Jam lebih kurang 4:30 pagi, mereka dengan konfiden telah memasuki satu lorong yang aku sendiri tidak pasti di mana lokasi... so aku call mereka dan berkata "weh! korang kat mana ni? lorong mana ko masuk?" dan menyuruh mereka untuk berpatah balik kerana dikhuatiri akan sesat ke negeri Perak...
Tidak lama kemudian, maka berjumpa lah kami di satu lokasi yang rahsia dan aku telah membawa mereka ke satu lagi lokasi yang rahsia juga :-D
Seperti yang telah aku khabarkan, keadaan cuaca tetap tidak berubah ketika itu di mana langit telah dipenuhi dengan awan2 jerebu huhuhu... tapi takpe lah, memandangkan mereka dah sampai maka aku kenalah layan mereka sebagai tetamu dan aku telah membawa mereka ke satu kedai mamak untuk menikmati juadah di awal subuh hehehe
Berapa punya panjang cerita daaa... ok aku pendekkan... so lepas solat subuh, kami bergegas semula ke lokasi rahsia yang kedua tadi untuk merakamkan moment sunrise tetapi malangnya, matahari sangat malu2 untuk muncul dan demi menyedapkan hati masing2, maka kami pon berselfie secara ramai2 berlatar belakangkan pondok yang usang... huhuhuhu

Gambar dari kiri: Fakrul Jamil, aku, Eyzham dan Rasdi
p/s: gambar ini telah diedit secara melampau oleh saudara Eyzham hahaha
No comments:
Post a Comment