Excerpt

Friday, April 10, 2015

Cara membersihkan getah lensa kamera (lens rubber ring) yang mudah



Bagi photographer, masalah lens rubber ring (focus ring/zoom ring) berdaki memang selalu terjadi walaupon telah dibersihkan sebelum simpan ke dalam dry box. Ini kerana ianya tidak terhasil dengan serta merta, tetapi akan bertambah sedikit demi sedikit setiap kali kita memegang lens kamera (sama ada tangan berpeluh, habuk dari persekitaran dan sebagainya).

Aku tidak terlepas dari masalah ni, jadi sudah masanya untuk membersihkan daki tersebut supaya lens kamera nampak lebih bersih.

Dengan bantuan Google, satu website telah memberi aku ilham dan menggunakan kaedah termudah iaitu dengan membasuhnya.

1) Tanggalkan getah (lens rubber ring) dengan menggunakan sesuatu yang halus seperti pencungkil gigi plastik, atau perlahan-lahan gunakan kuku.





2) Rendamkan ke dalam air yang dicampur sabun mandian lebih kurang selama 10 minit (hanya perlukan sedikit sahaja, sabun basuh pinggan pon boleh)



3) Gunakan berus gigi yang lembut, gosok perlahan-lahan (guna cotton bud pon boleh)



4) Lepas siap basuh dan berus, jemurkan getah tersebut dengan suhu bilik (tak perlu jemur kat terik atau hair dryer)



5) Bila dah kering, masukkan semula getah tersebut ke lens kamera dan pastikan ianya ketat semula.



Amacam? Senang kan? Hehehe... selamat mencuba :-)

Thursday, April 9, 2015

35mm meets the m4/3

Buat pertama kalinya mempertemukan Nikkor 35mm 1.8G dengan Olympus, disamping perantaranya Octopus A1(G) - M4/3...

Agak kekok pada mulanya, sebab dah terbiasa dengan auto focus... tapi dapat rasa kepuasannya...

Monday, April 6, 2015

Family Day Out, Bukit Gasing > Rojak+Cendol SS15

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bersama family sekali lagi. Masih tak hilang penat semalam, hari ni tambah lagi penat dengan family outing ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Dah lama rasanya tak ke sini, last sekali mungkin bulan Mac tahun 2014. Memandangkan dah cliche bawak family ke tempat-tempat riadah sekitar lembah kelang, hari ni bawak ke tempat yang diorang tak pernah jejak lagi.

Another reason kenapa nak ke Bukit Gasing, lately si Danish semakin curious dengan kehidupan alam semula jadi iaitu "serangga" hahaha. Guess what? Bukan Danish je yang excited, Darwisy dan Darwisyah pon turut jakun... oh, Mama pon sama :-P

Anyway, sampai di Bukit Gasing agak lewat dalam pukul 10:30 pagi. Terus attach lens macro ke adapter dan masuk ke kumira Olympus. Oleh kerana dah tak ada custom diffuser, terpaksa la guna semula O-ring flash yang dibeli tahun lepas. All sets up, lighting ok, ada satu masalah yang mungkin akan menjejaskan sesi macro ni iaitu... self-stabilization huhuhu. Tak apa lah, pelan-pelan kayuh asalkan family enjoy the trip :-)


P/S: sorry banyak gambar blur, kena asah balik bakat hehehe

Jalan punya jalan, jam dah pon pukul 12 tengah hari. Secara automatik perut telah menjadi lapar. So, terus keluar hutan cari makanan. Destination? Rojak dan cendol SS15 Subang Jaya :-)

Baru-baru ni ada singgah makan dekat sini, tapi duduk dalam kereta je. Kali ni, Abah ajak semua duduk kat bawah pokok, baru ada feel. Order rojak 2 pinggan, cendol 4 mangkuk. Ingatkan DDD tanak makan rojak sebab dah makan roti dalam kereta on the way tadi, tapi sangkaan silap... diorang plak yang melahap rojak Mama. Tak cukup, melahap pulak rojak Abah hahaha. Takpe, asalkan diorang suka and happy :-)


Masa on the way balik, Abah ada tanya DDD... lain kali nak pergi hutan lagi tak? Diorang jawab "NAAAAAAAKKKK"... Insya Allah :-)

Sunday, April 5, 2015

Plaza Pudu > Kampung Baru > Masjid Negara > Taman Botani KL > PICC >Doraemon

Hari yang meletihkan, tapi puas sebab dapat bawak family jalan-jalan. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12 tengah hari, menuju ke Plaza Pudu nak beli lens adapter. Lepas tu terus ke Kampung Baru nak makan kat kedai minang, tapi tutup... last-last makan kat pintu gerbang. Memori hehehe...

Lepas makan, pergi ke Masjid Negara singgah solat dan jalan-jalan di dalam kawasan masjid. Pergi pulak ke Taman Botani KL (Tasik Perdana) picnic ala kadar sebab tau hujan akan turun. Sempat la DDD main taman berlari dan makan kuih... lepas tu terus menuju ke Putrajaya. Ingatkan nak balik, tapi DDD ajak pulak pergi ke PICC nak main taman lagi... adeh. Bawak je laaa...

Sampai PICC, main lagi taman dan lari-lari. Tak cukup tu main pulak belon buih tu... pukul 6 lebih masing-masing dah tak larat. Balik rumah, mandi, makan, tonton Doraemon Stand By Me pulak :-)

Saturday, April 4, 2015

Di bawah kubah, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Alhamdulillah, berpeluang solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Bukan senang nak solat Jumaat di sini, kena cuti baru boleh sebab tempat kerja jauh hehehe.

Memandangkan hari ni cuti dan tak banyak aktiviti nak buat, maka memetik kamera la aktivitinya :-)

Flickr URL: https://www.flickr.com/photos/darwisy/16833995789/