Excerpt

Saturday, January 8, 2011

lama sangat dah rasanya...

salam tahun baru aku ucapkan kepada semua :-)

mmg dah lama tak update blog ni... dengan alasan yang sama, sebab facebook hehehe

sebagai permulaan untuk tahun 2011 nih, saje la gatal tangan nak menaip. hari ni hidup aku mcm biasa... pegi keje buat keje makan tengahari (lain sikit sebab makan kat kedai baru ngan rakan2 tms) sembahyang jumaat (sebab hari jumaat) balik keje :-)

tapi mlm ni agak spesel sikit sebab dibelanja makan oleh isteri tersayang hehehe... restoran tu pon first time makan kat situ, kitaorang baru je gelarkan restoran tu "tomyam bukit" sebab tempatnya kat atas bukit... bukit apa pon tak tau la tapi somewhere kat bangi... menarik jugak, dan untuk first timenya aku makan bersila di dalam pondok kekeke

harga? hmmmm bleh tahan la. tadi makan lauk tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin, udang tiga rasa (ke masam manis ntah dah lupa) semua untuk 2 orang. pehtu nasi putih 2 ngan nasi goreng cina 1. air pulak, carrot susu laici, belimbing ngan air laici. semuanya dalam RM47. mahal tak? rasanya macam mahal sikit... sebab hari tu aku ada makan ngan member2 kat kelana jaya... set untuk 4 orang (tomyam 1 set, ikan kembong 2 ekor, telur dadar 1 set, ayam masak halia 1 set, kailan ikan masin 1 set, nasi 4, buah tembikan sikit, air satu jug) RM55.50... eh macam mahal jugak je? hahahaha

sambung balik pasal makan kat tomyam bukit tadi...

masa makan2 tu ada la cakap kat Darwisy "abah ada download movie baru tajuknya MegaMind, balik nanti kita tengok ok?"

pergh! lepas je aku cakap tu terus sibuk bertanya itu ini sampai la balik ke rumah... tak sabar nak tengok citer super hero(semua katun la super hero hehe), mmg favorite dia la tu. sampaikan cakap pon dah melalut2 aku sendiri pon tak paham apa yang Darwisy tanya, yang aku boleh jawab "ha ah" je lah

dah la sepanjang jalan sibuk tanya, tengah tengok movie pon asik sibuk bertanya lagi aduiiyaii tak concentrate terus jadinya hahaha... kena pulak si Danish pon tengok sekali, hmmmmpphh "ha ah" kan je la lagi :-D

itu la serba sedikit kot cerita aku hari ni...

di kala aku sedang menaip ni, hero2 aku dan isteri tersayang sedap tengah layan mimpi :-)

aku? hehehe macam biasa la esok sabtu, selagi tak tersengguk selagi tu la mengadap laptop kekeke

ok lah, aku taip panjang2 pon bukan ada orang nak baca sangat hahahaha

adios!!!

No comments:

Post a Comment