Nenek DDD datang bertandang
Nenek tengok dokumentari makan mentarang
Nenek ajak makan mentarang
Balik kampung singgah warung mentarang
Diorang pon pasang dokumentari mentarang
Kami order mentarang
Lepas makan mentarang
Abah keluarkan wang
RM61** untuk 6 orang
https://www.youtube.com/watch?v=y2K_96d7hVM
**
Mentarang bakar RM18
Mentarang masak lemak RM20
Nasi putih x2 RM3
Nasi goreng mentarang x2 RM11
Teh ais RM1.50
Teh O ais x2 RM2.60
Milo ais RM1.80
Sirap RM1.30
Sirap laici RM1.80
Excerpt
Sunday, March 19, 2017
Monday, March 13, 2017
Belon panas yang tak berapa panas
Seperti tahun-tahun yang lepas, keluar rumah seawal pagi lepas subuh semata-mata nak dapatkan tempat untuk parking kereta. Sesampainya di lokasi, rasa pelik tetiba datang. Eh, kenapa lengang je ni?
Berenti tepi jalan kejap, tanya pakcik Google. Ooo... rupa-rupanya dah pindah lokasi ke KL huhuhu. Takde la rezeki DDD nak tengok belon panas tahun ni... jom lah kita balik (jenuh explain kat DDD).
Tengah drive nak balik, tetiba nampak kereta 4WD perpusu-pusu masuk kawasan lapang. Maka Abah pon jadi bangau panjangkan leher nak tengok ada apa.
Eh? Ada la! Hahaha!
Maka melonjak-lonjaklah DDD keriangan (Abah Mama pon sama dalam hati). Nasib baik la ada, kalau idak sia-sia la keluar rumah lepas subuh... mesti jenuh nak explain kat DDD :-P
Cuma tahun ni memang nampak tak ramai... tengok tempat parking kereta pon boleh tau. Tapi baguslah, takde la crowded (memang Abah tak suka hehehe).
https://www.youtube.com/watch?v=a_3v3TPhuwg

Tuesday, February 14, 2017
Aplikasi Android yang mesti aku install (mungkin anda juga)
Setiap pengguna telefon (Android / IOS) pasti akan install aplikasi yang dirasakan perlu. Samada untuk kerja, sosial, permainan dan lain-lain.
Sebelum kita install sesuatu aplikasi, perlulah kita fikir pro & cons aplikasi tersebut, harga, saiz, permission, penggunaan data dan lain-lain. Dan untuk itu, berikut adalah sedikit perkongsian tentang aplikasi yang mesti ada di setiap telefon aku.
Well, that's about it (ada beberapa lagi, tapi dah letih menaip haha). Apa-apa pon, artikel ni hanya sekadar berkongsi pendapat sendiri dan mungkin bukan yang terbaik.
Last but not least;
Adios!

