Excerpt

Sunday, January 9, 2011

makan tengah hari pukul 5.30PM

tu la penangan tidur di tengah hari hahaha
aku terbabas, wife terbabas, anak2 pon terbabas... nasib baik la sarapan pon nak pukul 11AM, bleh la kenyang tu bawak ke petang kekekeke...

hari ni aku rasa adalah hari malas aku... malas nak pegi jalan jauh2... so macam biasa (mcm hari2 malas je?) lepak makan kat precint 9... menu? nasi goreng paprik, nasi goreng cina, sizzling mee "masin" hahaha...
pencuci mulut pulak... otak2 5 bungkus :-P dah lama tak makan otak2, tetiba je nak merasa... maklumla, mengidam la katakan hehehe

lepas makan beli barang jap, cadangnya nak pegi alamanda... oleh kerana mcm aku cakap tadi "hari malas aku"... beli je barang2 tu kat pasaraya darussalam... precint 9 jugak otway nak balik rumah je ahahaha... bleh la jimat sikit kot, harga bleh kata murah dari alamanda... parking takyah nak berbayar... dekat je so minyak pon bleh jimat hehehe

Saturday, January 8, 2011

the 3rd

mari menaip lagi :-)

syukur Alhamdulillah, pada tahun 2010 yang lepas kami telah dikejutkan dengan beberapa berita gembira. antaranya...

tak lama lagi kami akan menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru :-) Insya Allah...

my wife is now a teacher :-)

nak dijadikan cerita... pada satu malam tu, aku dan famili pegi kuar jalan2 sambil cari klinik yang bleh buat medical check-up sebab wife aku dapat keje jadi cikgu tu... hati mmg dah happy dah... bila jumpa satu klinik ni, kitaorang pon masuk la register. medical check-up tu kena check macam2 termasuklah x-ray. hati aku tiba2 terpikir untuk bertanya, "dik, sebelum x-ray ni bleh tak klu buat pregnant test dulu... saje je la kot2..."

my wife pon takde nak bantah apa2, pegi la buat test kejap...

"hmmm, akak takde apa2, bleh je buat x-ray"... my wife pon, "owh, ok lah klu camtu"

pehtu masukla dalam bilik doktor nk buat check-up yang lain2...

tengah syok mengunggu kat luar, pehtu wife aku pon kuar la... sambil bawak bungkusan tisu... bungkusan tisu?

"pesal bawak tisu tu?"

wife aku pon hulur sambil senyum2... eh pehal lak ni?

aku pon bukak la bungkusan tu, rupa2nya dalam bungkusan tu ada pregnant tester... terus terang aku agak blur masa tu... nampak pulak line kaler2 lagi blur la aku hahaha...

tak lama tu, bibir aku tetiba terukir satu senyuman yang hakiki :-D

"Alhamdulillah... nasib baik aku terdetik nak suruh buat pregnant test tu... klu tak,,,,,, (untuk pengetahuan ramai, x-ray tu bleh memudaratkan kandungan)"

oleh kerana dah kompom wife aku pregnant, doktor pon tak jadi la buat x-ray. so dia tulis kat dalam kad medical check-up tu wife aku pregnant, takleh buat x-ray... selamat RM hehehe

macam ada benda yang lupa nak citer je... takpe lah lain kali aku sambung

owh ya... ni gambar scan kat klinik baru2 ni :-)

[caption id="attachment_1029" align="aligncenter" width="300"] 07.12.2010[/caption]

lelaki atau perempuan? terus terang aku tak kisah, asalkan sihat wal-afiat dan sejahtera... doakanlah semoga anak kami selamat dilahirkan, amin... :-)

lama sangat dah rasanya...

salam tahun baru aku ucapkan kepada semua :-)

mmg dah lama tak update blog ni... dengan alasan yang sama, sebab facebook hehehe

sebagai permulaan untuk tahun 2011 nih, saje la gatal tangan nak menaip. hari ni hidup aku mcm biasa... pegi keje buat keje makan tengahari (lain sikit sebab makan kat kedai baru ngan rakan2 tms) sembahyang jumaat (sebab hari jumaat) balik keje :-)

tapi mlm ni agak spesel sikit sebab dibelanja makan oleh isteri tersayang hehehe... restoran tu pon first time makan kat situ, kitaorang baru je gelarkan restoran tu "tomyam bukit" sebab tempatnya kat atas bukit... bukit apa pon tak tau la tapi somewhere kat bangi... menarik jugak, dan untuk first timenya aku makan bersila di dalam pondok kekeke

harga? hmmmm bleh tahan la. tadi makan lauk tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin, udang tiga rasa (ke masam manis ntah dah lupa) semua untuk 2 orang. pehtu nasi putih 2 ngan nasi goreng cina 1. air pulak, carrot susu laici, belimbing ngan air laici. semuanya dalam RM47. mahal tak? rasanya macam mahal sikit... sebab hari tu aku ada makan ngan member2 kat kelana jaya... set untuk 4 orang (tomyam 1 set, ikan kembong 2 ekor, telur dadar 1 set, ayam masak halia 1 set, kailan ikan masin 1 set, nasi 4, buah tembikan sikit, air satu jug) RM55.50... eh macam mahal jugak je? hahahaha

sambung balik pasal makan kat tomyam bukit tadi...

masa makan2 tu ada la cakap kat Darwisy "abah ada download movie baru tajuknya MegaMind, balik nanti kita tengok ok?"

pergh! lepas je aku cakap tu terus sibuk bertanya itu ini sampai la balik ke rumah... tak sabar nak tengok citer super hero(semua katun la super hero hehe), mmg favorite dia la tu. sampaikan cakap pon dah melalut2 aku sendiri pon tak paham apa yang Darwisy tanya, yang aku boleh jawab "ha ah" je lah

dah la sepanjang jalan sibuk tanya, tengah tengok movie pon asik sibuk bertanya lagi aduiiyaii tak concentrate terus jadinya hahaha... kena pulak si Danish pon tengok sekali, hmmmmpphh "ha ah" kan je la lagi :-D

itu la serba sedikit kot cerita aku hari ni...

di kala aku sedang menaip ni, hero2 aku dan isteri tersayang sedap tengah layan mimpi :-)

aku? hehehe macam biasa la esok sabtu, selagi tak tersengguk selagi tu la mengadap laptop kekeke

ok lah, aku taip panjang2 pon bukan ada orang nak baca sangat hahahaha

adios!!!

Thursday, July 8, 2010

gambar terbaru anak-anak mama

hmm...rindu lak bila tgk blog nih

mama tak sangka lak abah ada update blog nih...untuk pengetahuan kengkawan yang ada bukak blog nih...mama dah selamat abih blaja KPLI...skang nih dah masuk opis lama balik sebelum dapat posting....cantik gak design baru blog ni kan..hehehe