Excerpt

Showing posts with label sungai hj dorani. Show all posts
Showing posts with label sungai hj dorani. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Kering tiada kontang, Sungai Haji Dorani



Apa punya tajuk daaa...

Setelah sekian lama merancang akhirnya berkesempatan berjumpa dengan sorang landscape photographer dari kampung kelahiran aku, iaitu abang Fadzly Sham pada hari Ahad lepas (29/03/2015).

28/03/2015 8:34PM

Satu sesi meeting telah dilancarkan menggunakan whatsapp berkenaan outing tersebut. Setelah confirm lokasi yang nak dituju, seorang lagi photographer telah dijemput untuk hadir bersama-sama memeriahkan pagi yang dijangka akan menjadi owesome, tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Syafiq Shaarani. Setelah beliau confirm untuk join, maka kami bertiga telah sebulat suara untuk melelapkan diri dahulu...

29/03/2015 6:47AM

Keluar dari rumah dan bergegas ke Sungai Haji Dorani. Ketika di lokasi, cuaca memang awesome seperti yang dibayang-bayangkan malam tadi... cuma air je tak berapa nak pasang. Tapi taklah surut sangat... mungkin sebab ini tajuk blog diberi. Serious tengah blur nak tulis apa, mungkin trauma dengan GST yang bakal tiba bulan April nanti...

Seperti biasa akan bergambar bersama kawan-kawan tiap kali outing...



Insya Allah, kalau ada kesempatan akan calling untuk outing di lokasi lain pulak :-)

Gambar bonus: Siput-siput kecil di Sungai Haji Dorani

Tuesday, December 2, 2014

Operasi bot tersadai

30hb Nov 2014, Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan untuk merakamkan keindahan pagi di kampung aku (Sungai Besar).
Seperti biasa, aku ke pantai Sungai Haji Dorani seawal pagi yang mungkin supaya tidak terlepas warna2 yang cantik ketika matahari naik. Walaupon sudah banyak kali merakamkan gambar di lokasi dan subjek yang sama, aku seperti tidak pernah rasa bosan dan jemu.
Namun, kali ini agak berbeza sedikit kerana terdapat beberapa bangkai bot yang boleh dijadikan subjek utama.
Tanpa lengah, aku pon merakamkan gambar bot2 itu dan post kepada kawan2 di facebook. Masing2 agak teruja dan terus bercadang untuk datang ke Sungai Besar untuk mengambil gambar sunset.
Bincang punya bincang, akhirnya ada juga yang sudi datang iaitu abang Tuah Roslan dari Klang dan Syafiq Shaarani dari Kuala Selangor. So, lebih kurang jam 6 petang semua dah sampai dan terus ke lokasi bot tersadai tersebut. Abang Tuah Roslan bermain dengan 2 kamera, satu untuk tujuan timelapse. Syafiq dengan D800 beliau dan aku yang paling cap ayam hahaha.
Cuaca petang itu tidaklah berapa mengecewakan walaupon langit tidak secerah paginya. Shoot punya shoot, lebih kurang jam 715 malam maka selesailah sesi mengambil gambar sunset di situ. Oleh kerana aku kena balik rumah awal untuk persiapan balik ke Putrajaya, maka kami masing2 berpecah tak sempat nak lepak minum2 huhuhu. Insya Allah, kalau ada kesempatan nanti nak set satu sesi shoot landscape di Sungai Besar dengan kawan2 yang lain. Mungkin akan sewa chalet atau home-stay untuk sehari dua, baru bleh layan dari pagi sampai ke malam hehe.







Ini adalah hasil gambar yang diambil ketika matahari terbenam, jadilah walaupon cuaca tidak berapa mengizinkan :-)
Teknik: DRI (multiple exposure)