- Al-Quran (Tafsir & by Word)
- Banyak aplikasi Al-Quran yang pernah aku gunakan sebelum ini, termasuk yang berbayar. Cuma kebelakangan ini, aku lebih kerap gunakan yang ini dan telah pon remove yang lain.
- Percuma, tiada ads, font yang boleh diubah saiz, tajwid berwarna, terjemahan ayat atau perkataan, lebih banyak pilihan audio dan lain-lain.
- Automatic Call Recorder
- Adalah amat penting untuk kita merakamkan segala perbualan sebagai rujukan dan bukti jika diperlukan. Sebagai contoh, kita dapat jadikan rakaman perbualan dalam pembelian jual-beli secara online/telefon sebagai bukti sekiranya terdapat penipuan. Dalam situasi lain, kita boleh mendengar semula rakaman perbualan sekiranya tidak jelas atau lupa apa yang dibualkan.
- Percuma dengan ads (terdapat versi Pro), rakaman yang jelas, cloud backup dan lain-lain.
- Chrome Browser
- Sekiranya kita melayari internet dari banyak device (PC, phone, tablet), pasti lebih mudah sekiranya semua bookmarks/password/history dapat digunakan semula di setiap device. Untuk itu, Chrome mempunya fungsi synchronize yang baik dan selamat.
- Percuma, tiada ads, by Google.
- ColorNote
- Satu aplikasi yang kecil tetapi bagus untuk nota-nota ringkas dan checklist.
- Percuma, tiada ads, internal & cloud backup, sync multiple devices, reminder.
- ES File Explorer Pro
- Setiap telefon pasti ada pre-installed file manager, tetapi fungsinya adalah terhad. Aplikasi ini amat berguna kepada intermediate / advance user.
- Cloud management, network browse, FTP mode, SD card analyst, root explorer dan lain-lain.
- Flickr
- Photo hosting yang menawarkan saiz simpanan yang besar (1TB) dan percuma. Selain itu, aplikasi ini juga mempunya fungsi auto sync/backup setiap gambar yang kita snap.
- Google Drive
- Aplikasi yang membolehkan kita akses fail-fail dan gambar yang disimpan di Google Drive. Contohnya, dokumen (word, excel, PDF, etc) yang diupload dari PC.
- Google Maps
- Sangat berguna bagi orang yang selalu sesat atau tak tahu jalan, seperti aku.
- By Google, data usage friendly, offline maps.
- Nova Launcher Prime
- Bosan dengan interface standard? Aplikasi ini membolehkan kita customize interface di banyak sudut.
- Banyak customization (home, app drawer, folder, icon, etc), ringan dan pantas.
- Quick Profiles
- Mempercepat dan memudahkan pertukaran volume, wifi dan lain-lain mengikut profile yang direka.
- Percuma, tiada ads, mudah digunakan.
- SideSync
- Aplikasi daripada Samsung untuk mengawal (remote) dan akses fail di dalam telefon menggunakan PC.
- Percuma, no ads, wireless and cable remote. Tapi hanya untuk telefon Samsung.
- Snapseed
- The best photo editing app so far (to me).
- Percuma, no ads, by Google, lots of RAW file editing.
- Waktu Solat Malaysia
- Terkenal di Malaysia kerana buatan rakyat Malaysia.
- Percuma, no ads, reminder, kompas, themes, plugins dan lain-lain.
- QRMaster
- Aplikasi yang terpaksa install, sebab kalau tak install tak boleh masuk office :-D
Well, that's about it (ada beberapa lagi, tapi dah letih menaip haha). Apa-apa pon, artikel ni hanya sekadar berkongsi pendapat sendiri dan mungkin bukan yang terbaik.
Last but not least;
- Cuba elakkan install aplikasi yang terdapat ads (iklan) dan cuba beli PRO version jika mampu (banyak yang murah).
- Lihat ranking, rating, baca review.
- Fahamkan permission yang akan digunakan oleh aplikasi tersebut.
- Lihat tahap aktif, bila latest update.
- etc.
Adios!
Monday, January 30, 2017
Flashtool 0.6.9.1 (Windows)
Yep, I know... it's old. But still useful for someone (like me).
Download Flashtool 0.6.9.1 (Windows)
Latest version? Go to http://www.flashtool.net/
What is Flashtool?

FlashTool is one of the most powerful tools for Sony Xperia devices and has been around since the Xperia X10 days. The utility has been updated to version number 0.9.18.1, which brings a very useful new feature – the ability to download the latest firmware files for your Sony Xperia device.
Once you have downloaded the latest version, simply head over to the Update Checker part of the tool to select and download your firmware. In theory, this negates the need to use two tools (XperiFirm and FlashTool) to create a FTF firmware file as detailed in our recent guide. — http://www.xperiablog.net/
Friday, January 13, 2017
Disable or deactivate Device Security (Smart Manager)
Device: S7 Edge (SM-G930FD)
Android version: 6.0.1 Marshmallow
Scenario: Accidentally activated the Device Security and not able to deactivate anywhere in Smart Manager app.
Instructions to deactivate:

- Open the app drawer and select Settings --> Applications --> Application manager
- Click MORE menu on right top --> Show system apps
- Search for "COM.SAMSUNG.ANDROID.SM.DEVICESECURITY" and tap
- Tap the "CLEAR CACHE" following by "CLEAR DATA" (confirm the DELETE if warning prompted)
Monday, December 12, 2016
Wedding of The Year 2016
Alhamdulillah, 4hb Disember 2016 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan Pak Lang DDD. Hari yang telah lama ditunggu-tunggu adik beradik Mama, maka sesuailah Abah nobatkan majlis tu sebagai Wedding of The Year 2016!
Pada pagi Ahad, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Hidayatul Ummah (Kuala Kangsar, Perak). Pada tengahari yang sama, majlis persandingan pula dilangsungkan secara sederhana dengan jayanya.
Memandangkan Abah seorang jurugambar perkahwinan (bekas), maka Abah telah dilantik menjadi jurugambar rasmi pada hari tu. Agak kekok jugak, tapi hentamkan saje hehehe.
Apa-apa pon, selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157673740527324

