Notes:
- Also known as "camera wrist strap", what ever...
- This is not the best, they are a lots much better tutorials out there. But hey! at least we do it our self :-)
Straight to the point, barang-barang yang diperlukan:
- tali leher (neck tie) yang lama (atau apa sahaja material yang seangkatan seperti seluar jeans lama / tali pinggang kulit lama / kain tebal / dsb)
- gunting
- tali (dalam DIY ni aku guna tali yang diambil dari beg sarung baju hujan, tali kasut yang tebal pon boleh, tak pon tali seluar sukan hehehe)
- mesin jahit, untuk pastikan jahitan kemas dan kuat
Langkah-langkah:
Gunting material tadi (neck tie) mengikut citarasa, dalam DIY ni aku ukur ikut pergelangan tangan

Buka jahitan asal, supaya boleh kecilkan sikit untuk muatkan tali ke dalam

Jahitkan hujungnya dari dalam, supaya nampak kemas

Lepas tu jahit sepanjang keratan tadi, dari dalam juga

Hasil dari jahitan setakat ini

Terbalikkan keratan yang dah dijahit tadi, yang ni agak susah kalau ruangnya kecik, so make sure tak terlalu kecik

Hasil selepas diterbalikkan

Ambil tali untuk dimasukkan ke dalam (yang ni ada pengunci sekali, kalau takde pengunci boleh la guna benda lain macam "washer" / gegelung yang kecik dsb)

Masukkan tali ke dalam keratan yang dijahit tadi dan ikat hujungnya (make sure kuat)

Sorokkan ikatan tadi ke dalam

Lastly, pasangkan ke kamera kesayangan hehehe (tetiba bertukar tone warna)

Amacam? Cantik bukan? Tak kira la cantik ke idak di pandangan orang... asalkan lain dari yang lain dan yang penting hasil titik peluh sendiri :-)
Insya Allah ada balance dari keratan tadi, nak buat untuk neck strap pulak... tungguuuu :-)
Ooops, hampir terlupa... SELAMAT MENCUBA! :-)
P/S: Thank you Mama sebab sudi tunjuk ajar guna mesin jahit... SINGER menawan keluarga bahagiaaaa :-P
Update:
Some useful sources
https://www.youtube.com/watch?v=exdEwxnT3Dc
https://www.youtube.com/watch?v=Q20InzT1UaE
https://www.youtube.com/watch?v=bA1TXvcQ3Sk
[…] – baki tali leher (neck tie) dari projek sebelum ni […]
ReplyDelete