memori hehehe...

Lepas makan, pergi ke Masjid Negara singgah solat dan jalan-jalan di dalam kawasan masjid. Pergi pulak ke Taman Botani KL (Tasik Perdana) picnic ala kadar sebab tau hujan akan turun. Sempat la DDD main taman berlari dan makan kuih... lepas tu terus menuju ke Putrajaya. Ingatkan nak balik, tapi DDD ajak pulak pergi ke PICC nak main taman lagi... adeh. Bawak je laaa...

Sampai PICC, main lagi taman dan lari-lari. Tak cukup tu main pulak belon buih tu... pukul 6 lebih masing-masing dah tak larat. Balik rumah, mandi, makan, tonton Doraemon Stand By Me pulak :-)

Tuesday, March 17, 2015

Family day out @ Hot Air Balloon Fiesta

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan di Precint 2 Putrajaya. Kali yang ke-7 ni, Abah bawak Mama dan DDD sekali untuk melihat belon-belon panas dari dekat.

Seawal jam 6:40 pagi dah sampai di lokasi, bukan sebab apa, supaya senang dapat parking kereta hehehe. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, parking memang agak susah nak dapat kalau sampai jam 7 pagi ke atas.

Dapat je parking kereta, terus ke tapak belon panas... dekat BLUE ZONE kalau tak silap, area Monument Putrajaya. Masa sampai tu pon dah ramai orang. Ingatkan nak masuk ke dalam pagar, tapi pak guard tak bagi sebab takde tiket... Ooo baru tau tahun ni dah kena bayar nak masuk dalam pagar huhuhu. Takpe lah, bawak diorang ke tepi pagar pon dah cukup. Masuk dalam pon nanti kelam kabut sebab ramai sangat photographer...

Bila perserta-peserta belon panas tu bersiap sedia nak naikkan belon, maka suka la DDD tengok api belon panas dari dekat. Terasa jugak la bahangnya dari tepi pagar tu... rambang mata tengok semua nyalakan api hehehe.


https://www.youtube.com/watch?v=oId5MIVJRfc

Lepas dah tengok semua belon panas terbang, bawak DDD main dekat bouncing playground. RM15 satu kepala, main sampai berpusing kepala hehehe.

https://www.youtube.com/watch?v=xCy-SXAsrsk

Bila dah berpusing kepala, maka secara automatik perut pon turut akan berkeroncong... so kena isi dulu sebelum meneruskan aktiviti.

Perut dah kenyang, terus menuju ke pameran haiwan peliharaan. Tapi sebelum sampai tu, ada ternampak tempat helikopter mendarat. So, singgah dulu tengok helikopter mendarat dan terbang bawak orang pusing keliling Putrajaya.

https://www.youtube.com/watch?v=dOrNWf0tjeY

Last visit for today, pameran haiwan peliharaan... dan seperti biasa akan bermain dengan haiwan kegemaran iaitu KUCING :-)

https://www.youtube.com/watch?v=M38UdesqCNs

Malam penutup hari Ahad, pergi semula ke ZONE BLUE. Agak bernasib baik sebab ada banyak parking dekat area VIP kekeke. So, makin suka la DDD dapat tengok api belon panas waktu malam sebab terang macam lampu liplap. Lastly, persembahan bunga api... tapi agak kecewa sebab terlindung dengan belon liplap tadi huhuhu. Takpe, satu pengalaman dan pengajaran... Insya Allah akan repeat lagi di lain tahun :-)

https://www.youtube.com/watch?v=MBpKTbMTKio

Monday, March 2, 2015

Family day out 2015-03-01

Agenda family day out kali ni:

- Pegi Kelana Jaya jumpa Uncle Bunny, sambar lens cap ayam M.Zuiko 14-42mm f3.5-5.6 II R :-P
- Patah balik ke Putrajaya, singgah makan di McD Puchong Gateway
- Misi mencari pokok bunga dekat Bangi untuk projek taska Darwisyah
- Jalan-jalan cari buku di Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya
- Lepak minum dekat Kafe Serabei, Ayer@8... memang serabei membayar huhuhu

Sunday, December 7, 2014

Dari pertandingan mewarna, ke IOI City Mall

Malam tadi balik lewat dari down-town The Mines, sampai rumah main tembak-tembak, cukup ke tidur esok pagi nak bangun awal? huhuhu

Alhamdulillah, dapat juga Darwisyah join pertandingan mewarna walaupon organizer dah announce pertandingan sudah bermula (lambat sampai hahaha)

Darwisyah memang suka melukis dan juga mewarna, mewarna dengan satu jenis warna hehehe... tak kira lah bagi gambar apa pon, mesti semua satu warna... dah ajar suruh campur-campur warna lain tapi bila dah mula, dia akan suka dengan warna tu... takpe lah janji warna hahaha

Sambil Darwisyah mewarna, aku dan lain-lain melantak nasi lemak yang disediakan pihak penganjur... nasib baik lah ada sarapan, kalau tidak memang berbunyi lah perut...

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Darwisyah panggil penolong pengadil, katanya dah siap... dia yang paling cepat siap dalam kumpulan dia... mana tidaknya, satu warna je hahahaha

Ok lah, rasanya bila tengok dari segi hasilnya, memang harapan agak tipis untuk menang, tapi at least dalam kumpulan dia tu, Darwisyah yang paling kecik, baru 3 tahun boleh compete dengan 4 tahun ke atas hehehe

So? Ke IOI City Mall la sambung misi yang tergendala semalam, iaitu nak cari sandal untuk pakai di Langkawi nanti

Dalam jam 10 pagi dah sampai tempat parking, banyak kosong hehehe. Masuk je pintu macam biasa lah anak-anak sihat punya tenaga, tiba-tiba boleh berubah walaupon sebelumnya dah letih. Melompat berlari menjerit semua ada, aku shoot je la perangai diorang :-)

Cerita pasal apa tadi? Ooo ye, sambung misi semalam nak cari sandal... Know what? masih lagi gagal sebab takde kedai BATA hahaha... cari kat outlet lain semua macam tak berkenan. Maka bersambung lagi lah cerita ni, babai :-)

Flickr Album 72157657299560824


Satu lagi gambar diambil di dalam DAISO shop, dipusing 90 darjah melawan arah jam... nampak macam menarik (di mata aku la hehe). Sebab? Cawan-cawan tersusun tu nampak seolah-olah berada dalam keadaan asal jika diletakkan di atas meja, tapi ianya mustahil untuk berada dalam keadaan begitu tanpa sokongan atau lantai di bawahnya.



Gambar ni pulak diambil oleh Mama dan diproses oleh Abah, ada bakat dan boleh diketengahkan :-)


- Be "a part", not "apart"
- Social media kills