Thursday, December 1, 2016
Majlis Khatam Al-Quran 2016
25hb Nov 2016 – Syukur Alhamdulillah, tahun 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Sesi persekolahan 2016 Darwisyah sudah selesai dan telah menerima sijil tamat pengajian di Majlis Khatam Al-Quran.
Majlis telah dijalankan secara sederhana di dalam dewan Precint 16, dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran oleh murid-murid 6 tahun. Ini bermakna, tahun 2016 adalah tahun terakhir mereka belajar di Al-Baghdadi Playtime Centre (APC).
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157675744376540
InsyaAllah, Darwisyah akan menyambung pengajian di APC tahun hadapan. Semoga semua yang telah menamatkan pengajian tahun ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, terus menimba ilmu agama dan maju jaya dalam menempuh alam persekolahan yang sebenar.

Thursday, November 10, 2016
Move files into folders, sorted by month and day with PowerShell
Notes:
- Not suitable for folder with sub-folders, such as folder of extracted zip file
- Recommended to execute on a test environment first
Steps:
- Change the $files and $targetPath values accordingly
- Copy the modified script and paste into Windows PowerShell
- Wait
The script:
# Get the files which should be moved, without folders
$files = Get-ChildItem 'CHANGE THIS TO ORIGINAL PATH' -Recurse | where {!$_.PsIsContainer}
# List Files which will be moved
$files
# Target folder where files should be moved to. The script will automatically create a folder for the year and month.
$targetPath = 'CHANGE THIS TO TARGET PATH'
foreach ($file in $files)
{
# Get year and Month of the file
# I used LastWriteTime since this are synced files and the creation day will be the date when it was synced
$year = $file.LastWriteTime.Year.ToString()
$month = $file.LastWriteTime.Month.ToString()
# Out FileName, year and month
$file.Name
$year
$month
# Set Directory Path
$Directory = $targetPath + "\" + $year + "\" + $month
# Create directory if it doesn't exsist
if (!(Test-Path $Directory))
{
New-Item $directory -type directory
}
# Move File to new location
$file | Move-Item -Destination $Directory
}
Screenshots:
[caption id="attachment_5100" align="aligncenter" width="646"]
[caption id="attachment_5104" align="aligncenter" width="702"]
Source:
http://www.thomasmaurer.ch/2015/03/move-files-to-folder-sorted-by-year-and-month-with-powershell/
Tuesday, November 8, 2016
Hide Wordpress header image on specific URL
Objective: Hide Wordpress header image on specific URL
Target URL: All URL except http://hilmanali.com/blog/
Theme: Sorbet (child)
File name: header.php
Original code:
<body <?php body_class(); ?>>
<div id="page" class="hfeed site">
<?php do_action( 'before' ); ?>
<header id="masthead" class="site-header" role="banner">
<?php if ( get_header_image() ) : ?>
<a href="<?php echo esc_url( home_url( '/blog' ) ); ?>" rel="home">
<img src="<?php header_image(); ?>" width="<?php echo get_custom_header()->width; ?>" height="<?php echo get_custom_header()->height; ?>" alt="">
</a>
<?php endif; // End header image check. ?>
<div class="site-header-wrapper">
<div class="site-branding">
<h1 class="site-title"><a href="<?php echo esc_url( home_url( '/blog' ) ); ?>" rel="home"><?php bloginfo( 'name' ); ?></a></h1>
<h2 class="site-description"><?php bloginfo( 'description' ); ?></h2>
</div>
Modified code:
<body <?php body_class(); ?>>
<?php
global $wp;
$current_url = add_query_arg( $wp->query_string, '', home_url( $wp->request ) );
$is_specific_network = stripos( $current_url, 'http://hilmanali.com/blog/page/' );
?>
<div id="page" class="hfeed site">
<?php do_action( 'before' ); ?>
<header id="masthead" class="site-header" role="banner">
<?php if( $is_specific_network !== false ) { ?>
<?php } else { ?>
<a href="<?php echo esc_url( home_url( '/blog' ) ); ?>" rel="home">
<img src="<?php header_image(); ?>" width="<?php echo get_custom_header()->width; ?>" height="<?php echo get_custom_header()->height; ?>" alt="">
</a>
<?php } ?>
<div class="site-header-wrapper">
<div class="site-branding">
<h1 class="site-title"><a href="<?php echo esc_url( home_url( '/blog' ) ); ?>" rel="home"><?php bloginfo( 'name' ); ?></a></h1>
<h2 class="site-description"><?php bloginfo( 'description' ); ?></h2>
</div>
Screenshots:
Sunday, November 6, 2016
Langkawi Lagi!!!
Seperti biasa, setiap satu atau dua tahun, Mama dan Abah akan bawak DDD makan angin. Dan kali ni, destinasi yang telah ditetapkan adalah Langkawi lagi hahaha!
Cuma bezanya, rombongan 3 hari 2 malam kali ni telah disertai oleh semua adik beradik Mama. Bermakna, semua pakcik makcik dan sepupu DDD ada. Kira punya kira, ada la dalam 30 orang! :-D
Memang seronok dan agak havoc, biarlah gambar-gambar ini berbicara :-)
Flickr Album 72157674678579112
https://goo.gl/photos/fYdWAdMwGGHKJ4PK8
https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157674678579112

