Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bersama family sekali lagi. Masih tak hilang penat semalam, hari ni tambah lagi penat dengan family outing ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing.
Dah lama rasanya tak ke sini, last sekali mungkin bulan Mac tahun 2014. Memandangkan dah cliche bawak family ke tempat-tempat riadah sekitar lembah kelang, hari ni bawak ke tempat yang diorang tak pernah jejak lagi.
Another reason kenapa nak ke Bukit Gasing, lately si Danish semakin curious dengan kehidupan alam semula jadi iaitu "serangga" hahaha. Guess what? Bukan Danish je yang excited, Darwisy dan Darwisyah pon turut jakun... oh, Mama pon sama :-P
Anyway, sampai di Bukit Gasing agak lewat dalam pukul 10:30 pagi. Terus attach lens macro ke adapter dan masuk ke kumira Olympus. Oleh kerana dah tak ada custom diffuser, terpaksa la guna semula O-ring flash yang dibeli tahun lepas. All sets up, lighting ok, ada satu masalah yang mungkin akan menjejaskan sesi macro ni iaitu... self-stabilization huhuhu. Tak apa lah, pelan-pelan kayuh asalkan family enjoy the trip :-)
P/S: sorry banyak gambar blur, kena asah balik bakat hehehe
Jalan punya jalan, jam dah pon pukul 12 tengah hari. Secara automatik perut telah menjadi lapar. So, terus keluar hutan cari makanan. Destination? Rojak dan cendol SS15 Subang Jaya :-)
Baru-baru ni ada singgah makan dekat sini, tapi duduk dalam kereta je. Kali ni, Abah ajak semua duduk kat bawah pokok, baru ada feel. Order rojak 2 pinggan, cendol 4 mangkuk. Ingatkan DDD tanak makan rojak sebab dah makan roti dalam kereta on the way tadi, tapi sangkaan silap... diorang plak yang melahap rojak Mama. Tak cukup, melahap pulak rojak Abah hahaha. Takpe, asalkan diorang suka and happy :-)
Masa on the way balik, Abah ada tanya DDD... lain kali nak pergi hutan lagi tak? Diorang jawab "NAAAAAAAKKKK"... Insya Allah :-)
No comments:
Post a Comment