Nenek DDD datang bertandang
Nenek tengok dokumentari makan mentarang
Nenek ajak makan mentarang
Balik kampung singgah warung mentarang
Diorang pon pasang dokumentari mentarang
Kami order mentarang
Lepas makan mentarang
Abah keluarkan wang
RM61** untuk 6 orang
https://www.youtube.com/watch?v=y2K_96d7hVM
**
Mentarang bakar RM18
Mentarang masak lemak RM20
Nasi putih x2 RM3
Nasi goreng mentarang x2 RM11
Teh ais RM1.50
Teh O ais x2 RM2.60
Milo ais RM1.80
Sirap RM1.30
Sirap laici RM1.80
Excerpt
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, March 19, 2017
Monday, March 13, 2017
Belon panas yang tak berapa panas
Seperti tahun-tahun yang lepas, keluar rumah seawal pagi lepas subuh semata-mata nak dapatkan tempat untuk parking kereta. Sesampainya di lokasi, rasa pelik tetiba datang. Eh, kenapa lengang je ni?
Berenti tepi jalan kejap, tanya pakcik Google. Ooo... rupa-rupanya dah pindah lokasi ke KL huhuhu. Takde la rezeki DDD nak tengok belon panas tahun ni... jom lah kita balik (jenuh explain kat DDD).
Tengah drive nak balik, tetiba nampak kereta 4WD perpusu-pusu masuk kawasan lapang. Maka Abah pon jadi bangau panjangkan leher nak tengok ada apa.
Eh? Ada la! Hahaha!
Maka melonjak-lonjaklah DDD keriangan (Abah Mama pon sama dalam hati). Nasib baik la ada, kalau idak sia-sia la keluar rumah lepas subuh... mesti jenuh nak explain kat DDD :-P
Cuma tahun ni memang nampak tak ramai... tengok tempat parking kereta pon boleh tau. Tapi baguslah, takde la crowded (memang Abah tak suka hehehe).
https://www.youtube.com/watch?v=a_3v3TPhuwg

Monday, December 12, 2016
Wedding of The Year 2016
Alhamdulillah, 4hb Disember 2016 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan Pak Lang DDD. Hari yang telah lama ditunggu-tunggu adik beradik Mama, maka sesuailah Abah nobatkan majlis tu sebagai Wedding of The Year 2016!
Pada pagi Ahad, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Hidayatul Ummah (Kuala Kangsar, Perak). Pada tengahari yang sama, majlis persandingan pula dilangsungkan secara sederhana dengan jayanya.
Memandangkan Abah seorang jurugambar perkahwinan (bekas), maka Abah telah dilantik menjadi jurugambar rasmi pada hari tu. Agak kekok jugak, tapi hentamkan saje hehehe.
Apa-apa pon, selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157673740527324

Thursday, December 1, 2016
Majlis Khatam Al-Quran 2016
25hb Nov 2016 – Syukur Alhamdulillah, tahun 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Sesi persekolahan 2016 Darwisyah sudah selesai dan telah menerima sijil tamat pengajian di Majlis Khatam Al-Quran.
Majlis telah dijalankan secara sederhana di dalam dewan Precint 16, dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran oleh murid-murid 6 tahun. Ini bermakna, tahun 2016 adalah tahun terakhir mereka belajar di Al-Baghdadi Playtime Centre (APC).
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157675744376540
InsyaAllah, Darwisyah akan menyambung pengajian di APC tahun hadapan. Semoga semua yang telah menamatkan pengajian tahun ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, terus menimba ilmu agama dan maju jaya dalam menempuh alam persekolahan yang sebenar.

Sunday, November 6, 2016
Langkawi Lagi!!!
Seperti biasa, setiap satu atau dua tahun, Mama dan Abah akan bawak DDD makan angin. Dan kali ni, destinasi yang telah ditetapkan adalah Langkawi lagi hahaha!
Cuma bezanya, rombongan 3 hari 2 malam kali ni telah disertai oleh semua adik beradik Mama. Bermakna, semua pakcik makcik dan sepupu DDD ada. Kira punya kira, ada la dalam 30 orang! :-D
Memang seronok dan agak havoc, biarlah gambar-gambar ini berbicara :-)
Flickr Album 72157674678579112
https://goo.gl/photos/fYdWAdMwGGHKJ4PK8
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157674678579112

Monday, August 8, 2016
Berhijrah
Lama betul tak update blog. Lepas bulan Syawal habis, baru berkesempatan nak menulis. Post Raya datang lagi pon tak updated huhuhu. Apa2 pon, syukur Alhamdulillah diberi peluang melalui bulan Syawal sekali lagi. Juga syukur tidak terkira kerana dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa untuk berhijrah ke rumah baru (kuaters), setelah hampir 9 tahun tinggal di apartment precint 11.
Terlalu banyak kenangan di rumah lama yang hendak diceritakan. Sudah pasti susah senang di sana tidak dapat dilupakan.
Hampir 6 tahun menunggu giliran, akhirnya Mama ditawarkan untuk menaik taraf rumah kuaters kepada rumah teres. Semenjak tu, Abah dan Mama menjadi super busy sampailah tiba masa berpindah. Tanggal 25hb Julai 2016, maka berpindahlah kami dengan rasminya. Terima kasih thelorry.com di atas servis lori pindah rumah yang efficient dan harga yang berpatutan.
Tiba-tiba busy, sampai sini je lah cerita kali ni huhuhu...

