Excerpt

Thursday, February 20, 2014

Introducing Ciki, Garfield's girlfriend

Kesian tengok Garfield takde kawan kat rumah... so kami buat keputusan untuk adopt / beli seekor kucing betina untuk dijadikan peneman hidup kucing gelandangan kami hehehe. Sebenarnya agak lama juga kami survey, mungkin 2 minggu sebelum kami akhirnya merisik seekor kucing betina kacukan maine coon+persian.

Setelah kami confirm dan dapat segala maklumat yang sepatutnya, pada malam 19/02/2014 kami telah pergi ke Bandar Baru Salak Selatan untuk mengambil kucing tersebut. Seperti biasa, orang yang paling excited adalah anak2 aku. Tak sabar nak dapat kucing baru.

Setibanya kami di sana, tuan kepada kucing tersebut telah membawa 2 ekor kucing untuk kami pilih. Padahal kami dah confirm nak ambil seekor sahaja seperti dalam gambar yang dia iklankan. Tapi takpe lah, dia kata mana tau kot2 berubah fikiran pulak.

Kucing tu amat comel, bulunya medium tidak terlalu kembang. Berwarna kelabu dan berbelang2 di kaki dan ekor. Pada mulanya, kucing tu ketakutan... biasa lah bila jumpa dengan orang yang dia tak kenal. Cerita punya cerita, maka kami pon bayarlah harga kucing tu sebanyak RM300... di mana kami rasa agak murah jika dibandingkan dengan harga pasaran lain. Lepas setel bayar, kami balik ke rumah... nak dijadikan cerita, kucing tu punya la takut sampai tak dapat nak duduk diam... lepas tu lidah terjelir2 sebab kepenatan kot huhuhu... nasib baik ada pakar menjinakkan kucing ada ikut sekali iaitu mama hehehe...

Sampai je di rumah, kami terus letak kucing tu dalam sangkar supaya dia tidak terlalu takut dan dapat membiasakan diri... lebih2 lagi ada sekor kucing jantan dalam rumah tu... si Garfield macam biasa lah, curiosity amat kuat sampai dia pon tak boleh duduk senang. Asik2 pegi kat sangkar terhidu2 kucing baru tu... dalam hati kami "suka la ko ye Garfield!" hehehe

Anyway, ni gambar kucing tu :-) nama Ciki telah diberi oleh Danish (ntah mana dia dapat nama ni... tiba2 je bagitau mama suruh letak nama tu)





p/s: kucing ni manjanya yaaaa amat! geram aku! umur masa adopt ni baru 6 bulan... lahir pada 08/08/2013 :-)

harap2 Garfield bahagia lah dengan pasangan dia ni... moga dikurniakan zuriat yang comel2 hehehehehehe

No comments:

Post a Comment