Excerpt

Monday, June 29, 2009

Selesai minggu orentasi

fuh...akhirnya abis gak minggu orentasi...ingatkan ari sabtu leh la relek kat umah ngan abah and anak2....rupa2nya ari sabtu kena dtg maktab ada class...kena ganti cuti...kalau nak tau bila masuk KPLI ni mama kena ikut stail sekolah...kalau sekolah cuti..mama pun cuti...kalau ada sekolah ganti mama pun kena gi la maktab...

hmmm.....skang nih mama kena beli laptop sendiri...memang kitorg budak2 KPLI disarankan ada laptop sendiri..maklumla assignment banyak lepasnih...apa idaknya bayangkanla..cikgu2 biasa yg maktab amik kena belaja dalam 4-5 tahun..tapi mama kena amik setahun jek...itupun belaja 6 bulan je..pehtu dah start practical training bulan januari tahun depan..bulan mei tahn depan exam..pehtu bulan tujuh lak posting..itupun kalau dapt posting awal..maklumla mama abih belaja ni kena balik opis lama dulu...kena balik jadi kerani sebelum dapat di postingkan ke sekolah....

bebalik citer pasal nak beli laptop...actually mama ngan abah tgh penin kepala mana nak cekau duit sementara mama nak dapat elaun belaja nih..dgn nak beli laptop utk belaja, duit minyak pegi balik maktab...duit makan..iskh macam2 lah....huh elaun makan 3 bulan gak la baru nak dpt...dahla mama cuti belaja tanpa gaji..nak dijadikan cerita...road tax keter lak mati besok...puhhh...betimpa2 masalah nih...hmm skang ni kitorg tgh pikir la nih..insyaallah harap2 berkat kesabaran mama dan abah kami dapat mengatasi segala masalah ni...amin....

Minggu Orentasi....

Selama seminggu mama mengikuti minggu orentasi...huh begitu memenatkan...apa idaknya kul 5.00 pagi mama dah kena bangun....maklumle berulang dari umah..nasib baik boleh berulang. Lepas tu kul 6.15 pagi mama dah kena gerak dari umah ke maktab...sebab kalau lambat jalan jam...nak kata jam sangat tu takla...tapi kalau dah banyak keter jadi lambat la sampai nanti. kul 6.45 pagi mama dah sampai maktab. tepat kul 7.00 pagi dah start aktiviti riadah...pahtu terus taklimat sampai ptg...hmmmmm...sampai umah kul 7.30 ptg sbb taklimat abis sampai 6.30ptg....

hari kedua minggu orentasi...masa nak balik tu ujan lebat giler di tambah dgn ribut petir...mama pun memberanikan diri nak balik...baru separuh jalan mama tgk jalan dah jam...rupa2nya ada pokok tumbang himpap kereta....so ada la ambulan ngan bomba dtg....memang menakutkan time tu...so mama pun tawakallah cari jalan alternatif....jalan siap banjir lak tuh...so mama pun menonong je cari jalan nak balik putrajaya...mama ni bukannya terror sgt pasal jalan nih...kalau tu yg abah ajar itu lah yg mama ikut....so doa punya doa mama jumpa gak jalan balik ke putrajaya...alhamdulillah....

Wednesday, June 24, 2009

nasi goreng ikan masin

source: hafies.vox.com

http://www.youtube.com/watch?v=8X1A8Z6Db4o

Tuesday, June 23, 2009

hari ke-2...

huhuhu.. baru masuk hari yang ke-2 mama pegi KPLI, anak-anak mama dah kena demam :-(

hari ni abah kena amik cuti kecemasan sebab nak bawak Darwisy & Danish pegi klinik. Alhamdulillah doktor kata cuma jangkitan biasa.

tak banyak yang boleh dibuat hari ni, aktiviti paling berat pon cuma memasak je hari ni hehehe

Monday, June 22, 2009

Darwisy & Danish pekena Satay Kajang






hari ni abah hantar Darwisy & Danish pegi taska

mulai hari ni, abah akan mengambil alih tugas mama menghantar dan mengambil anak-anak abah di taska putrajaya. mama kena sambung belajar kat Maktab Perguruan Ilmu Khas sebab dapat tawaran KPLI, nak jadi cikgu. setahun tuuuuu!!!!! huhuhuhuhu

setakat pagi tadi alhamdulillah dua-dua tak merengek sangat, cuma Darwisy je tiba-tiba mintak susu. oleh kerana Danish tak nak minum susu dia, abah sumbatkan susu Danish ke mulut Darwisy hehehe. nasib baik diorang dah minum susu jenis yang sama (1-3 tahun)

bila sampai dalam taska pon Danish takde la merengek sangat, kena pandai jaga hati dia. kalau tak berguling-guling la kat lantai. mama cerita semalam Danish siap tepuk-tepuk lantai sebab mama tak dukung dia. nasib baik dalam rumah, kalau kat luar berdebu-debu la baju Danish.

sebenarnya abah & mama agak risau sebab sebelum ni kalau abah kerja jauh, mama still ada dekat putrajaya bleh tengok-tengok Darwisy & Danish. tapi skang ni, abah & mama akan berjauhan dari Darwisy & Danish setiap hari demi menjalankan tugas dan mencari rezeki. abah & mama sentiasa berdoa semoga Darwisy & Danish agar sihat sentiasa dan pandai jaga diri. kami harap kami dapat menempuh hari-hari selama setahun ini dengan penuh kesabaran untuk kebahagian kami bersama suatu hari nanti. amin....

