Excerpt

Showing posts with label danish. Show all posts
Showing posts with label danish. Show all posts

Sunday, June 12, 2016

Tarawih di meja moreh

Hai lah Darwisy, aduiyai Danish, ingatkan solat tarawih... rupa-rupanya lepak di meja moreh hahaha!

Al-kisah


Kejadian berlaku pada malam Ramadhan yang ke-6 di surau blok A. Dalam perjalan ke surau tu ada la sembang-sembang sikit. Sampai surau terus masuk ke dalam tunggu azan. Lepas je azan, Abah suruh la Darwisy Danish ke saf yang belakang sikit sebab akan ramai orang dewasa nanti. Lagipon, ada satu tempat yang agak sempit untuk orang dewasa sembahyang, Abah suruh pegi situ.

Dah cakap dengan Darwisy Danish, lepas solat Isya nanti kita solat Tarawih pulak... 8 rakaat nanti kita balik lah. Solat Isya macam biasa... usai je solat Isya, Abah toleh ke belakang nampak diorang dah dekat pintu sambil tanya-tanya dengan isyarat tangan. Eh, bila masa diorang solat dekat tepi pintu?

"Solat dekat luar ke?"... itu lah yang Abah faham dari gerak geri tangan Darwisy. Memang kebiasaannya ramai yang solat dekat luar, ada sejadah dibentang dan senang budak-budak nak main-main hehehe. Abah pon bagi la jugak isyarat... "Ha ah" sambil tunjuk-tunjuk jari kat luar.

Bila dah nampak diorang keluar, maka bermula lah solat Tarawih macam biasa. Dalam hati ada jugak terdetik macam-macam. Lupa pulak nak bagitau kalau-kalau ada rasa nak buang air ke apa, balik je lah dulu. Tapi yakin je la diorang akan ok.

Dipendekkan cerita, usai je solat Tarawih 8 rakaat, Abah pon keluar lah nak ajak Darwisy Danish balik rumah. Tengah Abah pakai selipar sambil mata melilau, tiba-tiba ternampak Darwisy Danish dah duduk elok dekat meja orang moreh sambil gelak-gelak macam baru lepas bercerita. Eh, cepat budak-budak ni siap, tau pulak tu dah habis 8 rakaat?

Abah pon tanya la, "solat Tarawih tak tadi?"

Diorang pon jawab, "dah la tadi, dengan Abah kat dalam surau"

Adoi, itu solat Isya bukan Tarawih! Hahaha... penat Abah bawak korang ke surau nak solat Tarawih tapi korang duk sembang kat meja moreh :-D

Sambil nak balik rumah, sempat lagi diorang sebat kuih samosa, lepas tu sambung gelak :-D

Sampai rumah, Abah pon cerita kat Mama, semua orang bantai gelak :-D

Tuesday, June 7, 2016

Birthday dan Ramadhan

Alhamdulillah... seperti yang dijanji dan dirancang, birthday of the year DDD telah berjalan dengan lancar beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.

Majlis yang dijalankan tak lah sebesar mana dan tak lah sekecil mana, hanya sederhana. Terima kasih pada Pak Ngah DDD yang sudi menjadikan rumahnya sebagai lokasi majlis kali ni.

Dah lama sangat DDD tak tidur di Klang, kebetulan ramai yang ada kali ni dan kebetulan Ramadhan bakal menjelang... maka kami semua sepakat untuk tidur semalam di sana.

Seronoklah DDD, dapat main puas-puas dengan sepupu. Yang paling best, menu masakan utama iaitu SUP TULANG! Hehehe...

Di kesempatan ini, Abah dan Mama mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwisy Danish dan Darwisyah. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, patuh dengan tuntutan agama dan berjasa kepada semua. Juga, semoga tahun ini Darwisy dan Danish dapat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran... semoga tahun ini diberkati... Amin.

Flickr Album 72157669313774336

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157669313774336

Dah macam cerita P. Ramlee daaa :-D

https://www.youtube.com/watch?v=OHZjzqrQvwE

Selain makan, main bola, kacau lembu, pakej penginapan kali ini juga dilengkapi dengan evening ride with Adam :-D

https://www.youtube.com/watch?v=hJXFHGjxlKw

Tidak ketinggalan, ada yang ditanduk lembu :-D

https://www.youtube.com/watch?v=UDx5iDfQerg

Saturday, June 4, 2016

Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera :-) So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"] A boy in 5th Saf[/caption]





[caption id="" align="alignnone" width="640"]Bangunan Tabung Haji, Putrajaya New neighbor, Bangunan Tabung Haji[/caption]





Sunday, May 15, 2016

Birthday Danish yang ke-8

15hb May 2016, genaplah Danish berumur 8 tahun. Dari hari ke hari asyik bercerita pasal birthday dia :-)

Oleh kerana dah sibuk bertanya, kena la buat sesuatu yang dia suka. Tolong buat kek! Hehehe...