Monday, October 17, 2016
Fotografi Jalanan, Pasar Karat - Masjid India
Lokasi outing fotografi jalanan kali ini adalah di Pasar Karat dan Masjid India, bersama seorang sahabat. Jujurnya, setelah hampir 20 tahun tinggal di Lembah Kelang, ini adalah kali pertama aku akan menjejakkan kaki di lokasi tersebut.
Sekitar jam 9 pagi, kami tiba di lokasi yang pertama (sekitar Petaling Street). Dalam perjalanan menuju ke lorong masuk Pasar Karat, kelihatan seorang lelaki India yang sedang asyik memintal-mintal misainya sambil ditarik ke atas. Aku menghampiri beliau dan senyum. Sambil menegur dengan sedikit pujian ke atas misainya, aku menunjukkan isyarat dengan kamera (permission), samada boleh mengambil gambar atau tidak. Dan dia tidak ada masalah dengan permintaan itu.
Selesai berborak dengan Mr. Sathiya, kami memulakan langkah memasuki lorong ke Pasar Karat. Beberapa tips dan nasihat yang pernah aku baca dari blogger di internet, tempat yang sebegini haruslah kita berhati-hati. Tidak semua peniaga di sini peramah, begitu juga pengunjungnya. Barang-barang yang berharga perlu disimpan dengan baik, jangan bawa terlalu banyak wang tunai, kena peka penculik saku, jangan keras kepala dan sebagainya.
Terdapat banyak barangan yang dijual di tepi jalanan dan pengunjung yang datang juga sangat ramai. Antara barangan yang dijual adalah barang-barang elektrik, telefon, perhiasan, buku, kamera lama, pakaian dan sebagainya. Dan kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Yang pasti, harganya murah.
Flickr album 72157671794451864
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731621194/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362064975/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731577984/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362072975/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731580794/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30275789551/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30065010320/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362079635/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326804616/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326806396/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362085915/in/datetaken/
Setelah hampir 1 jam di situ, kami melangkah kaki menuju ke Masjid India melalui Petaling Street dan Pasaraya Seni. Agak berpuas hati dengan outing di Pasar Karat tadi, Insya Allah akan berkunjung semula satu hari nanti. Dengan lebih ramai sahabat, mungkin?
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326789186/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326810036/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29730360713/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362092225/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29730364403/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326817436/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30275777551/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30275822631/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326820226/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29730370833/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362069435/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30245497552/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731610564/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30245502372/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731615254/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326837806/in/datetaken/
https://www.flickr.com/photos/darwisy/30245507322/in/datetaken/

Thursday, October 6, 2016
HyppTV Everywhere WebTV Plug-in
Sekiranya anda mengalami masalah untuk download atau install HyppTV Everywhere WebTV Plug-in, boleh cuba langkah-langkah ini.

