Excerpt

Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Majlis Jamuan Hari Raya 2015

Setelah hampir enam tahun berkerja di area Kelana Jaya, ini kali pertama pergi ke Masjid Tengku Kelana untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya bagi tahun 2015.

Pada mulanya tak terpikir jugak nak pergi ke majlis tu, tapi memandangkan restoran bawah office masih tutup bercuti... dan kebetulan ada jamuan... maka tergerak juga lah kaki menuju ke masjid bersama geng-geng dari office yang kebetulan berfikiran sama hehehe.

Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat merasa macam-macam jenis masakan yang dihidangkan... sampaikan roti canai pon ada... semuanya sedap-sedap :-)

Disebalik cerita jamuan ni, sebenarnya telah berlangsung satu mesyuarat agung tahunan Masjid Tengku Kelana... tapi memandangkan ianya dijalankan pada waktu bekerja, maka hanya dapat hadir waktu makan je la :-)

Thursday, July 16, 2015

'Aidilfitri 2015

Kalau ikut dalam kalendar, lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. 'Aidilfitri, hari kemenangan menempuh Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni boleh dikatakan dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik dari tahun-tahun sebelumnya (dengan cara kurangkan melayan Facebook hehehe). Siapa sangka, tahun ni juga Darwisy dan Danish dapat menempuh sebulan berpuasa dengan baik... tak tinggal sahur... puasa penuh... tak banyak tinggal solat. Diharap, dugaan dan cabaran tahun ni dapat meningkatkan lagi keimanan dan kebahagian hidup berkeluarga.

Tidak lupa kepada sahabat handai, sekiranya terdapat salah dan silap terlanjur kata... harap dapatlah dimaafkan. Semoga bulan-bulan yang akan mendatang dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran.

Bagi sesiapa yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan ikut arahan undang-undang jalan raya... ingat orang yang tersayang dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
Abah (Bobo)
Mama (Nadia)

Friday, October 18, 2013

Jumpa kucing!

Pada petang 16 Oktober 2013, di mana aku baru pulang dari kampung sempena cuti Raya Haji... aku telah menjumpai seekor anak kucing yang comel merayau2 di sekitar kedai runcit di bawah apartment aku tinggal. Melihatkan keadaan dia yang kotor dan kelaparan, aku telah mengambil keputusan untuk membeli makanan kucing (paket) dan membawa dia pulang untuk diberi makan... ntah macam mana, kucing ni nampak sangat manja dan sangat berselera makan... macam biasa lah, anak2 dan wife aku sememangnya sukakan kucing dari azali lagi... so tak pasal2 diorang telah memaksa aku untuk membela kucing tersebut... aku pon rasa berat hati nak lepaskan dia, yelah kecik lagi... dgn banyak kereta lalu lalang... takde tempat tinggal...

Lepas je bagi makan, aku dan wife mandikan dia... sebab

So, dengan rela hati aku telah memutuskan untuk membela kucing tersebut... dan nama Garfield telah diberi oleh wife aku (mmg peminat katun garfield kekeke)...

Semoga apa yang aku lakukan ni mendapat keberkatan... Amin...

20131017_233345

p/s: sangkar DIY, beli dari Daiso dan cantum2 kan (first stage)... kucing pon keletihan asik main je hehehe

Sunday, January 9, 2011

makan tengah hari pukul 5.30PM

tu la penangan tidur di tengah hari hahaha
aku terbabas, wife terbabas, anak2 pon terbabas... nasib baik la sarapan pon nak pukul 11AM, bleh la kenyang tu bawak ke petang kekekeke...

hari ni aku rasa adalah hari malas aku... malas nak pegi jalan jauh2... so macam biasa (mcm hari2 malas je?) lepak makan kat precint 9... menu? nasi goreng paprik, nasi goreng cina, sizzling mee "masin" hahaha...
pencuci mulut pulak... otak2 5 bungkus :-P dah lama tak makan otak2, tetiba je nak merasa... maklumla, mengidam la katakan hehehe

lepas makan beli barang jap, cadangnya nak pegi alamanda... oleh kerana mcm aku cakap tadi "hari malas aku"... beli je barang2 tu kat pasaraya darussalam... precint 9 jugak otway nak balik rumah je ahahaha... bleh la jimat sikit kot, harga bleh kata murah dari alamanda... parking takyah nak berbayar... dekat je so minyak pon bleh jimat hehehe

Thursday, September 24, 2009

Cuti Raya dah habissssss

Alhamdulillah... lebih kurang pukul 11.40mlm aku selamat sampai di Putrajaya. bertolak dari kampung lebih kurang jam 9.40mlm menaiki perodua kancil 660 :-) hmmm 2 jam je? adakah kereta aku yang laju atau jarak dari Sungai Besar ke Putrajaya tak jauh? kira nasib baik jugak la bertolak sebelah malam sebab tak banyak kenderaan... ditambah pulak si Darwisy & Danish tidur kepenatan sepanjang perjalanan :-D mungkin ramai lagi yang masih bercuti hari raya atau mungkin jugak yang dah balik di siang hari. yang penting... berhati2 lah ketika memandu... patuhi had laju dan jadilah pemandu yang berhemah...  cewah!