Petang Sabtu Abah ngan Mama bawak diorang pegi Bangi beli bahan-bahan nak buat kek. Tapi entah kenapa kedai tu sesak dengan manusia... mungkin masing-masing nak buat kek jugak kot untuk Hari Guru nanti. Macam biasalah, bila DDD masuk kedai macam ni memang excited... semua bahan yang menarik diorang suruh beli. Lastly suruh dia pilih buah cherry dengan serbuk candy (betul ke?). Makin sesak kedai tu... so, Abah ngan DDD lepak semula dalam kereta, biar Mama uruskan pembelian bahan-bahan hehehe...

Setel je shopping bahan, balik rumah. Dan time tu jugak soalan bertalu-talu ditanya "bila nak buat kek?"... macam-macam diorang ni. Layankan aje lah... setel solat Isya maka bermula lah operasi membancuh. Suka la masing-masing dapat buat kek sendiri :-)

Dah siap bancuh, tanya pulak "bila nak siap boleh makan?" Hadoiii... Hahaha!

Kacau-kacau memang kesukaan

Tak dapat kacau, tengok pon jadi lah

Bangun pagi sarapan kek birthday yang dah dihias

Insya Allah akan buat yang grand sikit di rumah Mak Ngah DDD nanti... yang ni kira warm-up lah :-)

Sunday, May 8, 2016

Bila Mama pergi kursus

Bila Mama pergi kursus, maka seperti biasa Abah lah yang jadi suri rumah separuh suku masa... lagi suku still Mama yang kena cover hahaha.

3 hari Mama pergi kursus dekat Jabatan Belia dan Sukan, pergi pagi balik malam. Nasib baik lah Abah cuti Sabtu dan Ahad... kalau tak jenuh jugak nak arrange nursery.

Memandangkan musim El Niño dan La Niña melanda, tak banyak aktiviti yang boleh Abah ajak... melainkan keluar makan, tonton movie dan kejar-kejar di taman permainan bawah rumah. Sambil-sambil tu boleh la Abah asah mata sikit cari moment snap gambar :-P

DDD

Darwisy

Darwisyah

Danish

Sunday, December 27, 2015

Naik Bukit Melawati

Buat pertama kalinya DDD menjejakkan kaki ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. In fact, Abah Mama pon dah bertahun tak naik (puluh tahun kot)...

Kebetulan dah nak habis hujung tahun ni dan takde pergi melancong ke mana-mana, maka Abah dan Mama mengadakan satu perbincangan dan keputusan mengejut... ketika on the way nak balik Putrajaya dari rumah Nenek.

Nak naik ke taknak? Hari ni bukak ke? Best lagi ke? Apa je yang ada atas tu? Berapa kena bayar eh?... tu lah antara soalan-soalan yang terlontar keluar dari mulut Abah Mama di kala DDD sedang asyik melayan cerita One-Punch Man di laptop (dalam kereta... ko ada? hahaha)...

Sampai je simpang Bukit Melawati, Abah pon membelok masuk dan terkial-kial mencari tempat parking. Sekali penuh daaaaa... ramai jugak rupanya yang masih tertarik dengan tempat ni (unless dah takde tempat nak melancong).

Ok takpe, cari parking... lepas tu usha-usha kena bayar ke idak. Memang sah kena bayar hehehe... takpe lah tak mahal mana pon...

Harga tiket untuk dewasa RM5.30 (GST 30sen) dan kanak-kanak atas 3 tahun (kot) RM3.20 (GST 20sen)... ye GST memang sangat bagus! Tu takde isu sangat... yang 3 tahun tu kalau dapat naikkan ke 5 tahun ke atas pon lagi bagus. Apa sangat la budak-budak 4 hingga 5 tahun bukan tau apa sangat pon... berkira! Hehehe...

Dipendekkan cerita, DDD memang enjoy dapat naik atas tu. Lebih-lebih lagi dapat main-main dengan monyet (ke siamang?) dan bagi makan kacang panjang.