Penghijrahan

Monday, July 18, 2016
Raya datang lagi
Publish gambar dulu, Abah busy tak boleh nak perah idea tulis blog huhuhu...
[embed]https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157670179870352[/embed]

Labels:
aidilfitri,
Family,
raya
Sunday, June 12, 2016
Tarawih di meja moreh
Hai lah Darwisy, aduiyai Danish, ingatkan solat tarawih... rupa-rupanya lepak di meja moreh hahaha!
Kejadian berlaku pada malam Ramadhan yang ke-6 di surau blok A. Dalam perjalan ke surau tu ada la sembang-sembang sikit. Sampai surau terus masuk ke dalam tunggu azan. Lepas je azan, Abah suruh la Darwisy Danish ke saf yang belakang sikit sebab akan ramai orang dewasa nanti. Lagipon, ada satu tempat yang agak sempit untuk orang dewasa sembahyang, Abah suruh pegi situ.
Dah cakap dengan Darwisy Danish, lepas solat Isya nanti kita solat Tarawih pulak... 8 rakaat nanti kita balik lah. Solat Isya macam biasa... usai je solat Isya, Abah toleh ke belakang nampak diorang dah dekat pintu sambil tanya-tanya dengan isyarat tangan. Eh, bila masa diorang solat dekat tepi pintu?
"Solat dekat luar ke?"... itu lah yang Abah faham dari gerak geri tangan Darwisy. Memang kebiasaannya ramai yang solat dekat luar, ada sejadah dibentang dan senang budak-budak nak main-main hehehe. Abah pon bagi la jugak isyarat... "Ha ah" sambil tunjuk-tunjuk jari kat luar.
Bila dah nampak diorang keluar, maka bermula lah solat Tarawih macam biasa. Dalam hati ada jugak terdetik macam-macam. Lupa pulak nak bagitau kalau-kalau ada rasa nak buang air ke apa, balik je lah dulu. Tapi yakin je la diorang akan ok.
Dipendekkan cerita, usai je solat Tarawih 8 rakaat, Abah pon keluar lah nak ajak Darwisy Danish balik rumah. Tengah Abah pakai selipar sambil mata melilau, tiba-tiba ternampak Darwisy Danish dah duduk elok dekat meja orang moreh sambil gelak-gelak macam baru lepas bercerita. Eh, cepat budak-budak ni siap, tau pulak tu dah habis 8 rakaat?
Abah pon tanya la, "solat Tarawih tak tadi?"
Diorang pon jawab, "dah la tadi, dengan Abah kat dalam surau"
Adoi, itu solat Isya bukan Tarawih! Hahaha... penat Abah bawak korang ke surau nak solat Tarawih tapi korang duk sembang kat meja moreh :-D
Sambil nak balik rumah, sempat lagi diorang sebat kuih samosa, lepas tu sambung gelak :-D
Sampai rumah, Abah pon cerita kat Mama, semua orang bantai gelak :-D
Al-kisah

Tuesday, June 7, 2016
Birthday dan Ramadhan
Alhamdulillah... seperti yang dijanji dan dirancang, birthday of the year DDD telah berjalan dengan lancar beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.
Majlis yang dijalankan tak lah sebesar mana dan tak lah sekecil mana, hanya sederhana. Terima kasih pada Pak Ngah DDD yang sudi menjadikan rumahnya sebagai lokasi majlis kali ni.
Dah lama sangat DDD tak tidur di Klang, kebetulan ramai yang ada kali ni dan kebetulan Ramadhan bakal menjelang... maka kami semua sepakat untuk tidur semalam di sana.
Seronoklah DDD, dapat main puas-puas dengan sepupu. Yang paling best, menu masakan utama iaitu SUP TULANG! Hehehe...
Di kesempatan ini, Abah dan Mama mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwisy Danish dan Darwisyah. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, patuh dengan tuntutan agama dan berjasa kepada semua. Juga, semoga tahun ini Darwisy dan Danish dapat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran... semoga tahun ini diberkati... Amin.
Flickr Album 72157669313774336
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157669313774336
Dah macam cerita P. Ramlee daaa :-D
https://www.youtube.com/watch?v=OHZjzqrQvwE
Selain makan, main bola, kacau lembu, pakej penginapan kali ini juga dilengkapi dengan evening ride with Adam :-D
https://www.youtube.com/watch?v=hJXFHGjxlKw
Tidak ketinggalan, ada yang ditanduk lembu :-D
https://www.youtube.com/watch?v=UDx5iDfQerg

Saturday, June 4, 2016
Nenek datang lagi yeayyy!
Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula selama 2 minggu. Di kesempatan ni, nenek bercadang nak tinggal di Putrajaya selama seminggu bersama anak cucu :-)
Dah tau nenek nak tidur sini, maka kenalah kemas-kemas rumah. Tengah hari Sabtu baru dapat balik kampung nak ambik nenek (lambat sebab singgah Floria hahaha). Malam tu tidur kat kampung, lepas tu bergerak dari kampung ke Putrajaya lepas solat Zohor.
Oleh kerana tak masak di rumah, maka destinasi untuk lunch adalah Mee Bandung Udang di Sungai Nibong... tempat kesukaan hehehe...

