Tak pasti macam mana resepi ni tiba-tiba melintas dalam benak fikiran ni. Nak kata banyak tonton Youtube, tak mungkin. Nak kata asyik main Facebook, dah dekat sebulan tak update status. Mungkin rindu dekat bungkusan Maggi tu kot.
Anyway, resepi ni boleh didapati kat mana-mana laman website resepi dan mudah jugak nak sediakannya. Cuma berbeza sikit dengan resepi Abah ni, iaitu daging kisar Ramly (entah-entah dah Cliché kakaka). Tanpa membuang masa, jom kita mula!
Bahan-bahannya:
- 2 paket Maggi kari.
- Lebih kurang satu inci tebal daging kisar (ayam / daging).
- 2 batang sausage (ayam / daging).
- 1 biji bawang besar.
- 2 ulas bawang putih.
- 2 batang daun parsley yang rimbun (daun sup daaa).
- 5 biji telur.
- Lebih kurang 500ml air.
- Sedikit minyak masak.
Perkakas yang diperlukan:
- Penapis saiz sederhana atau penapis spaghetti.
- Bekas / mangkuk rendaman saiz sederhana.
- Kuali bulat rata (kalau ada non-stick lagi bagus).
Penyediaan:
- Masak air hingga mendidih.
- Asingkan perencah dan mee Maggi.
- Potong bawang besar, bawang putih dan daun sup kecil-kecil.
- Masukkan mee Maggi, sausage dan daging kisar ke dalam bekas rendaman bersama air yang telah mendidih. Buat masa ni supaya mee tak terlalu kembang sementara memotong bawang. Sekaligus menjadikan sausage dan daging kisar masak sedikit.
- Agak-agak dalam 1 minit lebih, tos atau tapis bahan-bahan yang direndam tadi.
- Keluarkan sausage dan potong nipis-nipis.
- Keluarkan daging kisar dan hancurkan.
- Bila dah agak kering mee Maggi tadi, masukkan semula ke dalam bekas.
- Masukkan semua bahan-bahan sebelumnya (bawang besar, bawang putih, daun sup, sausage, daging kisar) bersama 5 biji telur dan 2 paket perencah Maggi.
- Kacau hingga sebati. Kalau nak tambah garam, guna sikit je sebab perencah tu dah masin.
Cara memasak:
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
- Masukkan bahan-bahan yang dah dikacau sebati tadi.
- Pandai-pandailah nak terbalikkan murtabak Maggi yang tengah dimasak tu hahaha!
Nampak panjang berjela, tapi sebenarnya mudah je. Abah je yang tak pandai tulis resepi hahaha! Selamat mencuba :-)
No comments:
Post a Comment