Excerpt

Monday, August 15, 2016

Jerami Padi, Sungai Besar

Habis shoot budak-budak main Bola Sepak Bendang, aku ke kawasan seberang untuk ambil gambar jerami padi dan sunset.

Al-kisahnya, kelmarin (Jumaat) dah ke sini. Tapi tak ada shoot gambar secara serius sebab banyak urusan dan saja nak jumpa kawan (Fadzly & Syafiq) yang nak shoot di situ. Kebetulan pulak rupanya ada kawan-kawan lain yang datang dari jauh. So, membebel aje lah aku masa tu :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Jerami Padi Shoot guna kamera, edit dalam phone guna Snapseed[/caption]

Semalam, rasa sangat nak shoot landscape sebab dah lama pon tak petik shutter kamera. So, aku cuba cari jerami padi di kawasan bendang sekitar jam 5 petang. Pusing punya pusing, tak jumpa lokasi lain yang ada jerami padi. What to do? Singgah la lokasi sama kelmarin. Alhamdulillah, jerami padi tu semua masih ada terlonggok di situ.

Tanpa membuang masa, aku keluarkan kamera dan lekatkan pada tripod cap ayam aku. Agak kekok jugak masa tu, maklumlah dah lama tak menembak. Kejap single exposure, lepas tu tukar bracketing pulak, lepas tu gatal tangan cuba in camera HDR. Semua macam tak menjadi hahaha! Last-last, aku pilih bracketing. Senang nak pilih kemudian dan decide method apa nak process gambar nanti.

As usual, method DRI/digital blending masih mendapat tempat di hati. Nasib baik masih ingat sikit-sikit steps untuk process gambar landscape. Cumanya, composition gambar ni memang ke laut :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Jerami Padi Teknik DRI[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Jerami Padi Teknik DRI, ditambah editing dalam Flickr. Nampak huduh pulak...[/caption]

Bola Sepak Bendang

Dah lama rasanya tak menembak gambar street. Semalam berkesempatan join budak-budak kampung bermain bola sepak bendang. Bendang??



To be honest, zaman kanak-kanak aku pon tak sehebat diorang ni. Paling kuat pon pergi berkubang, menggagau, panggang ubi, panjat pokok kelapa, memancing dekat bendang. Rasa macam rugi pulak takde pengalaman macam ni :-)

Anyway, apa yang aku nampak dari aktiviti diorang ni... ianya adalah awesome! Lebih bagus dari aktiviti yang kurang berfaedah dan tidak menyihatkan badan, yang kita semua tahu... menghadap telefon bimbit sepanjang masa. Kalau pon diorang ni suka menghadap, at least diorang ada aktiviti lain yang dapat mengeluarkan peluh.

About the game, dari segi rules sama dengan game bola sepak yang kita selalu lihat. Tapi berbeza dari segi tempat, iaitu bendang. Yep, tengah-tengah bendang yang baru lepas potong. Lebih menyeronokkan, bila bendang tu banjir dengan air hujan :-)

Masa aku berjalan datang ke tengah "padang" tu, diorang rasa agak pelik sebab orang tua (dari mereka) datang dengan berpakaian kemas dan bersama kamera di leher. Dari tips yang aku ingat, jangan terus terjah ke arah subjek. Sebaliknya, cuba adapt keadaan sekeliling dan cuba shoot dari jarak yang jauh.

Bila lihat diorang bermain semula, maka aku pon ambil langkah mendekati mereka. "Jom join sekali bang!"... salah sorang dari mereka bersuara. Well, that's a green light for me to start shooting :-) "Dah lama tak main dik, abang tengok jadi la"... aku jawab sambil memetik shutter kamera.

Seronok tengok diorang main. "Penalti! Penalti!"... tapi aku tak nampak pon kotak penalti. "Out! Out!"... mana garisan padang entah?. "Gol! Gol!"... bila bola masuk ke dalam gawang gol yang diperbuat dari dua longgokan jerami padi. Aku hanya mampu tersenyum...













Setelah hampir 45 minit, aku angkat kaki sebab nak mengejar sunset pulak. Sambil-sambil berjalan tu aku tanya, "Dah berapa?"... diorang pon jawab sambil ketawa, "Seri bang!"...

p/s: Tiada pengadil dalam perlawanan ni. Tapi masih boleh bermain secara adil hehehe...

Monday, August 8, 2016

Berhijrah

Lama betul tak update blog. Lepas bulan Syawal habis, baru berkesempatan nak menulis. Post Raya datang lagi pon tak updated huhuhu. Apa2 pon, syukur Alhamdulillah diberi peluang melalui bulan Syawal sekali lagi. Juga syukur tidak terkira kerana dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa untuk berhijrah ke rumah baru (kuaters), setelah hampir 9 tahun tinggal di apartment precint 11.

Terlalu banyak kenangan di rumah lama yang hendak diceritakan. Sudah pasti susah senang di sana tidak dapat dilupakan.

Penghijrahan


Hampir 6 tahun menunggu giliran, akhirnya Mama ditawarkan untuk menaik taraf rumah kuaters kepada rumah teres. Semenjak tu, Abah dan Mama menjadi super busy sampailah tiba masa berpindah. Tanggal 25hb Julai 2016, maka berpindahlah kami dengan rasminya. Terima kasih thelorry.com di atas servis lori pindah rumah yang efficient dan harga yang berpatutan.

Tiba-tiba busy, sampai sini je lah cerita kali ni huhuhu...