Excerpt

Friday, September 21, 2007

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa…Sangat Menarik!!!

Di dalam hidup manusia, yang penting
ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan
selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi
sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila
permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila
pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat
tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah
mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik
ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang
miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak
dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai
seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti
tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan
lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu
kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita
buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita
supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan
ibadat.

 

source: http://sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=18966

No comments:

Post a Comment