P/s:
Objektif Utama:
- Untuk menonton rancangan TV di internet browser (Firefox / IE / Chrome) menggunakan khidmat HyppTV Everywhere
Keperluan:
- Pengguna Unifi
- Berdaftar di HyppTV Everywhere
- Menurut penjelasan dari he.help@tm.com.my, plug-in ini tidak boleh digunakan di internet browser Chrome
Masalah:
- Login di http://hypptv.tm.com.my
- Disuruh install HyppTV plug-in dengan klik butang OK
- Tidak boleh download atau install HyppTV plug-in setelah klik butang OK (seperti gambar di bawah)
Solusi:
- Download WebTV Plug-in di sini (URL telah diberi oleh he.help@tm.com.my)
- Install plug-in tadi (boleh ikuti langkah di User Guide ini bermula 4b. iv)
- Setelah selesai, login semula di http://hypptv.tm.com.my
- Berkemungkinan, symptom sama akan berlaku jika klik butang OK. Teruskan dengan klik butang Cancel.
P/s:
- Post ini ditulis setelah kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberi di Twitter TMConnects dan direct message
- Menulis tutorial dalam Bahasa Melayu memang sukar :-D
Labels:
htpptv everywhere,
hypptv,
MISC,
plugin,
tm,
Tutorial,
unifi,
webtv,
webtv plugin
Saturday, September 24, 2016
Street Photography, Pasar Borong Selangor
Untuk kali pertama, aku membawa kamera ke Pasar Borong Selangor, dengan harapan dapat layan street photography. Sudah aku agak akan menjadi janggal bagi aku dan orang di situ. Tapi aku peduli apa? Hehehe...
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Seorang pemuda Cina yang rajin membantu ibunya berniaga. Pemandangan yang jarang dilihat. Menurut ibunya, mereka juga teringin memiliki kamera satu hari nanti.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Pembekal pisang mentah.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Tambah stok.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Baru tahu begitu caranya.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Hal masing-masing.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Punggah.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Bayang si Pengangkut Telur.[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Seorang pemuda Cina yang rajin membantu ibunya berniaga. Pemandangan yang jarang dilihat. Menurut ibunya, mereka juga teringin memiliki kamera satu hari nanti.[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Pembekal pisang mentah.[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Tambah stok.[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Baru tahu begitu caranya.[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Hal masing-masing.[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Punggah.[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Bayang si Pengangkut Telur.[/caption]Monday, August 15, 2016
Jerami Padi, Sungai Besar
Habis shoot budak-budak main Bola Sepak Bendang, aku ke kawasan seberang untuk ambil gambar jerami padi dan sunset.
Al-kisahnya, kelmarin (Jumaat) dah ke sini. Tapi tak ada shoot gambar secara serius sebab banyak urusan dan saja nak jumpa kawan (Fadzly & Syafiq) yang nak shoot di situ. Kebetulan pulak rupanya ada kawan-kawan lain yang datang dari jauh. So, membebel aje lah aku masa tu :-D
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Shoot guna kamera, edit dalam phone guna Snapseed[/caption]
Semalam, rasa sangat nak shoot landscape sebab dah lama pon tak petik shutter kamera. So, aku cuba cari jerami padi di kawasan bendang sekitar jam 5 petang. Pusing punya pusing, tak jumpa lokasi lain yang ada jerami padi. What to do? Singgah la lokasi sama kelmarin. Alhamdulillah, jerami padi tu semua masih ada terlonggok di situ.
Tanpa membuang masa, aku keluarkan kamera dan lekatkan pada tripod cap ayam aku. Agak kekok jugak masa tu, maklumlah dah lama tak menembak. Kejap single exposure, lepas tu tukar bracketing pulak, lepas tu gatal tangan cuba in camera HDR. Semua macam tak menjadi hahaha! Last-last, aku pilih bracketing. Senang nak pilih kemudian dan decide method apa nak process gambar nanti.
As usual, method DRI/digital blending masih mendapat tempat di hati. Nasib baik masih ingat sikit-sikit steps untuk process gambar landscape. Cumanya, composition gambar ni memang ke laut :-D
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Teknik DRI[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Teknik DRI, ditambah editing dalam Flickr. Nampak huduh pulak...[/caption]
Al-kisahnya, kelmarin (Jumaat) dah ke sini. Tapi tak ada shoot gambar secara serius sebab banyak urusan dan saja nak jumpa kawan (Fadzly & Syafiq) yang nak shoot di situ. Kebetulan pulak rupanya ada kawan-kawan lain yang datang dari jauh. So, membebel aje lah aku masa tu :-D
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Shoot guna kamera, edit dalam phone guna Snapseed[/caption]Semalam, rasa sangat nak shoot landscape sebab dah lama pon tak petik shutter kamera. So, aku cuba cari jerami padi di kawasan bendang sekitar jam 5 petang. Pusing punya pusing, tak jumpa lokasi lain yang ada jerami padi. What to do? Singgah la lokasi sama kelmarin. Alhamdulillah, jerami padi tu semua masih ada terlonggok di situ.
Tanpa membuang masa, aku keluarkan kamera dan lekatkan pada tripod cap ayam aku. Agak kekok jugak masa tu, maklumlah dah lama tak menembak. Kejap single exposure, lepas tu tukar bracketing pulak, lepas tu gatal tangan cuba in camera HDR. Semua macam tak menjadi hahaha! Last-last, aku pilih bracketing. Senang nak pilih kemudian dan decide method apa nak process gambar nanti.
As usual, method DRI/digital blending masih mendapat tempat di hati. Nasib baik masih ingat sikit-sikit steps untuk process gambar landscape. Cumanya, composition gambar ni memang ke laut :-D
[caption id="" align="alignnone" width="640"]
Teknik DRI[/caption][caption id="" align="alignnone" width="640"]
Teknik DRI, ditambah editing dalam Flickr. Nampak huduh pulak...[/caption]
Bola Sepak Bendang
Dah lama rasanya tak menembak gambar street. Semalam berkesempatan join budak-budak kampung bermain bola sepak bendang. Bendang??