Lepas makan-makan, bergeraklah ke Putrajaya. Rasanya 3 jam lebih jugak perjalanan kali ni, macam biasa lah gara-gara trafik sesak musim cuti sekolah ni. Sampai di Putrajaya jam 7 malam, nasib baik semua sempat solat Asar huhuhu...
Bawak nenek jalan-jalan Putrajaya. Kebetulan ada minggu Floria, sibuk la DDD nak tengok bot-bot berlampu dekat tasik depan Masjid Besi. Nenek pon suka jugak, dah lama tak keluar malam-malam macam ni katanya... yelah kat kampung mana ada saper nak bawak jalan-jalan. Kalau jalan-jalan pon, mana ada bot lampu hehehe...
Dah puas tengok pemandangan, singgah pulak Tom Yam Kung dekat Ayer 8. Makan besar malam tu, dah pukul sebelas agaknya hahaha. Takpe lah sekali sekala kata nenek.

Boleh kata minggu ni minggu makan-makan. Semalam ke Tom Tam Kung, malam ni ke Bangi pulak pekena satay Brothers. Esok nenek dah nak balik rumah Mak Long DDD. Nenek pon dah lama tak makan satay, kena pulak satay dekat sini besar-besar isinya. Semua puas makan, siap bawak balik lagi...

Begitulah al-kisahnya. Nenek kata kalau bulan Ramadhan lama lagi, dah tentu nenek nak tinggal lebih lama. Tapi apa daya, ada banyak benda nenek nak selesaikan di kampung, termasuklah kenduri.
Insya Allah, kalau ada rezeki cuti sekolah akan datang nak bawak nenek tidur sini lagi.

Malam Selasa

Malam Rabu

Sunday, May 15, 2016
Birthday Danish yang ke-8
15hb May 2016, genaplah Danish berumur 8 tahun. Dari hari ke hari asyik bercerita pasal birthday dia :-)
Oleh kerana dah sibuk bertanya, kena la buat sesuatu yang dia suka. Tolong buat kek! Hehehe...
Petang Sabtu Abah ngan Mama bawak diorang pegi Bangi beli bahan-bahan nak buat kek. Tapi entah kenapa kedai tu sesak dengan manusia... mungkin masing-masing nak buat kek jugak kot untuk Hari Guru nanti. Macam biasalah, bila DDD masuk kedai macam ni memang excited... semua bahan yang menarik diorang suruh beli. Lastly suruh dia pilih buah cherry dengan serbuk candy (betul ke?). Makin sesak kedai tu... so, Abah ngan DDD lepak semula dalam kereta, biar Mama uruskan pembelian bahan-bahan hehehe...
Setel je shopping bahan, balik rumah. Dan time tu jugak soalan bertalu-talu ditanya "bila nak buat kek?"... macam-macam diorang ni. Layankan aje lah... setel solat Isya maka bermula lah operasi membancuh. Suka la masing-masing dapat buat kek sendiri :-)
Dah siap bancuh, tanya pulak "bila nak siap boleh makan?" Hadoiii... Hahaha!

Insya Allah akan buat yang grand sikit di rumah Mak Ngah DDD nanti... yang ni kira warm-up lah :-)

Sunday, May 8, 2016
Bila Mama pergi kursus
Bila Mama pergi kursus, maka seperti biasa Abah lah yang jadi suri rumah separuh suku masa... lagi suku still Mama yang kena cover hahaha.
3 hari Mama pergi kursus dekat Jabatan Belia dan Sukan, pergi pagi balik malam. Nasib baik lah Abah cuti Sabtu dan Ahad... kalau tak jenuh jugak nak arrange nursery.
Memandangkan musim El Niño dan La Niña melanda, tak banyak aktiviti yang boleh Abah ajak... melainkan keluar makan, tonton movie dan kejar-kejar di taman permainan bawah rumah. Sambil-sambil tu boleh la Abah asah mata sikit cari moment snap gambar :-P

Monday, March 28, 2016
Cendol Tempurung Semangkuk, Batang Benar - Nilai
Cendol tempurung Semangkuk yang sedang hangat diviralkan menjadi destinasi makan tengah hari kali ini. Terletak di Batang Benar, Nilai (Jalan Pajam-Nilai). Bukan satu rekod lunch paling jauh, tapi boleh dikatakan cadangan yang agak susah nak diterima akal hahaha.
Sebenarnya Mama dah lama rancang nak ke sini, tak tahan tengok menu makanan dan minuman yang disediakan. Lagi-lagi air kelapa lemon laici, tengok dalam gambar pon dah terliur huhuhu.
Kebetulan, Pak Ngah DDD datang ke Putrajaya... Pak Lang dan Andak DDD pon nak join sekali... So? Buat rombongan la hahaha...
Bergerak dari Putrajaya berhenti kejap di hentian sebelah Nilai jumpa Andak dan Pak Lang DDD. Dari situ ke destinasi tak jauh, lebih kurang 20 minit perjalanan. Timing yang baik, sampai di restoran Semangkuk jam 11:45... sesuai sangat untuk makan tengah hari hehehe.
First unexpected thing, ingatkan restoran tu besar, tapi hanya sebahagian dari medan selera sahaja. Ada restoran yang lain juga seperti nasi campur, nasi kukus dan lain-lain. Ok never mind, cari tempat duduk dulu sebab orang dah berpusu-pusu datang nak makan.
Harga untuk semua di atas tu RM54... murah? Boleh la dikira berbaloi dengan rasanya hehehe.
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157666361701726
Berapa bintang nak bagi eh? Hmmm... ok la... 4/5 bintang sebab satu perkara yang agak leceh sikit iaitu, kena order setiap menu di kaunter yang berlainan. Maksudnya, kalau nak air kelapa, kena order di kaunter air kelapa. Nak cendol, kena pergi kaunter lagi satu... dan seterusnya. Bergantung pada keadaan, kalau tak ramai orang mungkin acceptable.
The rest, minuman dan makanan di sini awesome! :-)

