Sebelum kita install sesuatu aplikasi, perlulah kita fikir pro & cons aplikasi tersebut, harga, saiz, permission, penggunaan data dan lain-lain. Dan untuk itu, berikut adalah sedikit perkongsian tentang aplikasi yang mesti ada di setiap telefon aku.
- Al-Quran (Tafsir & by Word)
- Banyak aplikasi Al-Quran yang pernah aku gunakan sebelum ini, termasuk yang berbayar. Cuma kebelakangan ini, aku lebih kerap gunakan yang ini dan telah pon remove yang lain.
- Percuma, tiada ads, font yang boleh diubah saiz, tajwid berwarna, terjemahan ayat atau perkataan, lebih banyak pilihan audio dan lain-lain.
- Automatic Call Recorder
- Adalah amat penting untuk kita merakamkan segala perbualan sebagai rujukan dan bukti jika diperlukan. Sebagai contoh, kita dapat jadikan rakaman perbualan dalam pembelian jual-beli secara online/telefon sebagai bukti sekiranya terdapat penipuan. Dalam situasi lain, kita boleh mendengar semula rakaman perbualan sekiranya tidak jelas atau lupa apa yang dibualkan.
- Percuma dengan ads (terdapat versi Pro), rakaman yang jelas, cloud backup dan lain-lain.
- Chrome Browser
- Sekiranya kita melayari internet dari banyak device (PC, phone, tablet), pasti lebih mudah sekiranya semua bookmarks/password/history dapat digunakan semula di setiap device. Untuk itu, Chrome mempunya fungsi synchronize yang baik dan selamat.
- Percuma, tiada ads, by Google.
- ColorNote
- Satu aplikasi yang kecil tetapi bagus untuk nota-nota ringkas dan checklist.
- Percuma, tiada ads, internal & cloud backup, sync multiple devices, reminder.
- ES File Explorer Pro
- Setiap telefon pasti ada pre-installed file manager, tetapi fungsinya adalah terhad. Aplikasi ini amat berguna kepada intermediate / advance user.
- Cloud management, network browse, FTP mode, SD card analyst, root explorer dan lain-lain.
- Flickr
- Photo hosting yang menawarkan saiz simpanan yang besar (1TB) dan percuma. Selain itu, aplikasi ini juga mempunya fungsi auto sync/backup setiap gambar yang kita snap.
- Google Drive
- Aplikasi yang membolehkan kita akses fail-fail dan gambar yang disimpan di Google Drive. Contohnya, dokumen (word, excel, PDF, etc) yang diupload dari PC.
- Google Maps
- Sangat berguna bagi orang yang selalu sesat atau tak tahu jalan, seperti aku.
- By Google, data usage friendly, offline maps.
- Nova Launcher Prime
- Bosan dengan interface standard? Aplikasi ini membolehkan kita customize interface di banyak sudut.
- Banyak customization (home, app drawer, folder, icon, etc), ringan dan pantas.
- Quick Profiles
- Mempercepat dan memudahkan pertukaran volume, wifi dan lain-lain mengikut profile yang direka.
- Percuma, tiada ads, mudah digunakan.
- SideSync
- Aplikasi daripada Samsung untuk mengawal (remote) dan akses fail di dalam telefon menggunakan PC.
- Percuma, no ads, wireless and cable remote. Tapi hanya untuk telefon Samsung.
- Snapseed
- The best photo editing app so far (to me).
- Percuma, no ads, by Google, lots of RAW file editing.
- Waktu Solat Malaysia
- Terkenal di Malaysia kerana buatan rakyat Malaysia.
- Percuma, no ads, reminder, kompas, themes, plugins dan lain-lain.
- QRMaster
- Aplikasi yang terpaksa install, sebab kalau tak install tak boleh masuk office :-D
Well, that's about it (ada beberapa lagi, tapi dah letih menaip haha). Apa-apa pon, artikel ni hanya sekadar berkongsi pendapat sendiri dan mungkin bukan yang terbaik.
Last but not least;
- Cuba elakkan install aplikasi yang terdapat ads (iklan) dan cuba beli PRO version jika mampu (banyak yang murah).
- Lihat ranking, rating, baca review.
- Fahamkan permission yang akan digunakan oleh aplikasi tersebut.
- Lihat tahap aktif, bila latest update.
- etc.
Adios!