Secara ringkasnya, JPEGmini adalah satu tool atau software yang mampu mengecilkan saiz gambar-gambar yang kita mahu tanpa menjejaskan kualiti gambar. Boleh layari website http://www.jpegmini.com untuk lihat demonstrasi dan info yang lain.
Dalam tutorial ringkas kali ni, akan menunjukkan cara menjimatkan space dalam memory card telefon.
- Download JPEGmini di sini dan install
- Copy gambar dari memory card telefon (kebiasaannya di dalam folder DCIM untuk pengguna Android) ke dalam PC — pastikan internet ditutup supaya gambar-gambar tidak synchronized dengan mana-mana cloud service
- Open JPEGmini dan pilih gambar-gambar yang telah copy ke dalam PC tadi — biarkan proses pengecilan selesai
- Copy semula gambar-gambar yang telah dikecilkan ke dalam memory card telefon
Nota:
- Untuk memastikan memory card atau disk space sentiasa mempunyai ruang ekstra, jadikan proses ini sebagai rutin
- Terdapat banyak compression tool yang lain, antaranya Caesium dan Fileminimizer
- Untuk kecilkan gambar di dalam PC, hanya perlu browse folder gambar
- Sebagai langkah berhati-hati, sila backup gambar-gambar atau buat salinan dahulu
Flickr Album 72157657307420334
No comments:
Post a Comment