Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan ber"outing" bersama kawan-kawan hari ni untuk merakamkan gambar sunset di sekitar KLCC. Ini bermakna dah dua kali shoot scenery hari ni, sunrise di Putrajaya dan sunset di KL hehehe.
Untuk tahun 2015, ni adalah sesi outing yang pertama dan juga port yang belum pernah aku jejak lagi iaitu tempat parking kereta bertingkat di Jalan Stonor / Jalan Binjai. Agak ramai jugak yang joined, termasuk seorang sahabat baru kenal dari Batu Caves. Sempat jugaklah sembang panjang dengan brader tu. Tengok gaya long exposure punya orang, tangan kipas-kipas depan lens hehehe. Tak kisah la apa teknik sekali pon, di dalam photography mesti kena ada sikap hormat menghormati dan hati yang terbuka untuk memberi ilmu dan menerima kritikan.
Anyway, gambar ni adalah antara shot di lewat petang. Masa ni shot guna hand-held je sebab taknak terlepas moment. Masa on the way kat Jalan Tun Razak dah nampak ROL berpalang-palang kat langit. Nasib baik dah dekat ke lokasi. Sampai-sampai je terus shoot, pak guard dengan tripod belakang cerita hahaha. Lepas je dapat shot 2 3 frame, pak guard pon naik sound tak boleh parking motor kat dalam tu. As usual, kena respect management punya rules... so aku mintak maaf dekat dia sebab aku memang betul-betul tak tau dan dia pon terus cool down. So aku parking kat bawah, masa nak naik lift dia pon angkat tangan dan tunjuk mana arah lift. Life is simple... we respect, they respect (mana punya pepatah hentam je).
Gambar ni pulak masa blue hour, itu pon masa dah nak balik hehehe.
Seperti biasa, group photo :-)
No comments:
Post a Comment