kalau mama baca post ni mesti dia nangis :-)

Thursday, June 18, 2009

Lagi Berita Gembira.....

alhamdullillah....tanggal 17.06.2009 jugak mama dapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)..heheheh....tak sangka nak jadi cikgu mama ni...eeiii..boleh ke...insyaallah....hmmmm macam tak caya je...next week 22 jun mama dah kena lapor diri kat Institut Perguruan Ilmu Khas kat KL.....

nampak gayanya..lepas ni abah akan take over semua urusan penghantaran dan pengambilan anak-anak..hehehe..mama selepas subuh dah kena gerak...maklumla nak masuk kelas pagi...sian anak-anak mama...takpelah berkorban demi anak-anak dan abah....love u abah...setahun je...jasamu dikenang...muaaahhhhh

Danish first walk lesson

tanggal 17-06-2009 umur Danish masuk 1 tahun 1 bulan 2 hari.

hari ni kami happy, excited, penat sangat2 bila dapat tau yang Danish dah pandai berjalan. kenapa penat? sebab kami terpaksa ikut ke mana saje Danish nak jalan. yelah risau jugak baru-baru belajar takkan nak tinggalkan dia macam tu aje :-) dah la baru pandai berjalan lepas tu eksen pulak nak jalan laju-laju macam dah ada lesen je hehehe. mula-mula tu ada jugak terjatuh 2-3 kali tapi nasib baik dia tak nangis... yelah excited la katakan...

mama dah cakap esok nak suruh dia berjalan kat taska pakai kasut chit-chot (kasut yang ada bunyi tuuuu). pehtu mama cakap lepas ni kurus la sebab kena kejar Danish aje ekekeke :-D

http://www.youtube.com/watch?v=KB7yvhBE3iU

Monday, June 15, 2009

Adab Mendengar Azan

Source: email

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...    
 

SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............


 







Allahu Akbar!!


Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya
lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah
'Lailahaillallah. ..' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. ..'

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. ..'


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!  

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Friday, June 12, 2009

lebah di pipi ku

yeee betul... tengah sedap naik motor nak balik office tetiba aku terasa seperti ada sesuatu hinggap di pipi ku. pada mulanya aku tak berapa pasti menatang apakah yang sudi hinggap di pipi ku yang menggerutu ini... tapi setelah beberapa ketika pipi ku terasa agak sengal dan pada ketika itulah aku menggelupor dan tangan kiriku menepis-nepis pipi kanan ku. aku bernasib baik penyengatnya tak tertinggal di kulit pipi ku dan sengal tu hilang dalam beberapa minit sahaja.

moral of the story, sesiapa yang menunggang motor tu pakai la halmet yang ada visor. mana yang ada visor tu, tutuplah ia hehehe :-P

Wednesday, June 3, 2009

photo of the month?

just look at his face... Curiosity... he always be...

Flickr ku masih wujud

mak aih... banyak la pulak online gallery aku... esnips, youtube, fotopages, flickr... ada 4 semuanya... rasanya itu je kot... nanti nak ingat2kan balik... macam aku kata sebelum ni lagi banyak online gallery lagi bagus... ada banyak backup... tapi hati aku mcm mula tertarik dengan Flickr & FotoPages... hmmmm payah gak nak set which one should be the primary online gallery... i'll think about it...
http://www.flickr.com/photos/darwisy/

Tuesday, June 2, 2009

BERITA GEMBIRA

untuk pengetahuan kengkawan...pagi tadi mama dapat surat panggilan temuduga KPLI...yahoooo akhirnya berjaya jugak....

harap2 mama dapat la jawab dengan sebaik2 nya masa interbiu nanti...hhmmm balik ni nak cakap omputeh ngan abah...heheh....jenuh nak praktice ni...takpe abah kan terror..belaja ngan abah la...heheheheheh

doakan kejayaan mama ok...mekacih....

Monday, June 1, 2009

Danish main drum

bukan main suka lagi dapat hadiah drum tu... besar nanti bleh jamming sama-sama. abah main gitar, Darwisy main gitar & nyanyi, Danish main drum :-)

http://www.youtube.com/watch?v=NIUWC4bIJyY

birthday photos uploaded

[gallery link="file" size="medium" ids="3940,3941,3942,3943,3944,3945,3946,3947,3948,3949,3950,3951,3952,3953,3954,3955,3956,3957,3958,3959,3960,3961,3962,3963,3964,3965,3966,3967,3968,3969"]

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar

alhamdulillah...  seperti yang telah dirancangkan... majlis hari jadi Darwisy dan Danish telah berjalan dengan lancar sekali. di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2, saudara mara dan adik beradik sudi datang ke rumah.

to be honest... majlis tu adalah yang pertama kali kami rancang untuk menjemput orang ramai. sebelum ni sambut kecil-kecilan je kat rumah. dulu pon sambut dengan Darwisy je... adik Danish belum lahir kat dunia ni lagi :-)

penat tu memang la ada... tapi agak puas hati jugak sebab baru first time buat semua berjalan dengan lancar. macam biasa abah ada snap beberapa gambar guna kamera office (kamera abah rosak) dan maklong pon ada snap guna kamera dia. nanti kami akan pilih gambar yang terbaik dari ladang untuk diupload ke fotopages / esnips. movie pulak nak upload kat youtube... tungguuuuuuu

akhir sekali abah n mama nak ucapkan selamat ulang tahun yang ke-tiga buat Darwisy dan selamat ulang tahun yang pertama untuk Danish.

birthday cake