Apa yang kami order? Nin dia!
- Cendol tempurung special (durian + aiskrim + tapai) x 1
- Cendol tempurung (durian + aiskrim) x 1
- Air kelapa lemon laici (besar) x 2
- Durian milk shake x 1
- Oreo milk shake x 1
- Mee bandung gear-box kambing x 1
- Mee bandung/kari ketam x 1
Harga untuk semua di atas tu RM54... murah? Boleh la dikira berbaloi dengan rasanya hehehe.
Menu lain-lain
- Nasi lemak ayam kampung
- Laksa clay pot
- Soto Medan
- Mee kari ketam
- Mee kicap Ipoh
- dan lain-lain yang tidak diketahui :-D
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157666361701726
Berapa bintang nak bagi eh? Hmmm... ok la... 4/5 bintang sebab satu perkara yang agak leceh sikit iaitu, kena order setiap menu di kaunter yang berlainan. Maksudnya, kalau nak air kelapa, kena order di kaunter air kelapa. Nak cendol, kena pergi kaunter lagi satu... dan seterusnya. Bergantung pada keadaan, kalau tak ramai orang mungkin acceptable.
The rest, minuman dan makanan di sini awesome! :-)
Saturday, March 26, 2016
BoBoiBoy The Movie - Last Minute Booking
BoBoiBoy The Movie mula ditayangkan di pawagam pada 3hb March 2016. Sejak dari tarikh tu, Abah dengan Mama langsung tak ada kesempatan nak bawak DDD pegi tonton sebab banyak hal.
3hb tu pegi ke Johor 3 hari sampai hari Isnin. Sepanjang minggu cuti sekolah pulak tak dapat booking sebab seat semua penuh. Kebetulan pulak Abah kerja. Lepas habis cuti sekolah balik kampung pulak ada kenduri. Balik dari kampung, dah start sekolah pulak. Nak beli untuk hari Sabtu, last tayangan hari Rabu pulak. Kenapa la cepat sangat habis tayangan tak sampai sebulan huhuhu...
Tapi Abah tak putus asa... 2 3 hari jugak Abah usha website GSC untuk buat booking. Mana la tau kot-kot diganjakkan sikit waktu tayangan, tapi masih last akan ditayangkan hari Rabu.
Nak dijadikan cerita, last minute usha hari Rabu tu, tayangan BoBoiBoy The Movie diganjakkan sampai hari Jumaat malam. Maka dengan pantas Abah booking untuk Jumaat malam Sabtu hahaha!
So, takde lah jenuh nak menjawab janji Abah Mama pada DDD :-D
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666395598845
p/s: Masa bagitau Darwisy tak dapat pergi sebab tiket habis, dia tanya... "Bila Abah boleh download?"...

Monday, March 21, 2016
Gejobos kenduri, konon...
Gejobos... dah lama tak dengar perkataan tu kan? Cuba cari di Wiki tak jumpa pulak. Basically, gejobos sinonim dengan majlis-majlis besar dan kebiasaannya majlis perkahwinan. Ianya adalah satu aktiviti bergotong-royong atau beramai-ramai di kalangan jiran tetangga dalam menjayakan satu-satu majlis. Bermula dari persediaan majlis, memasak, pemasangan khemah, hidangan, termasuklah membasuh pinggan dan periuk kawah. Pandai-pandai je buat definisi sendiri :-P
19/03/2016, jiran kat kampung buat kenduri kahwin anak dia. Anak ke-3 Ustaz Dollah. Buat secara gejobos dan bukan catering.
Apa seronoknya?
Penat sebab bukan pekerja catering yang buat kerja hahaha! Tapi dalam kepenatan tu ada keseronokan... nak terangkan jugak ke? Tak perlu la kot hehehe...
Antara yang tak terlepas, DDD... tapi dalam acara basuh pinggan je la hehehe. Seronok tengok DDD, walaupon masih tak faham apa yang dibuat tu. Tapi tak sangka, habis jugak pinggan DDD basuh (round 1 je). Asalkan dapat main air, seronok la :-D
Akan ada lagi ke gejobos di masa akan datang ni? Hmmm... tak pasti... sekarang pon dah makin lenyap. Ada sebab kenapa ia lenyap dan ada sebab kenapa ia perlu diteruskan.
Flickr Album 72157666010606621
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666010606621
Video gelagat DDD basuh pinggan... habis basah hahaha!
https://www.youtube.com/watch?v=CkbzuLj474Y

