Excerpt

Showing posts with label scan. Show all posts
Showing posts with label scan. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

baby girl? InsyaAllah...

hari ni mama, abah, darwisy and danish macam biasa bersarapan di luar. cuma kali ni tak makan di restoran mamak, tapi di restoran melayu di sekitar bangi. tiap2 minggu makan roti canai je bosan gak :-)

lepas je sarapan, kami meneruskan perjalan ke kajang. bukan tujuan berjalan-jalan tapi nak pegi klinik pakar wanita untuk scan baby :-)

kali ni jugak, mama dan abah dah plan utk buat 4D scanning. saje nak cuba tengok macam mana agaknya baby dalam perut mama tu dengan lebih jelas.

setelah masuk ke bilik doktor, scanning pon bermula lah... macam biasa la doktor mencari2 hujung pangkal baby kat dalam perut tu... kemudian... jeng jeng jeng... doktor pon tiba2 bersuara... "girl"... abah dan mama speechless buat seketika... tapi bibir mengukir senyuman yang lebar macam ni :-)))))))))))))))

Alhamdulillah, segala usaha kini telah menjadi kenyataan... walau bagaimanapun... kuasa di tangan Allah... jadi kami action macam biasa walaupon dalam hati dah melompat-lompat...

macam yang pernah abah dan mama cakap sebelum2 ni, tak kisah la boy atau girl... asalkan selamat dilahirkan dan sihat wal-afiat... dan kalau benar lah apa yang abah dan mama nampak masa scan tadi baby girl... syukur alhamdulillah :-)))

Saturday, January 8, 2011

the 3rd

mari menaip lagi :-)

syukur Alhamdulillah, pada tahun 2010 yang lepas kami telah dikejutkan dengan beberapa berita gembira. antaranya...

tak lama lagi kami akan menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru :-) Insya Allah...

my wife is now a teacher :-)

nak dijadikan cerita... pada satu malam tu, aku dan famili pegi kuar jalan2 sambil cari klinik yang bleh buat medical check-up sebab wife aku dapat keje jadi cikgu tu... hati mmg dah happy dah... bila jumpa satu klinik ni, kitaorang pon masuk la register. medical check-up tu kena check macam2 termasuklah x-ray. hati aku tiba2 terpikir untuk bertanya, "dik, sebelum x-ray ni bleh tak klu buat pregnant test dulu... saje je la kot2..."

my wife pon takde nak bantah apa2, pegi la buat test kejap...

"hmmm, akak takde apa2, bleh je buat x-ray"... my wife pon, "owh, ok lah klu camtu"

pehtu masukla dalam bilik doktor nk buat check-up yang lain2...

tengah syok mengunggu kat luar, pehtu wife aku pon kuar la... sambil bawak bungkusan tisu... bungkusan tisu?

"pesal bawak tisu tu?"

wife aku pon hulur sambil senyum2... eh pehal lak ni?

aku pon bukak la bungkusan tu, rupa2nya dalam bungkusan tu ada pregnant tester... terus terang aku agak blur masa tu... nampak pulak line kaler2 lagi blur la aku hahaha...

tak lama tu, bibir aku tetiba terukir satu senyuman yang hakiki :-D

"Alhamdulillah... nasib baik aku terdetik nak suruh buat pregnant test tu... klu tak,,,,,, (untuk pengetahuan ramai, x-ray tu bleh memudaratkan kandungan)"

oleh kerana dah kompom wife aku pregnant, doktor pon tak jadi la buat x-ray. so dia tulis kat dalam kad medical check-up tu wife aku pregnant, takleh buat x-ray... selamat RM hehehe

macam ada benda yang lupa nak citer je... takpe lah lain kali aku sambung

owh ya... ni gambar scan kat klinik baru2 ni :-)

[caption id="attachment_1029" align="aligncenter" width="300"] 07.12.2010[/caption]

lelaki atau perempuan? terus terang aku tak kisah, asalkan sihat wal-afiat dan sejahtera... doakanlah semoga anak kami selamat dilahirkan, amin... :-)