Excerpt

Monday, April 7, 2014

Hari Sup Tulang

Hari Ahad... hari yang sesuai untuk keluarga berkumpul dan makan bersama. Sempena nak menyambut hari kelahiran aku (konon...)  dan kakak ipar aku (Kak Jue), maka kami bercadang nak buat makan2 di rumah biras aku (Abg Ipin) di Klang. Perancangan awal telah berjaya mengumpulkan hampir semua adik beradik wife aku. Termasuk juga tempahan sup tulang, pulut kuning dan nasi impit yang akan dimasak oleh mereka hehehe.
Jam 9 15min pagi bergerak ke Puchong untuk ambik adik ipar sebab biras ada kerja. Pung pang pung pang singgah Shah Alam kejap beli kek Secret Recipe (orang belanja bedal je). Sampai ke Klang lebih kurang pukul 11 kot. Sampai2 je terus pekena nasi impit hehehe. Memang sedap kuah kacangnya. Tak lama lepas tu, sampai pulak Along dengan Kak Zie bawak pulut kuning... melantak lagi hehehe. Sembang punya sembang, Abg Mie pulak sampai dengan Kak As... baru la boleh pekena menu utama iaitu sup tulang hehehe.
Lastly baru la potong kek... 1 kek chocolate indulgence 1 kek orio cheese. Fuhhh... makan saja hari ni. Tak jumpa sayur langsung huhuhu.
Anyway, terima kasih banyak2 kat mama sudi beli kek untuk abah dan sponsor bahan2 buat makan2 :-)

Tak lupa juga terima kasih kepada semua yang telah menjayakan hari tersebut :-)





No comments:

Post a Comment