Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Hari ini, anak kami yang ke-2 Muhammad Danish Hilmi telah tamat sesi pra-sekolah secara rasminya dan telah graduasi di Sekolah Kebangsaan Precint 9(2).
Bila melihat anak-anak yang menyambut hari graduasi ni, kadang-kadang membuatkan kita berasa seronok apabila kita kenangkan semula zaman kita menyambut Hari Graduasi Pra-Sekolah dulu.
Ada yang gembira sebab dapat banyak hadiah, dapat buat persembahan, menerima macam-macam jenis pingat, dapat sijil dan sebagainya. Ada juga yang kurang gembira, mungkin akan berpisah dengan kawan-kawan baik kerana berpindah sekolah.
Memandangkan hari graduasi ni hari yang istimewa, maka aku cuba merakamkan detik-detik di sepanjang majlis tersebut. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan lancar dan Danish akan melangkahkan kaki setapak ke hadapan dengan memasuki sesi persekolahan Darjah 1.
Semoga dia tabah menghadapi ujian yang lebih sukar dan akan mencapai kejayaan. Amin...
Excerpt
Friday, November 14, 2014
Hari Graduasi Pra-Sekolah, Muhammad Danish Hilmi
https://www.youtube.com/watch?v=HVo7yBkEavU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam En. Hilman,
ReplyDeleteTerima kasih kerana link thelorry.com dalam website hilmanali.com. Ada apa-apa yang boleh saya bantu untuk balas jasa baik tuan?
:)
Regards,
Nadhir
Co-Founder & CEO
TheLorry.Com
Wsalam :-)
ReplyDeleteSekadar berkongsi laman2 web yang saya rasa amat berguna untuk pengguna... terima kasih atas offer tuan, tak ada apa2 yang membebankan saya untuk berkongsi dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ni :-)
Semoga thelorry.com terus maju! :-)