Excerpt

Thursday, January 27, 2011

aku ada terfikir

aku ada terfikir untuk mewujudkan nama domain yang baru bersesuaian untuk family aku. ada jugak kawan2 yang bertanya kenapa darwisy.wordpress.com? kenapa tak bobo.wordpress.com?

well, darwisy.wordpress.com diwujudkan sejak tahun 2006 lagi. di mana pada tahun itu, anak pertama aku dilahirkan dan diberi nama Darwisy. oleh kerana terlalu exited nak ber"blogging", aku wujudkan domain ni sempena nama dia. in fact, aku pernah register satu personal domain darwisy.com pada masa tu. tapi cuma dapat bertahan 1 tahun je. masa tu, aku tak terpikir pulak pada masa akan datang nanti akan ada anak yang lain :-)

kenapa aku nak tukar? kat dalam blog ni ada macam2 cerita atau kategori. Abah, Danish, Darwisy, Family, Mama & MISC. jadi, agak janggal pulak nama domain tu darwisy.wordpress.com. kalau ikutkan nama, sepatutnya blog ni khas untuk cerita2 darwisy saje.

bila nak tukar tu tak dapat nak tetapkan lagi. bukan senang nak cari nama yang sesuai kot. so, InsyaAllah aku akan wujudkan domain yang baru dan akan transfer semua information ke sana.

ada idea? hehehe

Pejam celik pejam celik

itulah lumrah dan hakikatnya... pejam celik pejam celik; umur dah meningkat, anak dah nak masuk 3, darwisy dah masuk 5 tahun, danish dah masuk 3 tahun, dah 5 tahun blog ni wujud, dan macam2 perkara yang telah berlaku. macam lirik butterfingers, "time stop ticking, but everything faster", apa tajuknya aku pon dah lupa hahaha :-D

sebenarnya aku draft post ni tengah hari tadi, but now, i'm out of ideas... so thats it :-)

 

Monday, January 24, 2011

Hukum berdoa ketika sujud

source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hukumberdoaketikasujud/Article/index_html

SAYA ingin bertanya apakah hukum berdoa di dalam hati ketika sujud terakhir (sebelum tahiyat akhir) ketika solat? Adakah ia dianggap sebagai satu bidaah?

FATIHA
Shah Alam


Bidaah ialah melakukan perkara yang tidak dianjurkan agama ataupun mengada-adakan perkara baru terutamanya yang berkaitan hal ibadah. Bidaah ini adalah ditolak agama dan Rasulullah mengatakan bahawa: “Saat paling hampir seorang manusia kepada Allah adalah ketika sujud dan banyakkanlah berdoa”.

Oleh itu harus berdoa ketika sujud dalam solat bahkan jika merujuk hadis tadi, ia adalah digalakkan berbuat demikian. Maka tidak timbul bidaah kerana ia adalah sunnah.

macam ni pon boleh

buat lawak je Danish ni, macam ni pon boleh tidur :-P







semua gara2 menunggu abah yang lambat bersiap nak pegi rumah pak ngah, bukan apa... gatal tangan yang nak merepair printer pak ngah... last2 lingkup! bawak je la printer mama gantikan buat sementara hahahaha

Tuesday, January 18, 2011

masih boleh digunakan

setelah lebih setahun hset w880i mama dijadikan pusat pembiakan semut dek kerana rosak dicampak oleh darwisy dari tingkat 4, akhirnya telah berjaya direpair oleh abah yang sememangnya mc gyver kekeke.

dan hari ini, hset itu telah menjadi milik abah (tanpa kebenaran) kerana mama telah membeli hset baru gara2 tiada hset pada ketika itu :-D

walaupon keadaannya compang compeng sedikit, namun ianya masih berfungsi dengan baik... masih boleh bercakap dengan orang, boleh mendengar suara, bleh main game (java je), bleh amik gambar, bleh tengok video2 lama darwisy & danish, juga masih boleh mendendangkan lagu2 mp3...