To be honest, aku tak berapa pasti apa nak panggil menatang ni. Secara amnya, ianya adalah pemegang atau tapak untuk meletakkan lampu tidur. Di mana aku akan meletakkan lampu diatasnya, di dinding. Arrgghh... pening! :-D
Memandangkan tapak yang lama dah hancur, sebab kualiti material yang sangat tidak kukuh (iaitu kotak) maka tercetus la idea yang ni... berikut adalah barang-barang yang sempat terlintas di fikiran.
1) 2 x Kaki meja / kabinet TV yang tidak guna (cabut sebab bila ada kaki tu, kabinet jadi melengkung)
2) Skru yang asal masa cabut dari kabinet (boleh jugak guna paku atau yang setara dengannya)
3) Pemutar skru (first time taip ni, selalunya screw driver)
4) Dinding (kalau takde camne nak buat ye tak? hehehe)
[caption id="" align="alignnone" width="640"] Kaki kabinet TV yang tak guna[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="480"] Jangan confuse, ni gambar dinding[/caption]
Cara-caranya:
1) Ukur dulu ketinggian, termasuk ketinggian badan
2) Skru atau paku 2 kaki kabinet tadi pada dinding. Yang ni terpulang nak buat camne, yang aku buat ni jarakkan sikit supaya bleh salurkan wayar.
3) Letakkan lampu di atasnya, gam atau salotape kalau perlu.
4) Nyalakan lampu tu, siap! hehehe
Ni hasilnya:
Amacam? Buruk kan? hahaha... lantaklah, janji tak bersepah atas meja. Selamat mencuba dan memerah otak :-)
P/s: Ada kesan salotape tu, DIY yang lama punya. Guna kotak je :-D
No comments:
Post a Comment