Excerpt

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana Matahari Separa (Partial Solar Eclipse) 2016

Kebetulan sekolah Darwisy akan mengadakan aktiviti melihat gerhana matahari (solar eclipse) dengan menggunakan DIY solar eclipse projector. So, malam tadi Abah telah berjaya menghasilkannya... tapi tak tau lah jadi ke tidak. Harap-harap jadi lah :-)

Memandangkan Abah tak pernah mengambil gambar fenomena gerhana matahari sebelum ni, maka Abah pon bercadang nak snap sekeping dua.

Alhamdulillah... hari ini dalam sejarah, telah berjaya menyaksikan (dengan serious) dan merakamkan kekuasaan Allah S.W.T. Walaupon tak ada lens telephoto dan camera full frame, hasilnya boleh la juga dijadikan kenangan :-)

Klik untuk info lanjut

Banyak info yang boleh didapati dari website di atas. Selain dari tu, boleh juga cari info yang lain seperti bagaimana hendak mengambil gambar fenomena ini dan langkah-langkah keselamatan tambahan di Google.
Anyway, ini antara hasil mencerap gerhana matahari...

Gerhana Matahari Separa (Partial Lunar Eclipse)

Tak pasti samada ni waktu kemuncak atau tidak, janji ada hehehe.

Bayang-bayang dedaun berbentuk bulan sabit

Bayang-bayang dedaun yang kelihatan seperti bulan sabit ketika fenomena.

Welding glass sebagai filter

Alat yang Abah gunakan, welding glass yang dibeli satu ketika dahulu :-D

Tuesday, February 23, 2016

F5 Networks Error: Network Access Connection Device not found

F5 Networks Error: Network Access Connection Device not found

OS: Windows 8 and higher

Browser: Firefox

Solution: Manually install the network driver

How To:

  1. Download this F5driver

  2. Open the Device Manager

  3. Look for F5 related device with error icon (exclamation mark)

  4. Right click on it, choose Update Driver Software

  5. Use the Have Disk option, choose "covpn2~1.inf" file from the saved F5driver folder


Side Notes:

  1. If the F5 plugin installation failed in Firefox, set the "xpinstall.signatures.required" value to "false" (in about:config)

Monday, February 22, 2016

Shanghai Paris Amsterdam London

Shanghai Paris Amsterdam London... bunyi macam jauh perjalanan hari ni. Sebenarnya dekat Semenyih je :-D

Ni semua gara-gara orang viral pasal Season’s Flower Show di Eco World Majestic Semenyih. Bunga la sangat... banyak bunga taik ayam je hahaha. Tapi takpe lah, saje bawak DDD jalan-jalan. Mama pon dah teracun dengan viral facebook tu... Abah pon boleh tambah koleksi gambar-gambar DDD... fair lah hehehe.

Walau pon fair, tapi planning hari ni tak berapa mujarab. Sebab sampai di tempat tu lebih kurang jam 11 pagi. Di mana matahari memang hampir terpacak atas kepala. Nasib baik DDD ada topi... Darwisyah pulak siap pakai sun glasses :-D

Nak ditambah kesedapan cerita, punya lah ramai manusia yang datang huhuhu. Rasanya semua terkesan dari viral jugak... biasalah kita ni, tempat yang nampak pelik sikit je mula lah nak pergi. Padahal dah tau ni Malaysia... bukan Shanghai Paris Amsterdam London hahaha.

Flickr Album 72157664860422616

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157664860422616

Kayuh bot di Taman Wetland Putrajaya

Hari ni Abah Mama bawak DDD pergi ke tengah-tengah tasik Taman Wetland Putrajaya, dengan cara berkayuh. Ye... kayuh bot :-D

Punya lama tak berkayuh (tak pernah pon), rasa kejang kaki dilengkapi dengan pakej berpeluh... lebih-lebih lagi Mama. Nasib baik Abah ada, boleh jadi backup :-P

Tercetus rasa nak naik paddle boat tu sebab seronok tengok orang, masa lepak-lepak dekat tepi tasik semalam. Tapi memandangkan hari dah lewat petang, maka Abah telah melakar satu plan dan tidak diketahui oleh DDD. Alhamdulillah, setelah hampir 10 tahun menetap di Putrajaya... akhirnya telah berjaya merealisasikan impian semalam.

Lepas je solat Asar, maka bergegaslah ke Taman Tasik Wetland. Waktu yang elok sebab awal dan masih tak ramai orang. Kalau lewat sikit, memang kena tunggu lah sebab satu round 30 minit (1 jam hari biasa). Lagi pon tiket tutup sebelum pukul 7.

Harga tiket untuk paddle boat 5 seat adalah RM19.10 (selepas GST)... ok lah kot. Cuma masa dah dapat bot tu, make sure bot tu ok dan boleh dikemudi dengan elok. Kalau rasa tak elok, cepat-cepat tukar... nanti rasa tak puas (macam Abah Mama kena huhuhu). Mana tidaknya... 10 minit habis pusing-pusing situ je tak bergerak ke mana hahaha. Nasib baik Abah tukar, kalau tak... tengok pulau-pulau tengah tasik tu dari jauh je la hehehe.

Flickr Album 72157664938593405

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157664938593405

Tuesday, February 16, 2016

Ala-ala silhouette

Asyik ambil gambar yang biasa-biasa je, sekali sekala layanlah silhouette sikit :-)

https://www.flickr.com/photos/darwisy/24624798262/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/24584534869/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/24861669411