Pada 12 April 2014, kami sekeluarga telah sekali lagi melawat negeri bersejarah Melaka. Bukan trip keluarga secara rasmi, tetapi kerana mengikut rombongan mama yang terpaksa menjalankan tugasan sekolah huhuhu... kira ok lah tu janji ada jalan-jalan :-)
Trip kali ni dirancang hanya untuk satu hari sahaja, dari pagi sampai ke malam. As usual kami akan berkumpul awal pagi di sekolah mama untuk menunggu bas rombongan yang disewa khas oleh pihak PIBG. Lebih kurang pukul 7:30 pagi bas pon bertolak dan seperti biasa ianya adalah waktu yang amat sesuai untuk menidurkan diri hehehe...
Lebih kurang jam 10:20 pagi, kami telah selamat tiba di Sek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya Al-Karim, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Setibanya kami di sini, kami telah disambut oleh guru2 dan murid2 sekolah diiringi taluan kompang... macam VIP pulak cewahh...
Ketika majlis ucapan dan pengenalan sedang berjalan, aku as baby sitter telah bersiar2 di dalam kawasan sekolah tersebut bersama anak2... macam biasa lah memang sukar sikit nak kawal hero2 tu, nasib baik la dalam kawasan sekolah berpagar... kalau takde pagar memang aku gari diorang semua hahaha... dalam sekolah tu ada macam2... ada kedai, ada kolam ikan, ada tapak pertanian dsb... yang paling seronok Darwisyah lawati adalah kolam ikan keli yang besar2 bagak huhuhu... risau je kalau ikan2 tu melompat keluar...
Setelah majlis ucapan selesai, maka bermulalah satu sesi perlawanan persahabatan bola jaring antara 2 sekolah iaitu SKPP9(2) dan sekolah tersebut. Masa tu jam lebih kurang 11:40 pagi menghampiri tengah hari... memang panas terik la... tapi dah nama pon sukan, memang tak kira masa panas ke sejuk...
Agak pelik masa perlawanan berlangsung, aku seolah2 macam tertarik pulak dengan bola jaring ni... baru la tau serba sedikit tentang bola jaring antaranya, separuh masa pertama hanya akan berjalan selama 5 minit sahaja... kemudian rehat 1 minit dan masa kedua juga akan berjalan selama 5 minit... 5 minit pon, kalau aku terloncat2 tengah court panas2 camtu mau pitam dibuatnya hahaha. Aku bernasib baik jugak masa tu ada ramai murid2 sana yang sudi menjaga anak2 aku... maklumlah anak2 kecik kan comel, semua suka layan hahaha...
Okeh, panas... tak tahan... aku ambik keputusan untuk pergi ke tempat lain bersama2 anak, tengok ikan keli lagi hahaha... sedar tak sedar, dah pukul 12 lebih so perlawanan pon berakhir dan kami pon dihidangkan dengan makanan ringan iaitu nasi himpit yang sangat sedap rendang dagingnya huhuhu...
Dipendekkan cerita, selepas melawat sekolah tersebut, kami bertolak pula ke satu lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka. Kami tiba di lokasi ni agak lewat sebab jalan kampung kecik dan kebetulan ada banyak jalan tutup kerana ada kenduri. Tiba je di sekolah tu, sekali lagi kami diberi ucapan sambutan dan pengenalan sambil diiringi dengan persembahan tarian dan silat... lagi dasyat hehehe...
Bla bla bla, masa makan pon telah tiba... guess what? IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS perghhh!!! penuh pinggan aku hahaha...
Ok, pendekkan lagi cerita ni, penat dah menaip kekeke... lepas melawat sekolah tu sepatutnya kami singgah ke Masjid Selat untuk solat Zuhur... tapi memandangkan sudah lari timing, kami terus ke Hotel Orkid untuk high tea dan Zuhur di sana saja... makan lagi adeh... tapi aku tak tolak sebab semua tu rezeki :-)
Lebih kurang jam 5 petang, kami bergerak ke Bandar Melaka untuk berjalan2... tapi aku tak pegi jalan2 pon, mama je yang pegi sebab nak beli topi katanya... duduk dalam bas lagi best, ada air cond :-P ... so, mana yang nak turun berjalan, diorang turun kat situ dan bas pon bertolak ke satu lokasi tidak dirancang iaitu Perigi Hang Tuah :-) dapat jugak tengok macam mana rupa bentuk perigi tu dengan anak2...
Lebih kurang jam 6:30 petang, bas pergi semula ke Bandar Melaka untuk mengambil mereka yang turun nak shopping tadi dan terus ke Masjid Melaka untuk Maghrib di sana...
Adeh panjang la pulak...
So lepas Maghrib di sana, lebih kurang jam 8:45 malam kami sampai ke River Cruise pulak... sebelum ni dah pernah naik tapi waktu siang... kali nak tengok macam mana rupanya kalau malam, orang kata best sebab ada lampu2 hehehe...
Penat! Penat! ok lepas je River Cruise, aku sempat makan laksa kerang di sana walau pon pada ketika itu perut dah sememangnya penuh hahaha... bila perut dah kenyang, hati dah senang, kami pon bertolak lah balik ke Putrajaya dan tiba dengan selamat lebih kurang pada jam 12:30 awal pagi Ahad... Alhamdulillah...
Saksikan je la gambar2 dan video ni ye, biar mereka berbicara hehehe... Assalamualaikum...
http://www.youtube.com/watch?v=3Hq91dc_NX8
Flickr Album 72157659222478360
p/s: masa on the way melawat sekolah ke dua tu, ada la tanya mama result friendly netball tu... kalah :-D
No comments:
Post a Comment