Excerpt

Tuesday, June 14, 2016

Hampir menjadi 9

Pagi tadi, masa nak hantar Darwisyah ke sekolah, terjumpa seekor anak kucing sedang duduk di tepi dinding rumah tingkat bawah apartment.

Kesian pulak tengok dia sekor-sekor kat situ. Dah la kecik lagi, takut pulak dilanggar kereta atau dibuli oleh budak-budak. Oleh kerana tak sampai hati, maka Abah dan Darwisyah bawak dia naik ke rumah. Masukkan dia dalam sangkar dan bagi makan minum sebelum keluar semula.

Bila dah petang, Abah buat iklan dan tampal di papan iklan tingkat bawah. Dengan harapan, adalah orang yang akan call menuntut semula anak kucing tu. Otherwise, Abah cadang nak adopt dia.

Makin lama, makin manja pulak anak kucing ni. Rasa sayang dah mula timbul. Mama, Darwisy, Danish, Darwisyah pon dah rasa sayang dengan kucing tu. Abah masih serba salah...

Jam 10:45 malam, terima satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bila diangkat, terus dia tanya pasal anak kucing dia. Alhamdulillah, dia describe sifat anak kucing tu dengan betul. Maka sah lah dia owner.

Dengan berat hati tapi gembira, Abah bawak Darwisyah turun untuk pulangkan anak kucing tersebut kepada owner. Kalau tak, jadi 9 semuanya :-)

Ni gambar anak kucing tu, comeeellll huhuhu...







p/s: Sedikit tips bagi penggemar kucing.

  1. Kalau jumpa anak kucing, sebolehnya jangan diambil bela terus. Pastikan ada adik beradik atau ibu dia di sekeliling. Kalau ada, biarkan sahaja.

  2. Kalau betul tak ada ibu atau adik beradik yang lain, ambil dia untuk sementara.

  3. Iklankan dan tunggu. Masa iklankan, jangan describe sifat-sifat kucing tersebut. Minta pemanggil untuk describe supaya kita boleh tau dia benar-benar owner.

  4. Sekiranya masih tak ada owner, baru lah boleh diambil untuk bela atau serahkan kepada orang yang layak membelanya.


Abah ada perasan dalam group-group kucing di FB, ramai yang teruja untuk adopt kucing. Lagi-lagi kalau kucing tu nampak comel. Baru jumpa dah assume kucing tu dibuang dan sebagainya. Kalau betul-betul nak membela baguslah. Tapi takut juga kalau ada yang nak ambil kesempatan semata-mata, atau mencari keuntungan dengan menjualnya.

Sebaik-baiknya, lakukan langkah-langkah / tips di atas untuk mengelakkan kucing tersebut rasa kehilangan.

No comments:

Post a Comment