Saturday, September 19, 2009

Alhamdulillah... selamat sampai ke kampung

18/9/2009 +- 7.30pm kami selamat sampai di kampung (sg besar)

hari ni abah berbuka dalam kereta je :-) beli roti ngan air kat petronas, sampai rumah baru makan dengan lahapnya

darwisy seolah2 memahami hari raya aidilfitri semakin hampir (dah pandai mintak bunga api plak dah), danish masih belum mengerti 24jam happy

di kesempatan ini sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan dan keluarga

InsyaAllah kalau ada amik gambar nanti akan kami upload

Thursday, September 17, 2009

nak balik raya...

lagi cerita sedih....
hmm mama ngan abah mungkin akan baik ke kampung hari jumaat nih 18/9/09...yang sedihnya...kitorg nak balik kampung naik kancil...uwaaaaa....bayangkanlah...ngan beg kitorg lagi..bag darwisy ngan danish...bakul susu diorg...pampers....fuhh..mana nak letak agaknya ye...sedih2...bila la keter saga abah leh kuar dr wkshop agaknya...
sedih....sedih....

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA....

dikesempatan ini mama ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan2 taulan yang mengenali mama...mama nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada terkasar dan ada yang terkecik ati ngan mama...
hmmm...tahun ni mama n the family wat tema oren..so anak2 ngan abah sume dah ada baju raya kaler oren..yang sedihnya...mama masih lagi takde baju raya...sedih sangat...uwaaaaa....taktau la bila nak gi beli baju raya....
takper..mama akan ajak jugak abah gi cari baju raya mama.....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA......

Sunday, August 23, 2009

hari pertama puasa 2009

hari ni kami berbuka agak sederhana. masak di rumah je tak pergi bazar ramadhan pon. yelah semenjak penyakit H1N1 ni menular, kami agak risau untuk pergi ke kawasan yang ramai orang. lebih2 lagi danish baru je sembuh dari sakit selsema+demam+batuk.

macam biasa kami agak excited lebih2 lagi darwisy yang macam sudah mengerti apa itu bulan puasa (tak lama lagi hari raya hehehe) itu je la yang dia tau. dah tentu asik tanya mercun aje. bagi danish pulak, puasa ke tak puasa sama je. mulut 24jam asik nak menguyah hehehe.

mama pulak agak bertuah sebab minggu pertama puasa dia cuti sekolah. relek je la buat keje rumah. abah macam biasa la kena kerja.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

pejam celik pejam celik dah sampai bulan puasa. rasanya macam baru je lepas menyambut hari raya.

sempena di bulan yang mulia ni kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kengkawan yang berpuasa.

semoga bulan ramadhan tahun ini dapat dilaksanakan lebih sempurna dan lebih baik dari bulan2 ramadhan yang lalu.

Friday, April 17, 2009

new day…new look…

harini mama tak berapa banyak keje...so mama luangkan la skit masa utk wat blog nih....

mama sebenaqnya nak upload banyak gambar kat sini...but still tak tau lagi camner nak wat..maklum la baru je nak explore...so..nanti mama tanya abah camne nak wat ek...

nanti kan photo2 menarik dari kami...tungguuuuuu......

i love my family...

gambar raya tahun 2008

beraya kat umah pak uda leman...slim river..perak

Monday, October 8, 2007

lagi 2 hari...

bukan lagi 2 hari nak raya... tapi 2 hari lagi aku akan melangkah kakiku buat selamanya dari tempat kerja aku sekarang... AAM

ke mana arah tujuanku selepas ini usahlah ditanya CEWAH!!! :-D

actually aku akan mula kerja di tempat baru kat PJ lepas raya nanti...

agaknya memang rezeki aku bulan puasa ni... dapat lah duit raya sikit dari AAM... duit raya terakhir hehehe

rasa macam tak sabar je... sedih pon ada... yelah keje sini dah lama... dah macam satu family... susah senang bersama... tapi rezeki Allah yang tentukan... aku kena redha...

