Excerpt

Wednesday, March 18, 2015

Kisah Satay dan peristiwa berdarah

Kisah Satay


Sabtu lepas (14/3/2015), pergi ke rumah Abang Ipin (Pak Ngah DDD) untuk menyambut hari makan-makan sedunia yang julung kali diadakan bagi tahun 2015. Dah lama jugak tak buat makan-makan dengan adik beradik ipar biras dan seangkatan dengannya. Kebiasaannya, menu utama adalah sup daging "kaw" masakan dari Mak Ngah DDD. Tapi kali ni agak berbeza, iaitu satay yang ditempah sebanyak 250 cucuk (kalau tak silap kekeke). Tak cukup dengan satay, ada lagi menu tambahan iaitu ayam perap panggang huhuhu. Memang terbaek!

Sampai di Klang agak lewat petang, maklumla sepagian berjalan kat Hot Air Balloon Putrajaya. Balik rumah katanya nak rehat kejap lepas tu bergerak ke Klang... tapi hampeh, terus terlelap hahaha.

Sesampainya di rumah Abang Ipin, maka tugas sebagai tukang kipas satay diambil alih oleh Abah dengan rakusnya. Tak kira lah pandai ke tak pandai mengipas, janji hasilnya sedap hahaha. Anyway, memang sedap pon satay yang ditempah... bukan tukang kipas penyebabnya :-D

Punya la banyak satay, sampai ke malam tak berhenti-henti mengipas. Kenyang makan satay je malam tu... nasi tak pandang dah hehehe.

Terima kasih diucapkan kepada Abang Ewan (Pak Lang DDD) yang sudi men"sponsor" jamuan satay hari tu. Semoga dimurahkan rezeki berpanjangan, amin...

Peristiwa berdarah


Pernah terjadi peristiwa berdarah ke atas Darwisy satu ketika dulu di rumah Abang Ipin, dan telah berulang kembali di rumah yang sama. Bukan dialami oleh Darwisy je, tapi juga sepupu Darwisy iaitu Aina (anak Pak Uda DDD).

Kejadian berlaku di luar rumah, di tempat timbunan barang-barang pembinaan. Masa Darwisy nak memanjat di atas susunan tiang konkrit, dia tergelincir menyebabkan depan betis dia bercalar teruk. Yang paling sedih, kaki sepupu dia Aina telah dihempap tiang konkrit tersebut dan menyebabkan kulit dah daging atas tapak kakinya terkoyak teruk huhuhu.

Masa tu Abah dan yang lain-lain tengah melayan movie dekat ruang tamu. Tiba-tiba terdengar budak-budak kat luar menjerit-jerit... tapi jeritannya agak lain dari yang lain. Seolah-olah macam orang sakit dan takut sangat-sangat. Kebetulan pintu ruang tamu tu terbuka, so Abah pon menjenguk la keluar. Punya la terkejut bila tengok Aina terdingkut berjalan sambil meraung-raung kesakitan... bertambah terkejut Abah bila tengok kakinya penuh berlumuran dengan darah. "Ya ALLAH!! kenapa niiii!!!"... itu yang Abah jeritkan sambil menerjah ke Aina dan terus genggam pergelangan kaki dia dengan harapan semoga darah tak terus mengalir keluar.

Bila yang lain-lain dengar, maka semua pon terkejut dan terkedu tak tau nak buat apa... panik, takut, kesian semua ada. Abah pon cuba bertenang dan menyuruh sesiapa tolong ambilkan kain bersih untuk membalut kaki Aina. Sambil-sambil tu, pujuk dia supaya tahan sakit tu dan jangan menangis kuat-kuat takut nanti bertambah sakit.

Lepas je siap balut kaki dia, terus suruh Pak Uda DDD bawak Aina pergi ke Hospital Klang untuk rawatan.

Kesian Aina, tapi itulah takdir. Kesian jugak dekat Darwisy, tak pasal-pasal kena marah sebab main di tempat bahaya (nyaring betul suara Mama masa tu hehehe). Tapi, takde lah marah sangat... dah tau memang perangai budak-budak memang macam tu. Asyik nak main je, sama la macam kita masa kecik-kecik dulu. Apa yang boleh dibuat, nasihat je yang boleh... lepas ni jangan main lagi kat tempat yang bahaya macam tu. Fikir dulu sebelum buat sesuatu...

Lama jugak Aina di hospital, lebih 2 jam jugak kot (tak ingat sebab letih dan tertidur huhuhu). Bila semua selesai, maka masing-masing la kesian dengan Aina bila tengok kakinya berbalut dengan bandage lepas dijahit. Kebetulan pula minggu ni cuti sekolah seminggu, boleh la dia duduk berehat supaya boleh sembuh dengan cepat.

Moral of stories


1) Hargai masa berharga bersama keluarga

2) Sentiasa awasi anak-anak walau sesibuk mana pon kita

P/S: tak ada gambar dalam post ni, Insya Allah akan upload kemudian :-)

No comments:

Post a Comment