Syukur Alhamdulillah, umur aku masih dilanjutkan untuk menikmati keindahan alam, merasai pahit manis kehidupan, menyaksikan anak2 membesar, merasa kesakitan sebagai ubat rohani, merempuh kehidupan dan dugaan, segala yang bakal dikurniakan oleh-Nya Insya Allah...
Dalam tidak sedar, sudah 35 tahun (sebenarnya lebih kalau ikut kalendar Islam) aku sudah bernafaskan udara yang dikurniakan oleh-Nya... dalam tidak sedar aku sudah berumah tangga dan memiliki zuriat... dalam tidak sedar aku telah berjaya mengharungi 35 tahun itu dengan berjaya setakat ini...
Terima kasih kepada mak dan ayah aku yang telah berjaya membesarkan dan mendidik aku, terima kasih kepada isteri yang tercinta yang sudi menjadi teman dan merempuh sisa2 kehidupan bersama2, terima kasih kepada anak2 yang telah menjadi pengubat diri dan pembakar semangat, terima kasih kepada sahabat2 lama yang aku kenal dari dulu mahupon sahabat2 baru dari alam cyber dan sahabat2 photographer yang sudi mendoakan perkara2 baik untuk aku... hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan bakti semuanya...
Insya Allah aku akan buat yang terbaek untuk mendekatkan lagi diri ni kepada-Nya, berusaha untuk tidak mengecewakan keluarga dan kenalan2...
Fuhh... agak terskema sekejap hehehe... tq all and PEACE!
No comments:
Post a Comment