tahun ni baju raya warna hijau :)

macam biasa la bab-bab pakaian / fesyen ni kena serahkan pada mama Darwisy :-) abah ngan Darwisy follow aje. so tahun ni mama decide nak kaler hijau. katanya dah alang-alang ada baju baru warna hijau, teruslah buat baju raya. dan macam biasa kami mulakan misi mencari baju abah dan Darwisy pulak :-D

hampir sehari jugak cari baju Darwisy ngan abah. sampai pegi ke Masjid India takde parking, pegi Kg Baru KL parking keta kat sana pehtu naik LRT pegi patah balik Masjid India. pergh!! dah la bulan puasa... mama pulak loya-loya tekak lah... pening-pening lah... maklumlah berbadan dua :-) eh aku tak bagitau lagi ke? hihihi

sampai Darwisy tertidur kat bahu abah (lupa bawak stroller) baru jumpa baju Darwisy... comel aje bila tengok... siap songkok lagi hehehe

lepas dapat baju Darwisy, cari baju abah pulak... mak aih bukan main mahal semuanya!!! cekik darah betul!!! gaji dah la tak naik ni... hmmmm... last-last dapat jugak baju yang lebih kurang sama warnanya ngan baju mama... RM90/= phewww!!!!!

lepas shopping tu patah balik ke Kg Baru nak amik keta kat LRT... lantas terus merehatkan diri di dalam kereta :-D tepat pukul 7pm pegi cari port plak nak berbuka. macam biasa la pegi tempat biasa... pintu gerbang Kg Baru hehehe

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Di sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua kenalan & pengunjung blog kami.
kiranya ada salah dan silap, atau perkara yang menyinggung dalam kandungan laman web ni harap dimaafkan.

kepada kengkawan yang nak datang beraya tu, harap dapat contact dulu sebab takut kami keluar cari duit raya hihihi

dan nak diingatkan juga kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 lah di jalan raya. semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

akhir sekali Salam Aidilfitri dari kami Hilman, Nadia dan Darwisy.

macam pernah nampak je ayat ni? hehehe... dipetik dari post tahun lepas

Tuesday, September 18, 2007

Goodbye AAM…

selama hampir 4 tahun aku bekerja di sini, akhirnya aku telah meletak jawatan sebagai seorang penyelia. kenapa? mesti la dapat better offer :) Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan... akan mula bekerja di tempat baru pertengahan Oktober 2007. aku masih ingat lagi masa aku memula keje di AAM sama jugak dalam bulan Raya Aidilfitri. dan aku angkat kaki pon dalam bulan Raya Aidilfitri jugak :D

aku sangkakan AAM tempat terakhir aku bekerja, tapi di atas sebab tertentu aku kena majukan diri aku lagi dengan mencari keje lain. hmmm taknak cakap yang bukan2 bulan puasa ni... any update aku akan bagitau :)

Friday, December 29, 2006

pergh! lama tak update!

it's been a while. like usually, busy :)

nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007. semoga tahun yang akan datang akan menjadikan hidup kita semua lebih bermakna dan bertambahlah amalan hendaknya.... ambil yang jernih buang yang keruh.... Amin....

 nak balik kampung yeah yeahhhhhhhhhhhhhhh!

Thursday, November 16, 2006

Darwisy demam

kesian Darwisy, malam tadi badan dia panas sangat. tidur pon tak lena. tapi lepas kami tampal "Cool Fever" kat dahi dan bagi minum ubat Alhamdulillah ok sikit.

tapi pagi tadi badan dia macam panas balik. hari ni mama terpaksa ambik cuti nak jaga Darwisy. abah kena kerja sebab bulan ni dah banyak cuti raya. kalau ikutkan memang tak sampai hati nak tinggalkan. dahla hari tu baru kena selsema, ni dah kena demam pulak. rasanya berjangkit dari kawan Darwisy, Damia. lagipun cuaca sekarang ni tak menentu, asyik hujan lebat aje. harap cepat la sembuh, manala tau kot ada "akal baru" pulak :-)

kalau sesiapa yang ada petua camne nak kurangkan panas badan atau nak hilangkan demam, bleh la respond msg ni ek... tq.Â

http://darwisy.online.net.my/?p=200#comment-form

Saturday, November 11, 2006

Beraya di Pejabat Daerah Petaling

bukan main suka lagi Darwisy pegi beraya rumah terbuka kat Pejabat Daerah Petaling. Sampai tak dapat nak dukung dia asyik ber"passing - passing" aje. Semua cakap Darwisy comel lah, baik lah, tak nangis lah dan memacam lagi.

Klik sini untuk lihat galeri...

Â