Excerpt

Saturday, October 3, 2015

Darwisy & Danish 5 tahun kemudian

Kemas punya kemas (Mama yang kemas bukan Abah hehehe), terjumpa pulak kupiah Darwisy & Danish. Mama tempah dekat kawan 5 tahun lepas (tahun 2010). Masa kupiah tu sampai, Mama ada ambik gambar Darwisy & Danish berdua menggayakan kupiah baru tu.

Tiba-tiba, Mama telah mencetuskan satu idea! Snap gambar dengan kupiah yang sama dan posing yang sama. So, inilah hasilnya hehehe.

Darwisy & Danish

p/s: photo collage ini telah dibuat oleh Abah kerana Mama gagal membuatnya hahaha

Dinner @ Ana Ikan Bakar Petai

Malam ni Abah bawak Mama (Mama yang ajak) dan DDD makan di restoran Ana Ikan Bakar Petai, dekat seksyen 16 Bandar Baru Bangi. First time singgah sini walaupon dah lama duduk Putrajaya dan selalu ke Bandar Baru Bangi.

Dari segi lokasi, suasana, parking dan layanan agak memuaskan. Walaupon tempat meja penuh dan sesak dengan orang, makanan dan minuman masih boleh dihidangkan dengan agak cepat. Mungkin sebab pekerja yang ramai.

Dari segi rasa, hmmm... boleh dikatakan sedap dan unik. First time makan ikan yang dibakar dengan sambal petai! Sup kosongnya pon sedap hehehe...

Harga? Ni menu yang kami order, cuba kira-kira ye :-)

  1. Ikan jenahak bakar petai 1 ekor saiz sederhana, lebih kurang 1kg kot...

  2. Nasi goreng pataya 3

  3. Nasi putih 2

  4. Kailan ikan masin untuk 2 orang

  5. Telur dadar untuk 2 orang

  6. Milo tabur 1

  7. Sirap bandung 2

  8. Teh O limau suam 1

  9. Nescafe O ais 1

Semua ni berharga RM79 (ikan jenahak tu RM37). Murah? Mahal? Tak kisah lah, janji boleh bersama family dan layan ikan bakar sekali sekala :-)

Flickr Album 72157659640769735

So, kalau nak cuba restoran ni aku galakkan sangat. Ni lokasinya...

https://www.google.com/maps/dir//Restoran+Ana+Ikan+Bakar+Petai,+Lot+29991,+Persiaran+Kemajuan,+(Bersebelahan+Balai+Bomba+BB+Bangi),+43650+Bandar+Baru+Bangi,+Selangor/@2.936387,101.762741,17z/data=!4m12!1m3!3m2!1s0x31cdc9729a6fb355:0x3d6a956fdbb60318!2sRestoran+Ana+Ikan+Bakar+Petai!4m7!1m0!1m5!1m1!1s0x31cdc9729a6fb355:0x3d6a956fdbb60318!2m2!1d101.762741!2d2.936387

Thursday, October 1, 2015

Fotografi - Apa itu Shutter Speed, ISO dan Aperture

3 perkara yang sangat penting dan berkait rapat dalam fotografi, digelar "The Three Kings of Photography" atau lebih dikenali sebagai "Exposure Triangle". Ianya perlu difahami sebelum melibatkan diri dalam bidang fotografi.

Contoh Exposure Triangle (dari DPreview.com):

Jadi, apa itu Shutter Speed? ISO? Aperture? Secara ringkasnya (yang aku faham):

Shutter Speed

Kiraan atau kelajuan bukaan bilah atau tetingkap pada sensor kamera. Bergantung pada kamera, kelajuan biasanya bermula selama 30 saat hingga selaju 1/4000 saat.

Semakin lama bilah atau tetingkap tadi dibuka, semakin lama sensor terdedah pada cahaya — Akan menghasilkan gambar yang tidak tajam (blur), lembut, terang untuk satu-satu situasi.

Sesuai untuk:

  • gambar air yang mengalir seperti air terjun atau ombak laut (boleh gunakan filter atau pengecilan aperture untuk bukaan lebih lama)

  • gambar di dalam situasi kurang cahaya

  • gambar light trail

  • gambar awan bergerak (boleh gunakan filter atau pengecilan aperture untuk bukaan lebih lama)

  • gambar star trail (atau milky way)

  • dsb

Semakin laju bukaan maka semakin kurang pendedahan — Akan menghasilkan gambar yang tajam (sharp), gelap untuk satu-satu situasi.