Wednesday, March 16, 2016
Jalan-jalan Johor
Setelah beberapa minggu Mama membuat perancangan untuk ke rumah Mak Su DDD di Johor, maka minggu cuti persekolahan bulan March telah dipilih menjadi waktu yang sesuai.
Bertolak dari Putrajaya hari Sabtu, lebih kurang jam 9:00 pagi, tiba di Jalan Besar (sebelum Ayer Hitam) lebih kurang jam 1:00 tengah hari. Singgah kejap di restoran Kari Kambing 40 Hari, memang tepat timing untuk lunch :-)
Dari cerita orang, makanan di restoran ni sedap dan berbaloi. Well, mereka betul. Dengan harga RM12 sepinggan (kambing / ayam), boleh makan untuk 2 orang. Kalau ambil satu dulang RM45 (ayam / kambing / campur), boleh makan untuk 5-6 orang... percuma pulak satu jug air sirap. Masa tu order satu dulang campur, siap boleh bungkus ada lebihan hehehe. Dari segi rasa pulak... mmmmm... NYUM! NYUM!
Ada jugak orang cerita layanan kurang mesra, bagi aku, so-so... kena faham, kenapa?
Rasanya ok je layanan mereka, ada orang akan assist kalau kita tanya baik-baik :-)
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
First time makan nasi kena timbang dulu, clever![/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Walawehhh[/caption]
Selesai lunch, bergegas semula ke destinasi... tapi singgah dulu satu destinasi lain di Ayer Hitam (Jalan Batu Pahat) iaitu... kedai Putu Bambu Juriah
Rupanya, ramai orang berjual putu bambu di Johor ni... pergi ke mana-mana memang boleh jumpa. Harga pulak agak berbaloi dengan rasanya. RM3.50 untuk 6 ketul...
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Kedai Putu Bambu Juriah[/caption]
Lepas beli putu bambu (4 bungkus hahaha), perjalanan diteruskan...
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Kluang, Johor[/caption]
Dan akhirnya tiba lah di destinasi lebih kurang jam 3:00 petang... ada la lebih kurang 6 jam perjalanan, rasa macam nak patah pinggang hahaha. Aktiviti seterusnya adalah membaringkan diri dan melelapkan mata :-P
Memandangkan penat semalam ada baki lagi sikit, maka sarapan dekat rumah je Pak Su DDD beli dekat kedai. Lepas sarapan, pergi ke Johor Bahru nak jalan-jalan... tapi takde proper planning main redah je hahaha.
Setelah berbincang, maka semua sepakat nak pergi ke Hello Kitty Town (Abah baru tau kewujudannya). Dari Kluang ke Johor Bahru agak jauh jugak, lebih kurang 1 jam perjalanan. Sampai je sana, nampak pelabuhan kapal layar... as usual ambik gambar sekeping dua dulu.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Berterik di Puteri Harbour[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Nak background kapal layar jugak hehehe[/caption]
Dah puas berpanas kat luar, masuk pulak ke bangunan. Saje la usha harga tiket, mahal jugak untuk satu orang (kalau tak silap RM65). Takde ikut umur pulak tu... semua peringkat umur harga sama. Ok la lain kali je... hari ni ambik gambar dulu hahaha!
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Bergambar kat luar pon boleh la[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Darwisyah dan Damia[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="480"]
We are super heroes![/caption]
Lepas jalan-jalan dalam bangunan tu, tiba-tiba terdengar bunyi muzik yang sangat familiar... muzik keroncong :-D
Itu menandakan masa untuk mencari makanan... maka bergegaslah keluar dari situ. Itu pon takde planning jugak, main redah je cari kedai makan (yang bajet dan menarik).
Dari Puteri Harbour menuju ke area Danga Bay terjumpa satu medan selera. Singgah Selalu nama restoran tu, so kami pon singgah selalu hehehe.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Main-main dan makan-makan[/caption]
Abah order Nasi Goreng Singgah Selalu. First time makan nasi goreng ada 2 telur goreng dan buah longan :-D
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Nasi Goreng Singgah Selalu[/caption]
Selesai je makan, perjalanan diteruskan tanpa arah tujuan sekali lagi. Bincang punya bincang (dalam whatsapp), Andak DDD cadang pergi ke duty free zone dekat Berjaya Waterfront. Ok la tu, hentam saje.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Berjaya Waterfront yang tak best[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Cari coklat[/caption]
Best ke tempat tu? Tak best! Tak banyak kedai dan majoriti mamat Bangla + orang mabuk hahaha! Beli selipar Darwisyah sebab kaki dah melecet, beli coklat DAIM sikit... berambus! Cari masjid pulak...
Nak dijadikan cerita, tengah jalan-jalan cari masjid, berlaku eksiden depan mata... puncanya orang yang melanggar tu mabuk. Memang dah perasan masa keluar dari Berjaya Waterfront tadi ada kereta ikut belakang macam orang mabuk. Bagi la dia potong, depan ada traffic light, dalam hati "eksiden ni karang"... memang betul habis 2 biji kereta dia sondol huhuhu. Tanya kat mangsa eksiden tu, dia cakap memang orang yang melanggar mabuk sebab bau arak kuat.
Ok, lantak pi orang mabuk tu, pandai-pandai la ko jawab. Perjalanan cari masjid diteruskan... dan ini yang terjadi setibanya di masjid.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Masjid As Syakirin[/caption]
https://www.youtube.com/watch?v=WEUSf7OPbvU
Macam mana nak buat? Dah nama pon kanak-kanak hehehe...
Dah puas DDDD (Darwisy, Danish, Darwisyah, Damia) main golek-golek, hujan dah berenti, maka perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang masih tidak diketahui hahaha. Macam biasa, bincang dalam whatsapp, semua sepakat nak singgah Johor Premium Outlets (JPO). Tapi bukan nak shopping apa pon, saje jalan-jalan. Kalau nak shopping pon, beli baju seluar kat PDI je hehehe.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Tengok ads board pon dah menyeramkan[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
4D[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Lalalalalala[/caption]
Fuh, tak sedar dah menjelang malam rupanya, bateri nak habis dah huhuhu. Charging kejap (white coffee), terus menuju Kluang untuk full charging (tidur).
Pejam celik dah masuk hari ke 3 di Johor, tiba masanya untuk balik ke Putrajaya sebab Abah kena kerja hari Selasa. Nak mengelakkan trafik jem, kena la keluar sebelah pagi.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Cheeseeeeee[/caption]
Cadangnya nak bersarapan di Kluang Rail Coffee, tapi penuh gila! Perut pulak dah lapar, ada budak-budak kecik pulak tu. Memang rimas la kan.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Dah lama tak ke sini[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Kluang Rail Coffee yang sesak[/caption]
So, repeat tempat kelmarin... Putu Bambu Juriah kakakaka! Dan di sini tercipta sejarah di mana harga untuk bersarapan RM62 tanpa GST :-P
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
The making of Putu Bambu Juriah[/caption]

