Excerpt

Thursday, December 31, 2015

Darwisyah Last Day @ Taska Ayu Manja

Hari ni hari terakhir Darwisyah akan ke Taska Ayu Manja... dia pon tau tahun depan (minggu depan) nak masuk sekolah baru. Boleh nampak jugak riak muka Darwisyah bila hantar tadi, kebetulan pulak taska agak lengang hari ni... yelah mungkin dah ramai yang mula cuti akhir tahun.

Masa Abah menulis ni, mungkin Mama tengah berada dekat taska nak amik Darwisyah sebab kebetulan Mama singgah Alamanda dengan abang Darwisy Danish. Hopefully semua ok tahun depan...

Apa pon, Abah berterima kasih kepada semua cikgu-cikgu Darwisyah yang telah menjaga dan mendidik sepanjang Abah Mama berkerja di siang hari. Semoga Allah memberkati semuanya... Amin.

Flickr Album 72157662293789799


Sunday, December 27, 2015

Naik Bukit Melawati

Buat pertama kalinya DDD menjejakkan kaki ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. In fact, Abah Mama pon dah bertahun tak naik (puluh tahun kot)...

Kebetulan dah nak habis hujung tahun ni dan takde pergi melancong ke mana-mana, maka Abah dan Mama mengadakan satu perbincangan dan keputusan mengejut... ketika on the way nak balik Putrajaya dari rumah Nenek.

Nak naik ke taknak? Hari ni bukak ke? Best lagi ke? Apa je yang ada atas tu? Berapa kena bayar eh?... tu lah antara soalan-soalan yang terlontar keluar dari mulut Abah Mama di kala DDD sedang asyik melayan cerita One-Punch Man di laptop (dalam kereta... ko ada? hahaha)...

Sampai je simpang Bukit Melawati, Abah pon membelok masuk dan terkial-kial mencari tempat parking. Sekali penuh daaaaa... ramai jugak rupanya yang masih tertarik dengan tempat ni (unless dah takde tempat nak melancong).

Ok takpe, cari parking... lepas tu usha-usha kena bayar ke idak. Memang sah kena bayar hehehe... takpe lah tak mahal mana pon...

Harga tiket untuk dewasa RM5.30 (GST 30sen) dan kanak-kanak atas 3 tahun (kot) RM3.20 (GST 20sen)... ye GST memang sangat bagus! Tu takde isu sangat... yang 3 tahun tu kalau dapat naikkan ke 5 tahun ke atas pon lagi bagus. Apa sangat la budak-budak 4 hingga 5 tahun bukan tau apa sangat pon... berkira! Hehehe...

Dipendekkan cerita, DDD memang enjoy dapat naik atas tu. Lebih-lebih lagi dapat main-main dengan monyet (ke siamang?) dan bagi makan kacang panjang.

Darwisy Danish pulak, macam-macam sejarah diorang baca... dan banyak jugaklah soalan yang ditanya. Termasuklah pasal meriam-meriam yang ada hahaha...

Flickr Album 72157662683150552


Sunday, December 20, 2015

Taska Ayu Manja 2015

Hari ni hari Konsert & Anugerah Murni Taska Ayu Manja 2015... majlis akhir tahun yang akhir buat Darwisyah sebab tahun depan akan berpindah ke taska yang baru huhuhu...

Tak macam tahun-tahun yang lalu, kali ni majlis dijalankan serentak dengan 3 taska cawangan yang lain. Baru Abah faham, kenapa ramai yang kecik hati dengan management taska tu... rasa macam cawangan yang lain dilebihkan. Wallahualam, harap-harap perpindahan Darwisyah ni dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti pembelajaran dia nanti... Insya Allah...

Abah diminta tolong oleh management untuk ambil gambar dan rakam video. Pada mulanya Abah taknak, sebab nak fokus dekat Darwisyah. Tapi takpelah, sekadar menolong boleh la ambik sikit-sikit.

https://www.youtube.com/watch?v=BQ_tkWp7SVU

Thursday, December 17, 2015

Darwisyah daftar Al-Baghdadi

Dah hampir 5 tahun Darwisyah bersekolah di Taska Ayu Manja, tahun 2016 Darwisyah akan mula belajar di Al-Baghdadi Centre (Playtime) Putrajaya.

Kalau nak ikutkan perasaan, memang agak sedih jugak. Dari Darwisyah masih baby sampai sekarang dah dijaga oleh pengasuh di Taska Ayu Manja. Tapi masa berlalu dan management boleh dikatakan tak sama macam zaman Darwisy Danish dulu.

Keputusan ni agak drastik juga, lebih-lebih lagi kalau nak dibandingkan dari segi harga yuran tahunan dan bulanan memang tersangat jauh berbeza lebih mahal. Tapi demi masa depan Darwisyah, lebih-lebih lagi dalam ilmu agama... Abah dan Mama sanggup berkorban dan bersusah demi kebaikan Darwisyah... juga Darwisy dan Danish.

Tahun 2015 hampir di penghujungnya, Alhamdulillah sempat mendaftar di pejabat Al-Baghdadi di Bandar Baru Bangi. Dapat tau tadi, Darwisyah orang yang ke 5 akhir sebelum kuota ditutup. Masa buat pendaftaran dan bayaran tadi, Darwisyah dapat mencuba pakaian sukan dan uniform untuk sesi persekolahan nanti. Comel aje bila tengok Darwisyah mengenakan tudung :-)

Oh ye, semalam Mama ada beli baju jubah sekali dengan tudungnya. Tak sangka Darwisyah excited sangat sampai tak sabar-sabar nak pakai hehehe. Anyway, baju tu untuk dipakai di hari majlis akhir tahun Taska Ayu Manja nanti. Seems that will be the last event for Darwisyah.

