Excerpt

Monday, October 8, 2007

lagi 2 hari...

bukan lagi 2 hari nak raya... tapi 2 hari lagi aku akan melangkah kakiku buat selamanya dari tempat kerja aku sekarang... AAM

ke mana arah tujuanku selepas ini usahlah ditanya CEWAH!!! :-D

actually aku akan mula kerja di tempat baru kat PJ lepas raya nanti...

agaknya memang rezeki aku bulan puasa ni... dapat lah duit raya sikit dari AAM... duit raya terakhir hehehe

rasa macam tak sabar je... sedih pon ada... yelah keje sini dah lama... dah macam satu family... susah senang bersama... tapi rezeki Allah yang tentukan... aku kena redha...

tahun ni baju raya warna hijau :)

macam biasa la bab-bab pakaian / fesyen ni kena serahkan pada mama Darwisy :-) abah ngan Darwisy follow aje. so tahun ni mama decide nak kaler hijau. katanya dah alang-alang ada baju baru warna hijau, teruslah buat baju raya. dan macam biasa kami mulakan misi mencari baju abah dan Darwisy pulak :-D

hampir sehari jugak cari baju Darwisy ngan abah. sampai pegi ke Masjid India takde parking, pegi Kg Baru KL parking keta kat sana pehtu naik LRT pegi patah balik Masjid India. pergh!! dah la bulan puasa... mama pulak loya-loya tekak lah... pening-pening lah... maklumlah berbadan dua :-) eh aku tak bagitau lagi ke? hihihi

sampai Darwisy tertidur kat bahu abah (lupa bawak stroller) baru jumpa baju Darwisy... comel aje bila tengok... siap songkok lagi hehehe

lepas dapat baju Darwisy, cari baju abah pulak... mak aih bukan main mahal semuanya!!! cekik darah betul!!! gaji dah la tak naik ni... hmmmm... last-last dapat jugak baju yang lebih kurang sama warnanya ngan baju mama... RM90/= phewww!!!!!

lepas shopping tu patah balik ke Kg Baru nak amik keta kat LRT... lantas terus merehatkan diri di dalam kereta :-D tepat pukul 7pm pegi cari port plak nak berbuka. macam biasa la pegi tempat biasa... pintu gerbang Kg Baru hehehe

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Di sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua kenalan & pengunjung blog kami.
kiranya ada salah dan silap, atau perkara yang menyinggung dalam kandungan laman web ni harap dimaafkan.

kepada kengkawan yang nak datang beraya tu, harap dapat contact dulu sebab takut kami keluar cari duit raya hihihi

dan nak diingatkan juga kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 lah di jalan raya. semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

akhir sekali Salam Aidilfitri dari kami Hilman, Nadia dan Darwisy.

macam pernah nampak je ayat ni? hehehe... dipetik dari post tahun lepas