Minuman kegemaran[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Muka-muka pelahap, makjun pon disangka coklat[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Lontong darat, nyum nyum![/caption]
Selesai sarapan, bungkus putu bambu, maka berangkatlah pulang ke Putrajaya. Begitulah kisahnya... TAMMAT!
p/s: sebenarnya dah penat menaip
Johor, Day 1
Bertolak dari Putrajaya hari Sabtu, lebih kurang jam 9:00 pagi, tiba di Jalan Besar (sebelum Ayer Hitam) lebih kurang jam 1:00 tengah hari. Singgah kejap di restoran Kari Kambing 40 Hari, memang tepat timing untuk lunch :-)
Dari cerita orang, makanan di restoran ni sedap dan berbaloi. Well, mereka betul. Dengan harga RM12 sepinggan (kambing / ayam), boleh makan untuk 2 orang. Kalau ambil satu dulang RM45 (ayam / kambing / campur), boleh makan untuk 5-6 orang... percuma pulak satu jug air sirap. Masa tu order satu dulang campur, siap boleh bungkus ada lebihan hehehe. Dari segi rasa pulak... mmmmm... NYUM! NYUM!
Ada jugak orang cerita layanan kurang mesra, bagi aku, so-so... kena faham, kenapa?
- Terlalu ramai orang nak dilayan
- Lain orang lain kerenah
- Dah buat papan tanda beratur (pinggan kiri & dulang kanan), masih ramai main redah je
- Terpaksa jerit-jerit sebab suasana bising
- Dan lain-lain
Rasanya ok je layanan mereka, ada orang akan assist kalau kita tanya baik-baik :-)
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
First time makan nasi kena timbang dulu, clever![/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Walawehhh[/caption]Selesai lunch, bergegas semula ke destinasi... tapi singgah dulu satu destinasi lain di Ayer Hitam (Jalan Batu Pahat) iaitu... kedai Putu Bambu Juriah
Rupanya, ramai orang berjual putu bambu di Johor ni... pergi ke mana-mana memang boleh jumpa. Harga pulak agak berbaloi dengan rasanya. RM3.50 untuk 6 ketul...
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Kedai Putu Bambu Juriah[/caption]Lepas beli putu bambu (4 bungkus hahaha), perjalanan diteruskan...
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Kluang, Johor[/caption]Dan akhirnya tiba lah di destinasi lebih kurang jam 3:00 petang... ada la lebih kurang 6 jam perjalanan, rasa macam nak patah pinggang hahaha. Aktiviti seterusnya adalah membaringkan diri dan melelapkan mata :-P
Johor, Day 2
Memandangkan penat semalam ada baki lagi sikit, maka sarapan dekat rumah je Pak Su DDD beli dekat kedai. Lepas sarapan, pergi ke Johor Bahru nak jalan-jalan... tapi takde proper planning main redah je hahaha.
Setelah berbincang, maka semua sepakat nak pergi ke Hello Kitty Town (Abah baru tau kewujudannya). Dari Kluang ke Johor Bahru agak jauh jugak, lebih kurang 1 jam perjalanan. Sampai je sana, nampak pelabuhan kapal layar... as usual ambik gambar sekeping dua dulu.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Berterik di Puteri Harbour[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Nak background kapal layar jugak hehehe[/caption]Dah puas berpanas kat luar, masuk pulak ke bangunan. Saje la usha harga tiket, mahal jugak untuk satu orang (kalau tak silap RM65). Takde ikut umur pulak tu... semua peringkat umur harga sama. Ok la lain kali je... hari ni ambik gambar dulu hahaha!
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Bergambar kat luar pon boleh la[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Darwisyah dan Damia[/caption][caption id="" align="alignnone" width="480"]
We are super heroes![/caption]Lepas jalan-jalan dalam bangunan tu, tiba-tiba terdengar bunyi muzik yang sangat familiar... muzik keroncong :-D
Itu menandakan masa untuk mencari makanan... maka bergegaslah keluar dari situ. Itu pon takde planning jugak, main redah je cari kedai makan (yang bajet dan menarik).
Dari Puteri Harbour menuju ke area Danga Bay terjumpa satu medan selera. Singgah Selalu nama restoran tu, so kami pon singgah selalu hehehe.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Main-main dan makan-makan[/caption]Abah order Nasi Goreng Singgah Selalu. First time makan nasi goreng ada 2 telur goreng dan buah longan :-D
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Nasi Goreng Singgah Selalu[/caption]Selesai je makan, perjalanan diteruskan tanpa arah tujuan sekali lagi. Bincang punya bincang (dalam whatsapp), Andak DDD cadang pergi ke duty free zone dekat Berjaya Waterfront. Ok la tu, hentam saje.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Berjaya Waterfront yang tak best[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Cari coklat[/caption]Best ke tempat tu? Tak best! Tak banyak kedai dan majoriti mamat Bangla + orang mabuk hahaha! Beli selipar Darwisyah sebab kaki dah melecet, beli coklat DAIM sikit... berambus! Cari masjid pulak...
Nak dijadikan cerita, tengah jalan-jalan cari masjid, berlaku eksiden depan mata... puncanya orang yang melanggar tu mabuk. Memang dah perasan masa keluar dari Berjaya Waterfront tadi ada kereta ikut belakang macam orang mabuk. Bagi la dia potong, depan ada traffic light, dalam hati "eksiden ni karang"... memang betul habis 2 biji kereta dia sondol huhuhu. Tanya kat mangsa eksiden tu, dia cakap memang orang yang melanggar mabuk sebab bau arak kuat.
Ok, lantak pi orang mabuk tu, pandai-pandai la ko jawab. Perjalanan cari masjid diteruskan... dan ini yang terjadi setibanya di masjid.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Masjid As Syakirin[/caption]https://www.youtube.com/watch?v=WEUSf7OPbvU
Macam mana nak buat? Dah nama pon kanak-kanak hehehe...
Dah puas DDDD (Darwisy, Danish, Darwisyah, Damia) main golek-golek, hujan dah berenti, maka perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang masih tidak diketahui hahaha. Macam biasa, bincang dalam whatsapp, semua sepakat nak singgah Johor Premium Outlets (JPO). Tapi bukan nak shopping apa pon, saje jalan-jalan. Kalau nak shopping pon, beli baju seluar kat PDI je hehehe.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Tengok ads board pon dah menyeramkan[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
4D[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Lalalalalala[/caption]Fuh, tak sedar dah menjelang malam rupanya, bateri nak habis dah huhuhu. Charging kejap (white coffee), terus menuju Kluang untuk full charging (tidur).
Johor, Day 3
Pejam celik dah masuk hari ke 3 di Johor, tiba masanya untuk balik ke Putrajaya sebab Abah kena kerja hari Selasa. Nak mengelakkan trafik jem, kena la keluar sebelah pagi.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Cheeseeeeee[/caption]Cadangnya nak bersarapan di Kluang Rail Coffee, tapi penuh gila! Perut pulak dah lapar, ada budak-budak kecik pulak tu. Memang rimas la kan.
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Dah lama tak ke sini[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Kluang Rail Coffee yang sesak[/caption]So, repeat tempat kelmarin... Putu Bambu Juriah kakakaka! Dan di sini tercipta sejarah di mana harga untuk bersarapan RM62 tanpa GST :-P
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
The making of Putu Bambu Juriah[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]

