Excerpt

Saturday, June 11, 2011

Puaslah hati nenek :-)

dari tadi kedengaran nenek tak henti2 ketawa melayan 2 orang heronya, darwisy & danish...
rasanya puaslah hati nenek tu, maklumlah mmg dah rindu nk jumpa cucu2nya ni... ntah apa la yang dibuat sampai gelihati nenek tu :-)

ada gak tanya tadi, katanya danish buat lawak... menari2 ntah mcm apa hehehe... lepas tu tak berhenti bercerita ntah apa2... nenek iya kan aje :-P

dah agak lama aku tengok, baru la suruh diorang duduk luar tengok tv plak... sian nenek dah la sampai putrajaya pagi tadi, mesti letih & ngantuk...

hmmm... darwisy dah datang... to be continued :-)

Tok Wan & Nenek visit Darwisyah

hari ni tok wan & nenek Darwisyah datang melawat cucu perempuan yang pertama. mmg tak dinafikan tok wan & nenek Darwisyah excited sangat. sama jugak dgn mak long, mak lang, uncle yusof, abg daniel, abg jamie & abg darren.

pada mulanya, Darwisyah tidur tak heran langsung orang datang. dah dikacau2 pon dia buat dek je :-) lama jugak la dia tidur

bila semua dah makan tghari, baru la dia celik2 kan matanya. itu pon kena paksa jugak sbb tok wan ngan nenek dah tak sabar nak main2 ngan Darwisyah :-)

bila dah celik mata je, elok pulak tu dia tak nangis pon... Alhamdulillah si Darwisyah ni senang nak dijaga tak ada meragam (harap berterusan hehehe)

so mlm ni, tok wan & nenek akan tidur di sini selama 2 hari. katanya taknak menyusahkan kitaorang, yelah mama pon baru je start berpantang.

kalau ikutkan hati, mmg la nak suruh diorang stay sini lama sikit. tapi memandangkan aku pon bekerja, diorang pon tak berapa larat, better jugak tinggal ngan mak long kat damansara, at least ada orang yang boleh tengok2 kan...

"Nikon D7000, Canon 60D & Sony A390 in da house :-D"

Excited

Alhamdulillah, mlm tadi kami telah selamat pulang ke rumah di Putrajaya. setibanya di rumah, aku terus rasa tak sabar nak memasangkan baby cot yang aku beli bulan lepas :-)
lepas je letak baby dalam tu, abang2 nya pulak yang terlebih excited... lebih2 lagi si Danish sibuk nak masuk sama2 jugak hehehe

Friday, June 10, 2011

NUR DARWISYAH HILMI

"Cahaya, Warak/Ahli Tasawuf, Kesabaran/Kesopanan"

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca (ada ke pembaca ni?) :-)
seperti tajuk yang anda baca, itulah nama puteri kami yang baru sahaja dilahirkan pada 06 June, 2011.
Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar, di atas berkat doa dan sokongan dari kenalan, ahli keluarga dan yang mengenali kami.
Nur Darwisyah Hilmi, telah dilahirkan di Hospital Putrajaya, dengan berat 3.42kg pada jam 10:35AM. agak berat sedikit dari abangnya Danish Hilmi yang juga telah dilahirkan di Hospital yang sama (cuma beza wad je hehe)

Tidak dinafikan, hati kami amat lega dan gembira setelah semuanya berjalan lancar, lebih2 lagi bayi yang dilahirkan itu adalah seorang bayi perempuan :-)

Cukup dulu buat masa ni, InsyaAllah kami akan cuba update lagi jika ada berita2 yang aku rasa nak kongsi di sini :-) (bila lah agaknya hehehe)