Sesuai untuk:

  • gambar sukan

  • potret

  • produk

  • outdoor (situasi banyak cahaya)

  • dsb

Note:
Bagaimana kiraannya? Katakan shutter speed adalah 1/100, kelajuannya adalah bersamaan 0.01 saat. 1/200 bersamaan 0.005 saat. 30″ bersamaan 30 saat, begitulah seterusnya.

ISO

I (International) S (Standards) O (Organisation), ini yang diterjemahkan dari laman-laman web lain dan kelihatan tidak masuk akal langsung.

Sensitiviti sensor terhadap satu-satu situasi cahaya yang dikawal oleh software di dalam kamera. Semakin tinggi ISO, semakin terang, sedikit tajam dan kotor (noise atau berbintik-bintik, kurang kualiti).
Semakin kurang ISO, semakin gelap, bersih dan kurang tajam.

Kesesuaian ISO tinggi

  • ingin mendapatkan gambar terang dan sedikit tajam (medium high shutter speed) pada situasi kurang cahaya (malam atau indoor)

  • ingin mendapatkan gambar terang, large DOF (aperture) dan tajam (high shutter speed) pada situasi banyak cahaya (gambar sukan atau objek bergerak)

  • dsb

Kesesuaian ISO rendah

  • gambar pemandangan

  • gambar air terjun atau ombak

  • makro

  • dsb

Note:
Semakin tinggi ISO semakin kotor (noise) tetapi berguna untuk situasi tertentu

Aperture

Adalah bilah di lensa kamera yang mengawal kemasukan cahaya untuk didedahkan kepada sensor kamera. Jumlah bilah dan bukaan bergantung pada jenis lensa. Kebiasaanya, bukaan bilah (lens diaphragm) bermula dari nombor f/1.8 sehingga f/22 dan panggilannya pula adalah terbalik di mana nombor aperture yang rendah dipanggil besar (large aperture) begitu juga sebaliknya.

Aperture besar (cth: f/1.8 f/2.0 f/2.8)

  • lensa akan mendedahkan sensor kepada lebih banyak cahaya

  • shallow depth of field (DOF atau bokeh) yang lebih lembut

  • sesuai untuk potret dan situasi kurang cahaya

Aperture kecil (cth: f/8 f/11 f/16 f/22)

  • lensa akan mendedahkan sensor kepada cahaya yang kurang

  • large depth of field (tajam dan lebih meluas)

  • sesuai untuk gambar pemandangan dan situasi banyak cahaya

Contoh dan situasi

  • Gambar air terjun, water flow yang lembut, detail batu-batu yang tajam (tidak kotor) dan pada tahap terang yang biasa — Shutter speed 10″, ISO 100, Aperture f/16

  • Gambar kereta bergerak, tidak kabur (blur), terang — Shutter speed 1/500, ISO 1600, Aperture f/8

  • Gambar potret, background blur (bokeh), terang — Shutter speed 1/2000, ISO 400, Aperture f/1.8

Sunday, September 27, 2015

Sepupu Abah bertunang

Alhamdulillah, tak disangka-sangka akhirnya sorang lagi sepupu Abah akan menamatkan zaman bujangnya. Sepupu Abah yang lelaki tak ramai, kalau ramai pon yang paling ngam satu kepala dulu-dulu ada 3 orang. Fahmi, Atan dan Iqbal.

Kami berempat ni lah yang selalu sangat menakal masa arwah Atuk masih hidup. Boleh kata setiap kali nak tidur rumah Atuk, semua ni ada sekali. Kamilah yang curi-curi start motor pergi ke Pantai BM. Sambil-sambil tu hisap rokok hahaha.

Sabtu lepas, dalam masih menyambut Aidil Adha telah berlangsung majlis pertunangan di Kampung Pasir Panjang. Tak jauh dari Sungai Besar, lebih kurang 20 minit boleh sampai.

First time join rombongan meminang, biarlah orang-orang lama yang berbicara. Abah tukang shoot gambar je hehehe.

p/s: Sebenarnya, Darwisyah yang paling banyak shoot gambar HAHAHA!