Dari apa yang aku survey sebelum hari kejadian, night macro agak mencabar juga. Selain dari suasana yang amat gelap di dalam hutan, ianya juga boleh dikatakan merbahaya kerana kita tidak tahu akan berhadapan dengan haiwan atau serangga apa. Disebabkan itu, pergi ke dalam hutan dalam jumlah ahli atau kumpulan yang ramai adalah amat digalakkan.
Seperti selalu orang kata, lagi mencabar lagi menarik lah hasilnya. Menurut kata orang lagi, pada waktu malam lah banyak serangga yang jarang kita lihat akan keluar berjimba2 di dalam hutan hehehe. Well, memang betul kata orang tu (saper ntah aku pon tak kenal hahaha). Mula2 masuk ke kawasan hutan, kami menjumpai katak hutan yang aku sendiri tak penah tengok. Apa lagi, tekan shutter la hehehe.
Berikut adalah tips2 yang boleh diguna pakai untuk sesi outing night macro:
- Kena bawak torch light (bak kata orang dulu2 "suar"). Kalau ada yang LED lebih bagus sebab jimat penggunaan bateri dan cahaya lebih jauh terang. Dengan lampu suluh jugak la kita akan suluh subjek ketika shoot sebab malam memang gelap dan kamera tidak boleh nak fokus (atau sukar untuk fokus manual)
- Bergerak dalam jumlah orang yang ramai, kalau nak berpecah pon pastikan sekurang2nya ada 3 orang dalam satu2 kumpulan.
- Pakai pakaian yang bersesuaian (baju lengan panjang, seluar tebal, kasut, warna terang, topi)
- Berjalan dengan berhati2 dan selalu melihat keadaan sekeliling. Takut2 ada binatang buas atau yang berbisa berada berhampiran. So, kena peka.
- Tips yang ni agak pelik, ada member bagitau. Masa dalam hutan, sembang lah kuat2 sebab ianya boleh menterkejutkan binatang2 buas dan membuatkan mereka lari bertempiaran :-P Setakat mana kebenarannya, Wallahu'alam. Tapi malam tu agak kecoh jugak hehehe.
- Perlu try and error dari segi camera settings (aperture, ISO, speed, lighting) untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Ada pernah terbaca satu artikel mengatakan, hasil night macro jika dibandingkan dengan waktu siang hasilnya adalah lebih kurang sama. Dari segi background yang gelap (melainkan ada letak background atau natural light).
Banyak jugak aku dah taip ni, tanpa membuang masa inilah dia sebahagian dari hasil night macro :-)
No comments:
Post a Comment