Minuman kegemaran[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Muka-muka pelahap, makjun pon disangka coklat[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Lontong darat, nyum nyum![/caption]Selesai sarapan, bungkus putu bambu, maka berangkatlah pulang ke Putrajaya. Begitulah kisahnya... TAMMAT!
p/s: sebenarnya dah penat menaip
Monday, February 22, 2016
Shanghai Paris Amsterdam London
Shanghai Paris Amsterdam London... bunyi macam jauh perjalanan hari ni. Sebenarnya dekat Semenyih je :-D
Ni semua gara-gara orang viral pasal Season’s Flower Show di Eco World Majestic Semenyih. Bunga la sangat... banyak bunga taik ayam je hahaha. Tapi takpe lah, saje bawak DDD jalan-jalan. Mama pon dah teracun dengan viral facebook tu... Abah pon boleh tambah koleksi gambar-gambar DDD... fair lah hehehe.
Walau pon fair, tapi planning hari ni tak berapa mujarab. Sebab sampai di tempat tu lebih kurang jam 11 pagi. Di mana matahari memang hampir terpacak atas kepala. Nasib baik DDD ada topi... Darwisyah pulak siap pakai sun glasses :-D
Nak ditambah kesedapan cerita, punya lah ramai manusia yang datang huhuhu. Rasanya semua terkesan dari viral jugak... biasalah kita ni, tempat yang nampak pelik sikit je mula lah nak pergi. Padahal dah tau ni Malaysia... bukan Shanghai Paris Amsterdam London hahaha.
Flickr Album 72157664860422616
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157664860422616

