Excerpt

Sunday, January 4, 2015

Wordpress theme Tracks - Random background for non thumbnail posts

Just a simple note for myself, unless there is a reader out there :-)

This article is about to modify the Wordpress theme Tracks, which is basically will display a random background in non-thumbnail (featured image) posts. Here we go;

Create images with name "background_1.jpg" to "background_12.jpg" in running numbers and place into "images/" folder in root (example: http://localhost/wordpress/images/)

Insert below style inside <head></head> of "header.php"
<style type="text/css">
.excerpt {
background: url(<?php echo (network_site_url( '/images/background_' )) . (rand(1, 12)) . '.jpg'; ?>) center top;
</style>

Background will be randomized "background_1.jpg" to "background_12.jpg", as per screenshot below:

https://farm6.staticflickr.com/5678/21885487268_95de894406_z_d.jpg

Notes:
- Depending on how many background images, "rand(1, 12)" should be changed accordingly
- This will overwrite the original header.php, in case the theme updated, write the code again
- In my case, each images resized to 1160px width and 1024px height. Not sure what is the ideal resolution thou.

That's it I guess, thanks for reading :-)

Saturday, January 3, 2015

IOI City Mall revisit

Lepas settle majlis orientasi Danish sebelah pagi, petangnya pulak kami ke IOI City Mall Putrajaya. Cadangnya nak ke All IT nak beli mouse dengan pendrive untuk Mama. Kebetulan Mak Su budak-budak pon pegi ke sana, so plan sekali nak jalan-jalan dan makan.

Masa first time pegi dulu memang dah tau kat situ ada All IT, tapi takde la beli apa-apa masa tu. Hari ni kami masuk dan usha-usha barang kat situ. Menurut kata staff kat situ, harga tak sama dengan All IT kat Lowyat plaza.
Usha punya usha, Abah pon terjebak jugak beli micro SD untuk phone. Maklumla la dah penuh, 16GB tak cukup huhuhu.

Lepas beli barang kat All IT, terus ke District 21 nak bagi anak-anak naik kereta api... ye kereta api! siap ada honk lagi hahaha. Seronok la budak-budak semua, termasuk la emak budak. Satu kepala RM5 kalau tak silap, untuk 2 round selama lebih kurang 7 minit. Boleh laaaa...

Lepas naik kereta api, naik kuda pusing-pusing pulak. Apa nama entah, yang ada banyak kuda lepas tu ada tiang tu. Abah join semata-mata nak amik gambar je, kalau naik kompom patah la. Pusing punya pusing, tak sampai lima minit kot... dah berenti. Adehhh... takpe lah janji anak-anak suka.

Lastly, pegi makan kat Nando's makan-makan. Orang yang paling happy masa ni adalah Sufiana, habis satu meja dia pusing. Bukan tepi meja, tapi atas meja hahaha. Darwisy, Danish dengan Darwisyah pulak melayan, makin menjadi-jadi la dia. Overall ok la makanan kat situ, cuma servis agak slow sikit sebab semua pekerja baru. Mak Su punya order pon tak sampai, dah nak balik baru bagitau makanan yang order tu tak ada. Lepas tu offer nak order lain tak? Harap maklum memang tak lah.

Hari orientasi, Danish tahun 1

Seperti yang dijanjikan, hari ni Abah temankan Danish pegi ke hari orientasi tahun 1 kat SKPP9(2) sebab Mama jadi super-busy-women. Tapi nampak macam tak berapa busy je hahaha.

Macam biasa, murid-murid baru dan ibu bapa akan diberi taklimat. Macam-macam la guru besar cakap, budak-budak entah faham ke tidak.

Sebelum ni Danish pra-sekolah di sekolah yang sama, jadi takde lah nampak dia kekok sangat. Cool and steady bak kata orang putih tu :-)

Dipendekkan cerita, majlis start lebih kurang jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, kecuali sesi sekolah ditunda seminggu untuk memberi ruang dan persediaan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.

Friday, January 2, 2015

Tahun baru 2015 di rumah Mak Long

Malam tadi (31/12/2014), aku sekeluarga pergi ke rumah Mak Long (akak sulong) sebab nenek (emak) ada kat sana... saje datang nak jumpa anak cucu. So kami dah rancang nak tidur satu malam. Seronoknya nenek dapat jumpa cucu-cucunya hehehe. Tapi memandangkan sampainya dah malam, maka tak banyak la aktiviti boleh buat. Cuma makan2 sikit, sembang2, main2, lepas tu tidur. Esoknya nak mandi kolam pulak, kena la tidur awal hehehe.

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak dan jugak Mama, iaitu hari kolam sedunia. Bangun pagi, sarapan cup cake, lepas tu terus ke kolam. Pelampung semua dah siap, termasuk la pelampung yang dibeli kat Pulau Dayang Bunting baru-baru ni hahaha.

Macam biasa, orang yang jarang mandi kolam ni akan berkelakuan seperti batak sikit. Nasib baik aku dulu selalu berkubang kat parit, takde la batak sangat hahaha.

Anyway, here are some of the shots... taken with my Samsung Galaxy S Active :-)


Dah puas berkubang (bahasa kampung untuk berenang), the next activity is MAKAN! Mak Long nak belanja kat Restoran Tom Yam. So, kami pon pergi ke Damansara... nenek pon ikut. Punya la banyak order, siap boleh bungkus bawak balik lagi.

Lepas makan-makan, kami pon balik ke rumah Mak Long sebab nak rehat dan siap-siap nak balik ke Putrajaya pulak. Lepas je solat Asar, kami pon balik. Rindu lagi la nenek dengan cucu-cucunya nanti. Itu la serba sedikit cerita tahun baru 2015 kami sekeluarga... Wassalamu.

Thursday, January 1, 2015

Selamat tinggal tahun 2014

Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun telah berlalu dengan pantas. Hari ni masuklah tahun Masihi yang baru iaitu 2015.

Tahun 2014 telah pon meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada diri, keluarga, mahupun negara.

Pada diri aku sendiri, tahun 2014 telah perginya orang yang aku hormati dan sayangi iaitu Ayah. Tidak lupa juga seorang pakcik yang aku panggil Anjang iaitu adik kepada mak aku. Tapi aku redha sebab itu semua sudah ketentuan Allah, aku hanya mampu berdoa semoga segala-galanya baik. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang disayangi. Mereka lah pengubat dan penghibur aku.

Negara Malaysia pula ditimpa dengan berbagai-bagai musibah. Kehilangan pesawat MH370, MH17 yang diserang dan jatuh terhempas, banjir di negeri-negeri timur dan baru-baru ni pesawat QZ8501 pula terhempas di tengah lautan. Itu tidak termasuk lagi masalah-masalah negara yang lain seperti ekonomi, politik, kes-kes jenayah dan sebagainya.

Apa pon yang telah berlalu samada pahit atau manis, pastinya akan terpalit di dalam ingatan. Aku harap aku tidak akan leka dan alfa dengan menyambut tahun baru ini dengan keseronokan yang melampau. Dan aku tidak nampak apa alasan kenapa tahun baru ini perlu disambut dengan keseronokan dan pembaziran. Walau bagaimana pon, itu bukanlah bermakna kita kena sentiasa bersedih dan meratap... sebaliknya kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, memperbaiki diri dan berdoa agar hari-hari mendatang lebih baik dari yang lepas.