Darwisy Danish pulak, macam-macam sejarah diorang baca... dan banyak jugaklah soalan yang ditanya. Termasuklah pasal meriam-meriam yang ada hahaha...

Flickr Album 72157662683150552


Sunday, November 29, 2015

Seminggu selepas khatan

Alhamdulillah, seminggu sudah berlalu lepas Darwisy dan Danish khatan. Hari ni Abah Mama bawak DDD keluar jalan-jalan kejap. As usual, sarapan sama-sama di kedai mamak. Lama sangat tak jumpa roti canai dengan tosei kot, sampai habis Darwisy Danish makan... satu rekod baru hehehe.

Setakat ni Alhamdulillah, takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Mungkin sebab Abah dan Mama jaga pantang larang lepas khatan dari segi makan, minum dan ubat.

Agak letih jugak bila anak-anak khatan ni. Tidur pon tak berapa cukup, asik terjaga tiap-tiap malam... semata-mata nak membetulkan cara diorang tidur yang tunggang langgang hehehe.

Terima kasih dekat Mama yang banyak jaga DDD, nasib baik la cuti sekolah kalau tak... pening kepala jugak la...

Sunday, November 22, 2015

Darwisy Danish berkhatan

Alhamdulillah... satu lagi peristiwa bersejarah telah terlakar hari ni, di mana Darwisy dan Danish telah selamat berkhatan. Macam tak percaya pon ada, pantas sungguh masa berlalu.

Al-Kisah...


Sebenarnya dari tahun lepas dah rancang nak hantar Darwisy Danish berkhatan, tapi masa tak berapa mengizinkan. Jadi, Abah dan Mama ambik keputusan untuk daftar Darwisy Danish berkhatan cuti sekolah hujung tahun ni (2015).

2 minggu sebelum cuti sekolah mula, Abah pergi ke Klinik Lita Alis di Putrajaya untuk tanya samada pendaftaran dah dibuka atau belum. Kebetulan pada hari tu pendaftaran baru dibuka dan Abah dapat booking pada slot yang paling awal hari pertama cuti sekolah hehehe.

Dalam pada masa yang sama, Mama pon ada dapat jemputan untuk majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Putrajaya. Tapi bila dapat borang, Mama rasa tak berkenan sebab yang pertama doktor dan keduanya terlalu ramai. Yelah, kalau dah ramai sangat doktor khatankan orang... takut pulak nanti doktor letih... bila dah letih, faham-faham je lah.

In fact, Abah memang tak berapa berkenan nak dikhatankan beramai-ramai. Lebih-lebih lagi anjuran ahli politik tu :-D

Tak dinafikan berkhatan secara beramai-ramai lebih meriah... tapi secara kecil-kecilan pon masih dipanggil berkhatan kan? :-)

Tahniah Abah dan Mama ucapkan kepada Darwisy dan Danish kerana telah berjaya dan mendapat sijil kenangan yang tertulis "tidak menangis"

p/s: Danish nangis sikit je :-)

Saturday, October 3, 2015

Darwisy & Danish 5 tahun kemudian

Kemas punya kemas (Mama yang kemas bukan Abah hehehe), terjumpa pulak kupiah Darwisy & Danish. Mama tempah dekat kawan 5 tahun lepas (tahun 2010). Masa kupiah tu sampai, Mama ada ambik gambar Darwisy & Danish berdua menggayakan kupiah baru tu.

Tiba-tiba, Mama telah mencetuskan satu idea! Snap gambar dengan kupiah yang sama dan posing yang sama. So, inilah hasilnya hehehe.

Darwisy & Danish

p/s: photo collage ini telah dibuat oleh Abah kerana Mama gagal membuatnya hahaha

Monday, June 15, 2015

Cable car Langkawi Island, 2009

Hari ni Abah kemas bilik yang bersepah ni... terjumpa satu memory card lama. Saje la pasang dekat card reader, boleh pulak dan masih elok. Sekali tengok kat dalamnya ada banyak gambar-gambar lama... termasuk la video ni. Dirakam tahun 2009 masa naik cable car dekat Pulau Langkawi. Darwisy dengan Danish kecik lagi dan comel hehehe...

https://www.youtube.com/watch?v=AqZcvHZdtNA

Wednesday, June 3, 2015

Darwisyah chickenpox Day-4

Hari ni Abah terpaksa ambik cuti sebab banyak kerja rumah terbengkalai... sambil-sambil tu boleh tolong tengok-tengok Darwisyah dan Mama pon boleh sambung kerja-kerja rumah yang terbengkalai hehehe...

