Excerpt

Tuesday, October 31, 2006

Darwisy di Hari Raya

seperti yang dijanjikan, kami dah upload sedikit gambar Darwisy semasa hari raya aidilfitri di kampung. sebenarnya ada banyak lagi gambar kat dalam camera tu kami tak upload sebab takut tak cukup space. kalau nak tengok semua, datanglah ke rumah nanti kami bagi tengok album hehehe :-)

[mygal=raya]

Monday, October 30, 2006

Selamat Kembali ke KL

a'kum dan salam sejahtera semua. setelah seminggu bercuti raya di kampung, kini kami dah selamat pulang ke KL semula pada hari sabtu 28/10/2006.

dan selama seminggu itu juga kami telah melalui banyak kenangan di hari raya bersama darwisy. kalau nak dicerita kat sini memang panjang, dan sebenarnya kami pon tak tau nak "start" macam mana hihi :-D

cuma kami ada ambil banyak foto darwisy di hari raya. InsyaAllah kami akan upload nanti. tungguuuuu!

Friday, October 20, 2006

Darwisy nak balik kampung

yea yea hari ni darwisy nak balik kampung. first time darwisy nak sambut raya aidilfitri. mesti nenek kat kampung tak sabar nak jumpa darwisy :-)

"berkemungkinan" dalam masa cuti seminggu ni kami tak dapat update website sebab bercuti kat kampung. InsyaAllah nanti kami buat gallery raya pulak hehehe.

selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir dan batin...

jangan lupa call dulu kalau nak datang beraya ye!

Thursday, October 19, 2006

Dah pandai nak pegang botol susu

minumsusu

tengok la tangan dia yang tembam tu! geram aje bila tengok dia dah pandai nak pegang botol susu sendiri. lepas tu sibuk la nak main cabut2 pulak. bila nak masukkan balik dalam mulut mesti tak boleh. kejap ke pipi lah, ke dahi lah :-P iyelah belum pass lagi hihihi

Sunday, October 8, 2006

Darwisy shopping sakan

hari ni adalah hari pertama darwisy menjejakkan roda stroller ke KL. dan hari tu juga adalah hari pertama darwisy naik train Putra. sedangkan abah dah 27 tahun, itulah kali ke-2 naik train :-D

hari ni still bulan puasa lagi, so kenalah shopping sikit2. kuar rumah dalam pukul 3 ptg, balik rumah dalam pukul 11 mlm heheh. lama tak? actually kami pegi ke sana pon dah makan masa dekat 2 jam sebab jalan sesak betul. sampai nak carik parking pon tak ada tempat dah. so kami pegi kampung baru, parking kereta kat sana lepas tu amik train Putra pegi Masjid India. sekali sampai sana punyalah kami terkejut ramainya umat. sampaikan susah kami nak bawa stroller darwisy. kejap dukung, kejap letak dalam stroller. nasib baik bergilir2 ngan mama.

raya tahun ni adalah kali pertama sambut ngan anak. sebelum ni kami berdua je :-) tahun lepas darwisy dalam perut lagi. so kami beli baju raya sama warna. warna apa? syyyy rahsia

Saturday, October 7, 2006

kuliah subuh bersama darwisy

tajuk kuliah subuh kita pada pagi ini ialah "ndeh ndeh" (hanya darwisy sahaja yang paham)

hehe... hari ni subuh lagi dah bangun bagi kuliah. bercakap sorang - sorang, mama ngan abah langsung tak paham. skang ni tidur pon dah lasak. kalau malam lurus, pagi dah melintang. pernah sekali tu dah sampai terkeluar dari kelambu baby :-)

Monday, October 2, 2006

darwisy tengah berusaha

hehehe :-D (belum apa2 dah gelak)

bukan apa, skang ni darwisy tengah belajar nak baring balik lepas meniarap. kelakar je tengok muka dia yang tembam tu. bila dah meniarap mesti susah nak baring balik. itula yang dia tengah berusaha skang ni.

kadang2 tu sampai merah2 mukanya. pehtu bila susah sangat mesti nak marah2. memula tu kami tolong2 jugak, supaya dia biasa. bila dah lama2 tu, akhirnya berjaya jugak dia baring balik. tapi masih berusaha untuk cara yang lebih senang dan tanpa sebarang bantuan :-)

darwisy bebuka puasa di kampung

eceh macam puasa aje :-) hari sabtu lepas kami balik kampung berbuka ngan atuk & nenek darwisy. memula pegi umah kampung mama, ahad pulak pegi umah kampung abah. darwisy seronok sangat sebab dah lama tak jalan jauh.

masa sampai kampung tu, singgah umah kampung abah dulu sebab nenek dah tak sabar sangat nak jumpa darwisy. rindu betul nenek kat darwisy sampai menangis nangis. tapi kesian nenek sebab darwisy dah pandai kenal orang, apa lagi meraung la dia hehe. darwisy pon dah lama tak balik kampung sebab tu la dia tak kenal. bila dah petang sikit tu, kami balik umah kampung mama berbuka kat sana. owh lupa nak cerita. sebelum balik tu, kami singgah kat bazar ramadhan sungai besar beli lauk pauk untuk juadah berbuka. darwisy bukan main lagi suka, iyelah kena dukung sepanjang bazar tu. sampai lenguh la tangan abah dibuatnya (dah berat hihi).

hari ahad tu kami berbuka kat umah kampung abah pulak. nenek macam biasa la, sehari pon dah rindu sesangat kat darwisy. alhamdulillah darwisy dah ok, dah mula kenal nenek yang sayang kat darwisy tu. tapi tak boleh lama lama sangat sebab kekadang darwisy ni cepat boring. dahtu asik nak berdiri je sekarang ni. letih tangan nenek dibuatnya. bila dah berdiri tu mula la gelak gelak macam la dia berdiri sendiri. eksen :-D

petang ahad tu sekali lagi kami pegi pusing bazar ramadhan cari juadah berbuka. dan hari tu jugaklah kali pertama darwisy tertidur kat bahu abah :-)