Excerpt

Showing posts with label 50mm. Show all posts
Showing posts with label 50mm. Show all posts

Sunday, April 24, 2016

Olympus M.Zuiko 25mm on street

Self challenge hari ni, street photography dengan lens Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm).

Sesi outing kali ni disertai oleh 3 orang sahabat iaitu Ezry, Hisham, Halim dan Helmi. Lokasi pula, di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dah banyak kali outing dekat area ni, tapi untuk street photography adalah kali yang kedua.

Bukit Bintang adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, termasuk masyarakat tempatan. Sangat sesuai untuk mengasah bakat dalam street photography di mana kita boleh dapat lihat pelbagai gelagat manusia, bangsa, fesyen, gaya hidup dan lain-lain. Walaupon terdapat banyak kerja-kerja pembinaan sedang giat berjalan, namun tidak menghalang manusia dari terus membanjiri tempat ini.

Berbalik pada tajuk, self challenge hari ni agak challenging. Dengan Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm), agak kekok pada mulanya dari segi mencari angle view dan composition. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dengan focal view yang hampir sama, akhirnya dapat lah membiasakan diri sikit demi sedikit.

Kelebihan Olympus M.Zuiko 25mm (50mm focal view) dalam street photography



  • Tak perlu berdekat dengan subjek, sekaligus dapat mengelakkan diri dari dikesan

  • Sekiranya dekat dengan subjek, dapat menjadikan gambar sebagai portrait dengan focal view yang menarik

  • Sharpness dan bokeh yang menarik

  • Kecil dan ringan


The journey


[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kebab family Budak berusia 8 tahun menolong bapanya berniaga kebab di luar restoran. Sporting dan peramah walaupon tidak fasih berbicara.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]While waiting Kaki-kaki di jalanan. Ada yang menunggu bas, ada yang sekadar melepak, ada yang bersiar-siar. Termasuk aku, kaki ambil gambar.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The watcher Seorang peniaga jalanan sedang memerhati gelagat manusia. Mungkin dia pemalu... refleksi sudah memadai bagi aku.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]KL Tower in red KL Tower yang diterangi cahaya lampu merah. Tidak pasti bersempena dengan apa, yang pasti memukau mata dan menyerikan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Open air Musolla Dalam perjalanan mencari surau, terjumpa satu kawasan lapang yang dijadikan tempat solat. Tempat ini mungkin diusahakan oleh peniaga-peniaga asing yang berdekatan. Nyaman dan sejuk.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]KLCCs Replika bangunan KLCC yang banyak dijual di jalanan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Man from Sarawak Orang Sarawak yang sporting, yang aku sangkakan pelancong dari Korea.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Signs Tolong terjemahkan?[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Builders at night Beberapa orang kontraktor sedang gigih membina di waktu malam. Tanpa mereka, tiadalah bangunan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Hang master Seorang pemuzik jalanan sedang mendendangkan muzik dengan instument yang unik, iaitu Hang. https://en.wikipedia.org/wiki/Hang_(instrument)
Sangat terpegun dengan bunyi dan muzik yang dihasilkan, lebih-lebih lagi disaksikan secara live di jalanan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Street artist Barisan pelukis jalanan sedang khusyuk melukis gambar-gambar pelanggan. Sangat cantik dan menarik. Dengan harga yang ditawarkan, ianya sangat berbaloi.[/caption]

Kebetulan, salah sorang sahabat yang outing bersama ada sedikit perkongsian tips bagaimana hendak menangani perasaan takut dalam genre street photography. Layari http://www.snapby.me/blog/-takut-shoot-street-photography-ikuti-langkah-ini

Sunday, October 18, 2015

50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm... so malam tadi bawak keluar dengan Oly... itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway... memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra... tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B... apa dia? M A K A N... MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan :-P

Flickr Album 72157657636981434

50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm... so malam tadi bawak keluar dengan Oly... itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway... memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra... tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B... apa dia? M A K A N... MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan :-P

Monday, July 27, 2015

Raya Aidilfitri 2015 @ Sungai Besar

Sebagai official photographer di setiap Hari Raya Aidilfitri, seperti biasa Abah akan mengambil gambar dan merakam video DDD & family hehehe.

Tahun ni tak berapa panjang video yang diupload ke Youtube (sebenarnya panjang, tapi kena reject masa suntingan hehehe). Tapi cukup menampakkan kemeriahan suasana di Hari Raya bersama keluarga :-)

Video tahun ni agak berbeza sedikit, di mana Abah lebih fokus kepada DDD dan sepupu-sepupu yang lain. Dan rasanya ni je satu video yang akan dijadikan kenangan untuk Raya Aidilfitri tahun 2015 sebab masa beraya di KL Abah tak banyak rakam video... sibuk makan kot hahaha!

Oh ye, satu lagi perbezaan video ni dengan video-video yang lepas... ianya dirakam menggunakan kamera keluarga iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II bersama-sama lens M.Zuiko 14-42mm dan Nikkor 50mm. Semuanya cap ayam, cuma yang layan masa merakam video menggunakan kamera ni adalah fungsi IBIS hihihi.

https://www.youtube.com/watch?v=J7Xvxqo2nGI

Ni pulak koleksi gambar-gambar kenangan Raya Aidilfitri 2015 di Sungai Besar. Macam tak banyak jugak untuk dipertontonkan kepada umum (yang lain set jadi private hehehe).