Nenek DDD datang bertandang
Nenek tengok dokumentari makan mentarang
Nenek ajak makan mentarang
Balik kampung singgah warung mentarang
Diorang pon pasang dokumentari mentarang
Kami order mentarang
Lepas makan mentarang
Abah keluarkan wang
RM61** untuk 6 orang
https://www.youtube.com/watch?v=y2K_96d7hVM
**
Mentarang bakar RM18
Mentarang masak lemak RM20
Nasi putih x2 RM3
Nasi goreng mentarang x2 RM11
Teh ais RM1.50
Teh O ais x2 RM2.60
Milo ais RM1.80
Sirap RM1.30
Sirap laici RM1.80
Excerpt
Showing posts with label sekinchan. Show all posts

Sunday, March 19, 2017
Sunday, November 8, 2015
Berterik di Sekinchan
Hari ni balik kampung, berkesempatan jalan-jalan ke kampung jiran iaitu Sekinchan. Kebetulan cuaca semakin pulih dari diselubungi asap jerebu, membuatkan aku berkobar-kobar untuk menikmati pemandangan sawah yang menghijau.
Sekinchan adalah satu tempat yang tidak asing dengan tanaman utamanya iaitu padi. Kawasannya yang lapang, tanah yang subur menghijau menjadikan daerah ini tempat yang menarik untuk dilawati terutamanya kaki landscape (untuk shoot sunrise dan sunset). Walaupon lokasinya agak jauh dari pusat bandar, ramai yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pemandangan sawah bendang.
Mungkin jarang bagi kaki landscape mengambil gambar pemandangan di waktu matahari betul-betul di atas kepala. Terik, panas, rimas, haus, menyakitkan mata dan kulit. Tapi bagi aku, ianya adalah waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan formasi atau bentuk-bentuk awan yang menarik disamping langit yang membiru. Namun, adalah tidak digalakkan untuk outing bersama family atau anak-anak kecil (begitu juga dengan model).
Sedikit tips kalau nak outing di bawah panas terik:

- Bawa air masak atau mineral yang banyak, bukan air yang manis
- Pakai topi atau bawa payung
- Pakai kaca mata hitam bagi yang tak tahan silau
- Baju lengan panjang yang nipis atau gunakan lotion (sun block)
- Bawa lens filter CPL / GND / big stopper bagi yang ada
Sunday, May 3, 2015
Satay Pantai BM, Sungai Nibong
Mee bandung udang nya sedap, satay pon sedap... rugi lah kalau ke Sekinchan atau Sungai Besar tak singgah pantai ni. Baru-baru ni Abah n Mama ada bawak DDD makan mee bandung dekat sini, tapi masa tu satu family je.
Alhamdulillah, kali ni berpeluang bersama sebahagian besar family untuk makan-makan di hari minggu. Bertempat di Pantai BM Sungai Nibong, sangat sesuai untuk berkumpul dan menjamu makanan disamping menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.
Rasanya ini first time DDD dapat join makan dengan family besar macam ni. Masing-masing seronok, cuma tak seseronok macam dengan sepupu DDD sebelah Mama sebab sebelah Abah semua dah besar-besar. In fact, yang paling rapat masa ni ialah Abg Azhan... yang lain semua pangkat pakcik makcik walaupon semua muda-muda belaka :-)
Anyway, nak tau lokasi? Klik gambar map ni...

Gambar-gambar peristiwa...

Subscribe to:
Posts (Atom)