To be honest, zaman kanak-kanak aku pon tak sehebat diorang ni. Paling kuat pon pergi berkubang, menggagau, panggang ubi, panjat pokok kelapa, memancing dekat bendang. Rasa macam rugi pulak takde pengalaman macam ni :-)
Anyway, apa yang aku nampak dari aktiviti diorang ni... ianya adalah awesome! Lebih bagus dari aktiviti yang kurang berfaedah dan tidak menyihatkan badan, yang kita semua tahu... menghadap telefon bimbit sepanjang masa. Kalau pon diorang ni suka menghadap, at least diorang ada aktiviti lain yang dapat mengeluarkan peluh.
About the game, dari segi rules sama dengan game bola sepak yang kita selalu lihat. Tapi berbeza dari segi tempat, iaitu bendang. Yep, tengah-tengah bendang yang baru lepas potong. Lebih menyeronokkan, bila bendang tu banjir dengan air hujan :-)
Masa aku berjalan datang ke tengah "padang" tu, diorang rasa agak pelik sebab orang tua (dari mereka) datang dengan berpakaian kemas dan bersama kamera di leher. Dari tips yang aku ingat, jangan terus terjah ke arah subjek. Sebaliknya, cuba adapt keadaan sekeliling dan cuba shoot dari jarak yang jauh.
Bila lihat diorang bermain semula, maka aku pon ambil langkah mendekati mereka. "Jom join sekali bang!"... salah sorang dari mereka bersuara. Well, that's a green light for me to start shooting :-) "Dah lama tak main dik, abang tengok jadi la"... aku jawab sambil memetik shutter kamera.
Seronok tengok diorang main. "Penalti! Penalti!"... tapi aku tak nampak pon kotak penalti. "Out! Out!"... mana garisan padang entah?. "Gol! Gol!"... bila bola masuk ke dalam gawang gol yang diperbuat dari dua longgokan jerami padi. Aku hanya mampu tersenyum...

Setelah hampir 45 minit, aku angkat kaki sebab nak mengejar sunset pulak. Sambil-sambil berjalan tu aku tanya, "Dah berapa?"... diorang pon jawab sambil ketawa, "Seri bang!"...
p/s: Tiada pengadil dalam perlawanan ni. Tapi masih boleh bermain secara adil hehehe...

Monday, August 8, 2016
Berhijrah
Lama betul tak update blog. Lepas bulan Syawal habis, baru berkesempatan nak menulis. Post Raya datang lagi pon tak updated huhuhu. Apa2 pon, syukur Alhamdulillah diberi peluang melalui bulan Syawal sekali lagi. Juga syukur tidak terkira kerana dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa untuk berhijrah ke rumah baru (kuaters), setelah hampir 9 tahun tinggal di apartment precint 11.
Terlalu banyak kenangan di rumah lama yang hendak diceritakan. Sudah pasti susah senang di sana tidak dapat dilupakan.
Hampir 6 tahun menunggu giliran, akhirnya Mama ditawarkan untuk menaik taraf rumah kuaters kepada rumah teres. Semenjak tu, Abah dan Mama menjadi super busy sampailah tiba masa berpindah. Tanggal 25hb Julai 2016, maka berpindahlah kami dengan rasminya. Terima kasih thelorry.com di atas servis lori pindah rumah yang efficient dan harga yang berpatutan.
Tiba-tiba busy, sampai sini je lah cerita kali ni huhuhu...