Sunday, December 13, 2015

Photo-walk with Robin Wong and Olympusers

Weekend... as usual, I will try to arrange and spend some time to coach my self on my skills and knowledge especially street photography. It was quite fortunate that I managed to participate an outing with Olympus users, organized by a known, talented and inspiring... Robin Wong. Quite surprised too that I was the first person who accepted the invitation :-D

A day before, he called me to confirm my participation. And I just couldn't believe that he offered me to lend any lenses that I would like to try during the outing. Well, I've been looking and waiting to hold this rumored superb prime lens... M.Zuiko 17mm f1.8!!! And I thought, this would be the best way to give the-best-I-can test drive before I spend my pennies to own one.

On the event day, all the participants (around 15) were briefed and the photo-walk begins around 8:30AM with the M.Zuiko 17mm f1.8 attached on my E-M5 Mark II body. Owh... it's silver too :-P

As I only own 14-42mm EZ, it was a bit awkward for me to get my self comfort using it. But after few snaps, I managed to handle that feeling. I even tested the manual focus, so smooth and the depth of field is pretty awesome.

Things that I like about this lens:

  • Big aperture f1.8, good enough to handle dim, even dark scene with high shutter speed... with unnoticeable noise.

  • Great contrast, colors and sharp... I mean really sharp (to my eyes).

  • The size, giving me some extra space in my daily-use sling bag.

  • Fast! Not fast as speed of sound of course... but really fast... near instant I would say.

  • Wide, yet able to focus to really really close subjects!

  • 35mm equivalent full frame angle of view (less 1mm actually). Great for street photography, landscape and even portrait.

  • The easy AF / MF switch.


Anyway, here are some shots that I managed to capture during the photo-walk. Enjoy!

p/ss:

  • Some of these photos are cropped, but I still satisfied with the sharpness

  • Hope I could own the M.Zuiko 17mm f1.8 very soon

  • If there is another chance, I would like to have M.Zuiko 12-40mm f2.8 be my partner :-D

Wednesday, December 9, 2015

Nenek in the house!

Dah bertahun lamanya nenek DDD tak bertandang ke rumah ni... rasanya lepas Darwisyah dilahirkan. Maklumlah, masa tu arwah Tok Wan dah tak berapa sihat... tak boleh nak berjalan jauh dan tinggalkan kampung.

Alhamdulillah, hajat nenek nak datang tidur sini tercapai. Kebetulan musim cuti sekolah ni, puas lah nenek melayan kerenah DDD.

Hari ni dah masuk hari ke-2 sejak hari Ahad... kesian pulak tengok nenek duduk terperap dalam rumah. So, Abah dan Mama plan bawak nenek dan DDD keluar jalan-jalan.

Mula-mula pergi ke kedai Mr. DIY di Bangi. Tempat yang sederhana dengan crowd, mudah naik turun lift dan tak jauh dari lift. Kebetulan memang nak beli barang-barang rumah, nenek pon nak beli barang jugak... memang sesuai lah. Lepas nenek dapat barang yang nak dibeli, terus cari kerusi nak duduk sebab penat katanya hehehe. Takpe, nenek duduk dulu nanti DDD tolong jagakan sementara Abah Mama cari barang-barang lain.

Setel je shopping situ, nenek ajak pegi makan pulak. Padahal, jam dah nak dekat pukul 10. Tapi apa ada hal? Sekali sekala nenek datang sini, so kita terjah la restoran favorite iaitu restoran Wong Solo Bangi. Abah dan Mama takde la lapar masa tu, tapi saje la nak makan yang ringan-ringan. Nenek order nasi ayam penyet, Danish Darwisy nasi goreng, Abah Mama makan gado-gado. Semua licin! :-D

Insya Allah, hari Jumaat nanti nak bawak nenek jalan-jalan sekitar Putrajaya pulak. Kebetulan Abah cuti, boleh la keluar siang hari hehehe.

Sunday, December 6, 2015

Masjid Putra - In Black And White

Hari ni berkesempatan ambil gambar sunrise depan Masjid Putra. Mulanya takde terniat pon nak keluar ambil gambar, cuma cadang nak beli sarapan macam biasa. Tapi bila memandangkan cuaca pagi yang cantik, maka tercapailah tripod di dalam bonet kereta.

Sampai di lokasi, shoot la sorang-sorang. Ada la perasan sorang dua yang dah ada terpacak dekat situ, tapi takde la sangka yang kenal. Tengah dok shoot tu, datang la sorang kawan Huo Long menegur. Rupa-rupanya dah ada satu group bertandang dekat situ tengah shoot sunrise. Maka dengan pantas ikut dia sekali ke sebelah hujung, at least ada la geng nak menyembang hehehe. Salam punya salam, sorang lagi kawan yang kenal ada dekat situ iaitu abang Siberi... otai memburung ni hehehe.

Tapi entah kenapa, bila ada geng lain, aku lebih suka menyembang dari memetik kamera. Mesti diorang tension tak dapat nak concentrate :-D

Anyway, ada la 2 3 keping gambar yang dapat dihasilkan. 2 darinya 40MP dan 1 lagi handheld je (sebab tripod dah lipat). Kali ni, mood nak edit gambar black and white pulak... not really edit in black and white... guna effect dalam flickr je hehehe...