Genap seminggu Darwisyah kena demam chickenpox, Alhamdulillah dah semakin sihat dan ruam-ruam pon dah berkurangan dan semakin kering. Tapi still dalam medication antiviral untuk pastikan Darwisyah betul-betul sihat.
Hari ni jugak genaplah Darwisyah berumur 4 tahun... Abah dan Mama bersyukur dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak. Semakin meningkat umur, semakin pandailah Darwisyah berkata-kata (dalam bahasa lain "membebel" hehehe).
Dalam seminggu Darwisyah demam ni, langsung tak ada keluar rumah... yelah takut memudaratkan dan takut berjangkit dengan orang lain pulak. Tapi memandangkan dah semakin sihat hari ni, Abah dan Mama bawak DDD keluar jalan-jalan sekejap. Pegi sarapan dekat precint 8, pegi pasar beli lauk dan pegi kedai kek nak celebrate birthday hehehe.
Kek yang ditaja kali ni tak la gah sangat, buat sederhana je... sambut pon di rumah tak ada jemput orang lain. As for kids, bila dah dapat tau nak beli kek pon akan excited tak hengat :-P
Apa pon yang disambut, apa pon yang dibeli, di mana pon berada... the most important, bersama-sama dengan family :-)
Last but not lease, semoga anak-anak Abah happy selalu... dikurniakan kesihatan... menjadi anak yang soleh dan solehah... menghormati orang tua dan diberkati kehidupan oleh Allah S.W.T.
Amin...
Excerpt
Showing posts with label chickenpox. Show all posts

Saturday, June 6, 2015
Wednesday, June 3, 2015
Darwisyah chickenpox Day-4
Hari ni Abah terpaksa ambik cuti sebab banyak kerja rumah terbengkalai... sambil-sambil tu boleh tolong tengok-tengok Darwisyah dan Mama pon boleh sambung kerja-kerja rumah yang terbengkalai hehehe...
Nak keluar rumah tak boleh, so DDD main je la kat dalam rumah... termasuk la bercucuk tanam :-P

Sunday, May 31, 2015
Darwisyah kena chickenpox (pop?)
Buat pertama kalinya, Darwisyah kena demam chicken"pop" (bak kata nurse di klinik tadi). Nasib baik Mama dah balik dari kursus, otherwise tak tau la macam mana Abah nak urus anak-anak Abah. Ye lah, Abah berkerja jauh... terpaksa balik awal nak bergegas ambik semua balik sekolah... nak urus makan minum, pakaian, basuh baju sidai baju, sambung buat kerja office di rumah, nak buat itu nak buat ini.
Tapi Mama kena pergi kursus dekat Langkawi pulak minggu depannya, sempat ke Darwisyah nak sembuh?
Mama ada bagitau, kalau Darwisyah tak sembuh jugak... Mama taknak pergi kursus tu. Kebiasaannya demam chicken pox ni memang makan masa...
Bila Mama bagitau macam tu, Abah pon lega lah sikit sekurang-kurangnya cuti sekolah ni boleh Mama fokus jaga anak-anak. Tapi entah macam mana, ada pulak kawan Mama tu marah-marahkan Mama sebab katanya perlu pergi jugak... sakit hati pulak Abah dengar.
Seriously, pendapat Abah... sebelum kondem dan marah seseorang tu, perlulah memahami situasi yang dihadapi dia. Put ourself in someone's shoes. Kita ni hidup tak semuanya setara... rezeki berbeza-beza... tahap kesihatan tak sama. Jangan la kita sindir-sindir dan berdoa di FB supaya seseorang tu mendapat balasan. Belajar jauh-jauh, gunakan ilmu dan fikiran. Dah la berdoa di FB, mintak diberi balasan pulak tu... Adeh...
Bila Mama cerita semua tu, Abah memang geram tapi apakan daya... hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sedang dihadapi. Harapan Abah pada DDD, jagalah akhlak sebaik mungkin... jangan ikutkan hati dan tuduh menuduh secara melulu.
Berbalik kepada cerita Darwisyah, kata doktor ada 2 pilihan...
1) Biarkan chickenpox tu keluar habis dengan tidak ambil apa-apa ubat khas (anti viral)
2) Ambil anti viral agar chickenpox tu cepat sembuh
Bincang punya bincang, Abah dan Mama nak biarkan chickenpox tu habis secara sendiri tanpa ambil ubat khas. Sebabnya, kebanyakan kes macam ni akan membuatkan pesakit menjadi immune dan kemungkinan besar tak akan dijangkiti lagi pada masa akan datang. Kebetulan pulak, cuti sekolah dah nak bermula selama 2 minggu... so Mama boleh jaga Darwisyah...
Apa-apa pon, Abah dan Mama doakan semoga Darwisyah cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala... Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)