Kayuh bot di Taman Wetland Putrajaya
Hari ni Abah Mama bawak DDD pergi ke tengah-tengah tasik Taman Wetland Putrajaya, dengan cara berkayuh. Ye... kayuh bot :-D
Punya lama tak berkayuh (tak pernah pon), rasa kejang kaki dilengkapi dengan pakej berpeluh... lebih-lebih lagi Mama. Nasib baik Abah ada, boleh jadi backup :-P
Tercetus rasa nak naik paddle boat tu sebab seronok tengok orang, masa lepak-lepak dekat tepi tasik semalam. Tapi memandangkan hari dah lewat petang, maka Abah telah melakar satu plan dan tidak diketahui oleh DDD. Alhamdulillah, setelah hampir 10 tahun menetap di Putrajaya... akhirnya telah berjaya merealisasikan impian semalam.
Lepas je solat Asar, maka bergegaslah ke Taman Tasik Wetland. Waktu yang elok sebab awal dan masih tak ramai orang. Kalau lewat sikit, memang kena tunggu lah sebab satu round 30 minit (1 jam hari biasa). Lagi pon tiket tutup sebelum pukul 7.
Harga tiket untuk paddle boat 5 seat adalah RM19.10 (selepas GST)... ok lah kot. Cuma masa dah dapat bot tu, make sure bot tu ok dan boleh dikemudi dengan elok. Kalau rasa tak elok, cepat-cepat tukar... nanti rasa tak puas (macam Abah Mama kena huhuhu). Mana tidaknya... 10 minit habis pusing-pusing situ je tak bergerak ke mana hahaha. Nasib baik Abah tukar, kalau tak... tengok pulau-pulau tengah tasik tu dari jauh je la hehehe.
Flickr Album 72157664938593405
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157664938593405

Monday, January 18, 2016
Revisit Muzium Alam Semula Jadi
Susulan kegagalan masuk ke Muzium Alam Semula Jadi minggu lepas, hari ni Abah dan Mama telah berjaya membawa DDD masuk ke dalam beberapa minit sebelum tamat waktu melawat :-D
Boleh kata puas hati jugak lah, sebab pergi pon tak survey mana-mana website. Nasib baik dah buka. Tapi agak sedikit kecewa sebab tak semua area dapat masuk, masih dalam renovation / relocation.
Dengan harga tiket dewasa RM2 dan percuma kanak-kanak 12 tahun ke bawah, boleh dianggap berbaloi dan persembahannya berpada. Ada banyak replika-replika haiwan yang diawet, tumbuh-tumbuhan, burung, kelawar dan sebagainya... termasuklah tulang temulang (betul ke?) haiwan besar (ikan paus).
Suasana seperti biasa agak lengang dari kunjungan orang ramai, mungkin sebab kurang promosi... atau ramai yang lebih suka aktiviti-aktiviti outdoor. Tapi dalam cuaca yang panas dan hujan tak menentu, semestinya amat sesuai untuk membawa keluarga melawat di sini.
Flickr Album 72157661304777203
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157661304777203

Monday, January 11, 2016
Melawat planet dan Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
Ok, ayat atas tu copy and paste dari Wiki hahaha!
Buat pertama kalinya Abah dan DDD melawat tempat tarikan pelancong ni. Mama mungkin dah pernah pergi sebelum ni, tapi tu andaian je lah :-)
Mulanya, Abah dan Mama bawak DDD pergi ke Planetarium Negara yang juga terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Eh, silap... mulanya Abah dan Mama nak bawak DDD pergi ke Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya. Tapi tempat tu tutup sebab ada kerja-kerja pembaikan tengah dijalankan. Tak pasti bila akan siap, terpaksa skip dan pergi melawat tempat lain. Fikir punya fikir, akhirnya terpandu lah kereta dengan sendirinya ke Kuala Lumpur... ok sambung balik cerita tadi.
Masa dalam perjalanan, masih tak tau destinasi mana yang nak dituju. Nak ke Taman Rama-rama, dah pergi baru-baru ni. Nak ke Taman Burung, macam malas nak keluar duit banyak-banyak. Dalam sibuk Abah ngan Mama bincang, tetiba Darwisy bagi cadangan supaya pergi ke Planetarium Negara sebab kat situ best katanya. Maklumlah dah pernah pergi dengan rombongan sekolah dulu. Ok lah kalau macam tu, Planetarium Negara we go! (jenuh jugak cari dalam Map, first time nak pergi hahaha)
Sesampai je di sana, tetiba pak guard bagi tau... "sekarang tengah tutup, ada renovation sampai bulan 7"... What!!!??? Memang tak ada rezeki lah... tadi pergi Muzium Putrajaya tutup... renovation jugak. Tapi tak lama lepas tu pak guard cakap lagi... "kalau nak tengok tayangan boleh lah, pameran memang tak boleh masuk sebab tengah renovation". Ok, alang-alang dah sampai... tayangan pon tayangan la huhuhu.
Kebetulan pulak sampai situ pukul 11:45, sempat la beli tiket untuk tayangan pukul 12 tengah hari. Tiket pulak tak lah mahal, total 5 orang (2 dewasa 3 budak) RM24. Lepas beli tiket, masuk la ke dalam satu tempat tu... apa entah namanya... susah nak sebut kakaka!
As usual, DDD memang suka la benda-benda macam ni. Ada screen besar macam 3D di atas kepala. Jenuh la mendongak 25 minit hehehe. Overall, memuaskan.
Lepas habis tayangan, pergi pulak melawat Tugu Negara. Hampir jam 1 tengah hari, memang matahari terpacak lah atas kepala. Bak kata orang, panas lit lit? Panas pon panas lah... first time punya pasal dan masa masih panjang hehehe.
Flickr Album 72157661038893074
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157661038893074
Dipendekkan cerita... tak banyak perkara yang boleh dibuat waktu panas macam ni. So, ambik gambar sikit-sikit, portrait family... lepas tu balik. Pendek tak? :-D
Flickr Album 72157663318033816
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157663318033816
p/s: Gambar dalam Planetarium tu nampak lengang... memang lengang pon... kami je yang datang HAHAHA!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)