Penghijrahan

Monday, July 18, 2016
Raya datang lagi
Publish gambar dulu, Abah busy tak boleh nak perah idea tulis blog huhuhu...
[embed]https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157670179870352[/embed]

aidilfitri,
Family,
raya
Sunday, June 26, 2016
Murtabak Maggi Insomnia
Asal nama resepi ni Murtabak Maggi je, tapi Mama tambah insomnia sebab Abah dapat resepi ni akibat tak tidur semalaman. Jadi lah Murtabah Maggi Insomnia hehehe...
Tak pasti macam mana resepi ni tiba-tiba melintas dalam benak fikiran ni. Nak kata banyak tonton Youtube, tak mungkin. Nak kata asyik main Facebook, dah dekat sebulan tak update status. Mungkin rindu dekat bungkusan Maggi tu kot.
Anyway, resepi ni boleh didapati kat mana-mana laman website resepi dan mudah jugak nak sediakannya. Cuma berbeza sikit dengan resepi Abah ni, iaitu daging kisar Ramly (entah-entah dah Cliché kakaka). Tanpa membuang masa, jom kita mula!

Nampak panjang berjela, tapi sebenarnya mudah je. Abah je yang tak pandai tulis resepi hahaha! Selamat mencuba :-)

Bahan-bahannya:
- 2 paket Maggi kari.
- Lebih kurang satu inci tebal daging kisar (ayam / daging).
- 2 batang sausage (ayam / daging).
- 1 biji bawang besar.
- 2 ulas bawang putih.
- 2 batang daun parsley yang rimbun (daun sup daaa).
- 5 biji telur.
- Lebih kurang 500ml air.
- Sedikit minyak masak.
Perkakas yang diperlukan:
- Penapis saiz sederhana atau penapis spaghetti.
- Bekas / mangkuk rendaman saiz sederhana.
- Kuali bulat rata (kalau ada non-stick lagi bagus).
Penyediaan:
- Masak air hingga mendidih.
- Asingkan perencah dan mee Maggi.
- Potong bawang besar, bawang putih dan daun sup kecil-kecil.
- Masukkan mee Maggi, sausage dan daging kisar ke dalam bekas rendaman bersama air yang telah mendidih. Buat masa ni supaya mee tak terlalu kembang sementara memotong bawang. Sekaligus menjadikan sausage dan daging kisar masak sedikit.
- Agak-agak dalam 1 minit lebih, tos atau tapis bahan-bahan yang direndam tadi.
- Keluarkan sausage dan potong nipis-nipis.
- Keluarkan daging kisar dan hancurkan.
- Bila dah agak kering mee Maggi tadi, masukkan semula ke dalam bekas.
- Masukkan semua bahan-bahan sebelumnya (bawang besar, bawang putih, daun sup, sausage, daging kisar) bersama 5 biji telur dan 2 paket perencah Maggi.
- Kacau hingga sebati. Kalau nak tambah garam, guna sikit je sebab perencah tu dah masin.
Cara memasak:
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
- Masukkan bahan-bahan yang dah dikacau sebati tadi.
- Pandai-pandailah nak terbalikkan murtabak Maggi yang tengah dimasak tu hahaha!
Nampak panjang berjela, tapi sebenarnya mudah je. Abah je yang tak pandai tulis resepi hahaha! Selamat mencuba :-)
Tuesday, June 14, 2016
Hampir menjadi 9
Pagi tadi, masa nak hantar Darwisyah ke sekolah, terjumpa seekor anak kucing sedang duduk di tepi dinding rumah tingkat bawah apartment.
Kesian pulak tengok dia sekor-sekor kat situ. Dah la kecik lagi, takut pulak dilanggar kereta atau dibuli oleh budak-budak. Oleh kerana tak sampai hati, maka Abah dan Darwisyah bawak dia naik ke rumah. Masukkan dia dalam sangkar dan bagi makan minum sebelum keluar semula.
Bila dah petang, Abah buat iklan dan tampal di papan iklan tingkat bawah. Dengan harapan, adalah orang yang akan call menuntut semula anak kucing tu. Otherwise, Abah cadang nak adopt dia.
Makin lama, makin manja pulak anak kucing ni. Rasa sayang dah mula timbul. Mama, Darwisy, Danish, Darwisyah pon dah rasa sayang dengan kucing tu. Abah masih serba salah...
Jam 10:45 malam, terima satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bila diangkat, terus dia tanya pasal anak kucing dia. Alhamdulillah, dia describe sifat anak kucing tu dengan betul. Maka sah lah dia owner.
Dengan berat hati tapi gembira, Abah bawak Darwisyah turun untuk pulangkan anak kucing tersebut kepada owner. Kalau tak, jadi 9 semuanya :-)
Ni gambar anak kucing tu, comeeellll huhuhu...

p/s: Sedikit tips bagi penggemar kucing.
Abah ada perasan dalam group-group kucing di FB, ramai yang teruja untuk adopt kucing. Lagi-lagi kalau kucing tu nampak comel. Baru jumpa dah assume kucing tu dibuang dan sebagainya. Kalau betul-betul nak membela baguslah. Tapi takut juga kalau ada yang nak ambil kesempatan semata-mata, atau mencari keuntungan dengan menjualnya.
Sebaik-baiknya, lakukan langkah-langkah / tips di atas untuk mengelakkan kucing tersebut rasa kehilangan.

