Excerpt

Monday, January 26, 2015

Street photography at night, Kuala Lumpur

Kali keduanya aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk tujuan street photography di waktu malam. Kali ni bersama dengan 2 orang kawan iaitu abang Ezry dan Shin Mutalib. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Pavilion Kuala Lumpur kerana mudah untuk diakses dan tumpuan utama pelancong. Cuma sedikit kesilapan yang dilakukan ialah aku telah memandu kereta untuk ke lokasi, sesak gila huhuhu.

Anyway, perjalanan bersama kamera dimulakan selepas solat Maghrib dari Plaza Sungei Wang menghala ke Pavilion. Oleh kerana perut agak kenyang, maka perjalanan pada ketika itu agak perlahan supaya penghadaman dapat dilakukan dengan lancar hehehe. Oh ye, tq abang Ezry belanja minum di Sushi King :-D

As expected, malam tu memang akan sesak dengan orang dan kenderaan lebih-lebih lagi simpang di Bukit Bintang terdapat pembinaan MRRT yang masih belum siap. Ditambah pula dengan sambutan untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Antara teknik yang digunakan pada malam tu adalah slow shutter supaya mendapat motion dari subjek-subjek yang bergerak. Agak kekok jugak sebab tak menggunakan tripod, kena tahan nafas atau bersandar di mana-mana objek keras di keliling. But overall, agak memuaskan dengan hasil yang dapat ditangkap. Of course lah kena berlatih banyak lagi selepas ni.

Here are some of the photos:









Wednesday, January 21, 2015

Android WIFI Prioritizer

Situasi:

Di office, aku sering ke hulu ke hilir atas sebab kerja atau keluar pintu untuk menyedut udara segar. Setiap kali bergerak ke tempat lain, signal wifi yang connected akan berkurang. Memandangkan aku ada 2 AP yang utama di office (satu di area depan office dan satu lagi di area belakang), agak leceh kalau nak tukar dari satu AP ke AP lagi satu secara manual.

Persoalan:

Boleh tak kalau phone Android aku tukar AP yang lebih kuat secara automatik setiap kali aku ke area depan atau area belakang office?

Solution:

Boleh! Caranya, install apps WIFI Prioritizer (atau yang seangkatan denganya) dari Google Play dan lengkapkan settings apps tersebut. Settings bergantung kepada apps yang digunakan dan kebanyakannya amat mudah.

Berikut adalah beberapa screenshot dari apps WIFI Prioritizer di dalam phone aku dan bagaimana ia berfungsi:

Signal Wifi 1 rendah dan Wifi 2 yang tinggi



Apps akan connect ke Wifi 2 walaupon Wifi 1 masih ada signal (rendah) dan masih connected



Signal Wifi 1 tinggi dan Wifi 2 rendah



Kali ini, apps akan tukar kepada Wifi 1 walaupon Wifi 2 masih ada signal (rendah) dan connected



Conclusion:

Apps ni amat berguna bagi orang yang sibuk ke hulu ke hilir dalam pejabat (atau rumah) dan sentiasa mahukan signal WIFI yang tertinggi atau stable. Selain dari tu, apps ni juga tidak memerlukan phone Android yang rooted, bermakna boleh install di dalam phone Android yang standard.

Sunday, January 18, 2015

DIY Cat playground that 7 year old kid can do

2 reason kenapa aku tulis artikel ni...

1) Buntu sebab takde artikel nak tulis
2) Idea yang agak bernas dan boleh dikongsi kepada pembela kucing

AMARAN: DIY cat playground ini akan menjadikan ruang tamu anda bersepah HAHAHAHA!

Anyway, idea DIY cat playground ni telah terlintas difikiran anak aku (Danish) dan dibina oleh dia sambil dibantu oleh abangnya (Darwisy) dan adik (Darwisyah). Caranya mudah, hanya perlu susun kerusi-kerusi (kerusi meja makan/kerusi plastik/kerusi study/ atau seangkatan denganya) dan dihiasi dengan barangan lain seperti penyangkut baju, bantal, kusyen sofa, mainan baby, atau apa sahaja yang boleh merangsang minda kucing.

So, inilah hasil binaan Danish, memang kucing-kucing pon suka. Cantik bukan? :-D

Friday, January 16, 2015

Virtual Router Manager - State error

An error appears while starting the virtual router manager
The group or resource is not in the correct state to perform the requested operation



Solution:

1) Open Command Prompt window (as Administrator if possible)
2) Type: netsh wlan set hostednetwork mode=allow
3) Enter



Virtual Router Manager should work now! :-)

Sunday, January 11, 2015

Outing pertama tahun 2015

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan ber"outing" bersama kawan-kawan hari ni untuk merakamkan gambar sunset di sekitar KLCC. Ini bermakna dah dua kali shoot scenery hari ni, sunrise di Putrajaya dan sunset di KL hehehe.

Untuk tahun 2015, ni adalah sesi outing yang pertama dan juga port yang belum pernah aku jejak lagi iaitu tempat parking kereta bertingkat di Jalan Stonor / Jalan Binjai. Agak ramai jugak yang joined, termasuk seorang sahabat baru kenal dari Batu Caves. Sempat jugaklah sembang panjang dengan brader tu. Tengok gaya long exposure punya orang, tangan kipas-kipas depan lens hehehe. Tak kisah la apa teknik sekali pon, di dalam photography mesti kena ada sikap hormat menghormati dan hati yang terbuka untuk memberi ilmu dan menerima kritikan.

Anyway, gambar ni adalah antara shot di lewat petang. Masa ni shot guna hand-held je sebab taknak terlepas moment. Masa on the way kat Jalan Tun Razak dah nampak ROL berpalang-palang kat langit. Nasib baik dah dekat ke lokasi. Sampai-sampai je terus shoot, pak guard dengan tripod belakang cerita hahaha. Lepas je dapat shot 2 3 frame, pak guard pon naik sound tak boleh parking motor kat dalam tu. As usual, kena respect management punya rules... so aku mintak maaf dekat dia sebab aku memang betul-betul tak tau dan dia pon terus cool down. So aku parking kat bawah, masa nak naik lift dia pon angkat tangan dan tunjuk mana arah lift. Life is simple... we respect, they respect (mana punya pepatah hentam je).



Gambar ni pulak masa blue hour, itu pon masa dah nak balik hehehe.



Seperti biasa, group photo :-)