Excerpt

Tuesday, August 19, 2014

Perginya seorang ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un... Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Tanggal Jumaat 15hb August 2014, aku telah dikhabarkan satu berita yang aku tak jangka akan mendengarnya iaitu ayah ku telah kembali ke Rahmatullah.

Arwah ayah ku "Mohd Ali Bin Rasidi @ Awang" atau lebih dikenali sebagai "Ustaz Ali" dan "Ali jurugambar" di kalangan orang kampung, telah disahkan meninggal dunia pada jam 12:47PM oleh doktor bertugas di Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam.

Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Jamek Makmuriah Sungai Besar. Syukur Alhamdulillah, arwah dapat dikebumikan pada hari yang sama selepas Solat Asar dan segala urusan pengkebumian telah berjalan dengan lancar sekali.

Insya Allah akan aku sentiasa memohon dan berdoa semoga roh ayah digolongkan bersama orang2 yang beriman dan ditempatkan di Syurga Allah S.W.T.

Al-Fatihah...

surat_al_fatiha

No comments:

Post a Comment