- Kalau jumpa anak kucing, sebolehnya jangan diambil bela terus. Pastikan ada adik beradik atau ibu dia di sekeliling. Kalau ada, biarkan sahaja.
- Kalau betul tak ada ibu atau adik beradik yang lain, ambil dia untuk sementara.
- Iklankan dan tunggu. Masa iklankan, jangan describe sifat-sifat kucing tersebut. Minta pemanggil untuk describe supaya kita boleh tau dia benar-benar owner.
- Sekiranya masih tak ada owner, baru lah boleh diambil untuk bela atau serahkan kepada orang yang layak membelanya.
Abah ada perasan dalam group-group kucing di FB, ramai yang teruja untuk adopt kucing. Lagi-lagi kalau kucing tu nampak comel. Baru jumpa dah assume kucing tu dibuang dan sebagainya. Kalau betul-betul nak membela baguslah. Tapi takut juga kalau ada yang nak ambil kesempatan semata-mata, atau mencari keuntungan dengan menjualnya.
Sebaik-baiknya, lakukan langkah-langkah / tips di atas untuk mengelakkan kucing tersebut rasa kehilangan.
Sunday, June 12, 2016
Tarawih di meja moreh
Hai lah Darwisy, aduiyai Danish, ingatkan solat tarawih... rupa-rupanya lepak di meja moreh hahaha!
Kejadian berlaku pada malam Ramadhan yang ke-6 di surau blok A. Dalam perjalan ke surau tu ada la sembang-sembang sikit. Sampai surau terus masuk ke dalam tunggu azan. Lepas je azan, Abah suruh la Darwisy Danish ke saf yang belakang sikit sebab akan ramai orang dewasa nanti. Lagipon, ada satu tempat yang agak sempit untuk orang dewasa sembahyang, Abah suruh pegi situ.
Dah cakap dengan Darwisy Danish, lepas solat Isya nanti kita solat Tarawih pulak... 8 rakaat nanti kita balik lah. Solat Isya macam biasa... usai je solat Isya, Abah toleh ke belakang nampak diorang dah dekat pintu sambil tanya-tanya dengan isyarat tangan. Eh, bila masa diorang solat dekat tepi pintu?
"Solat dekat luar ke?"... itu lah yang Abah faham dari gerak geri tangan Darwisy. Memang kebiasaannya ramai yang solat dekat luar, ada sejadah dibentang dan senang budak-budak nak main-main hehehe. Abah pon bagi la jugak isyarat... "Ha ah" sambil tunjuk-tunjuk jari kat luar.
Bila dah nampak diorang keluar, maka bermula lah solat Tarawih macam biasa. Dalam hati ada jugak terdetik macam-macam. Lupa pulak nak bagitau kalau-kalau ada rasa nak buang air ke apa, balik je lah dulu. Tapi yakin je la diorang akan ok.
Dipendekkan cerita, usai je solat Tarawih 8 rakaat, Abah pon keluar lah nak ajak Darwisy Danish balik rumah. Tengah Abah pakai selipar sambil mata melilau, tiba-tiba ternampak Darwisy Danish dah duduk elok dekat meja orang moreh sambil gelak-gelak macam baru lepas bercerita. Eh, cepat budak-budak ni siap, tau pulak tu dah habis 8 rakaat?
Abah pon tanya la, "solat Tarawih tak tadi?"
Diorang pon jawab, "dah la tadi, dengan Abah kat dalam surau"
Adoi, itu solat Isya bukan Tarawih! Hahaha... penat Abah bawak korang ke surau nak solat Tarawih tapi korang duk sembang kat meja moreh :-D
Sambil nak balik rumah, sempat lagi diorang sebat kuih samosa, lepas tu sambung gelak :-D
Sampai rumah, Abah pon cerita kat Mama, semua orang bantai gelak :-D
Al-kisah

Subscribe to:
Posts (Atom)