Nak keluar rumah tak boleh, so DDD main je la kat dalam rumah... termasuk la bercucuk tanam :-P





Friday, May 29, 2015

Danish tercekik tulang ikan keli

Lebih kurang pukul 2 Mama call Abah, kawan Mama bagitau Danish tercekik tulang ikan keli masa lunch. Siap menangis-nangis katanya sakit. Ya Allah, cuaknya Abah masa tu... kebetulan Mama ada kursus 3 hari tak balik rumah. Nasib baik abang Darwisy ada tolong temankan. Syabas abang Darwisy! So Abah pon bergegas keluar office pecut ke sekolah Danish. Setengah jam je kot dah sampai Putrajaya huhuhu...

Sampai kat sekolah, tengok Danish tengah minum air milo... aik? Betul ke tercekik ni? Tapi memang dia cakap ada sakit dekat tekak, maknanya tulang tu ada lagi lah... ok bawak Danish pegi klinik terdekat, selamba naik motor tak pakai helmet...

Sampai klinik, takde pesakit... tanya doktor, dia kata boleh buat... ok terus register. Masuk bilik consultation, doktor kata memang ada tulang, agak besar... adehhh...

Bila doktor start buat treatment guna penyepit, terus Danish muntah-muntah semua makanan keluar. Yang merisaukan, ada nampak darah dalam muntah tu. 3 kali doktor try 3 kali la Danish muntah... ok doktor gibab, tulis surat refer kecemasan... sebelum pegi kecemasan, beli helmet dulu... tak pasal-pasal kena GST!

Sampai kecemasan Hospital Putrajaya, sekali tengok mak aiiih ramainya orang! Register, terus pegi X-Ray... sampai kat X-Ray, tunggu punya tunggu terus Abah pon gibab... mana taknya, dah nak pukul 5 kot... kalau tunggu kompom 2 jam lagi baru siap. Bila masa nak ambik Darwisyah dengan Darwisy? Ok, sorry terpaksa Abah bawak Danish balik rumah... lupakan pasal X-ray, tawakkal...

Lepas ambik Darwisyah dengan Darwisy, bergegas balik rumah sebab Danish tinggal sorang... tapi Abah tengok Danish dah releks macam takde apa-apa... hmmm... Syukur Alhamdulillah :-)

Rasanya mungkin dah terkeluar tulang tu masa dia muntah, Abah ada pegang tulang tu tapi blur masa tu... HAHAHA...

Monday, May 25, 2015

DDD jumpa sepupu baru

Hari ni Abah & Mama bawak DDD jumpa sepupu baru, baby Maksu. Nama panjangnya Abah tak ingat, nama pendeknya Syamil (itu pon tak confirm kekeke).

Tapi Abah tak dapat nak ambik gambar baby tu sebab takde peluang... DDD pon kejap je excited lepas tu sibuk melayan si Sufiana... kali ni ngam pulak dia dengan Darwisyah siap naik basikal sama-sama lagi...

Insya Allah akan melawat lagi nanti, tunggu baby Syamil besar sikit hehehe...

Saturday, May 16, 2015

Birthday dinner

Seperti yang Abah dan Mama janjikan, malam ni bawak DDD pergi celebrate birthday dinner yang sederhana di Secret Recipe, Putrajaya. Insya Allah kalau ada rezeki nanti Abah dan Mama akan celebrate Darwisy dan Darwisyah punya birthday pulak... yang tu mungkin Mama punya turn :-)

Friday, May 15, 2015

9, 7 & 4

 



Pejam celik pejam celik, umur Danish dah mencecah 7 tahun hari ni (15hb Mei 2015). Darwisy pulak 9 tahun (30hb Mei 2015) dan Darwisyah 4 tahun (6hb Jun 2015). Cepatnya masa berlalu, terasa rindu saat anak-anak Abah kecik dulu. Tapi apa daya, itu semua dah lumrah kehidupan...

Alhamdulillah, walau pon masa berlalu pantas... Abah dan Mama bersyukur dan happy dikelilingi anak-anak yang comel, handsome dan naughty :-)

Memandangkan hari ni hari berkerja dan anak-anak Abah bersekolah, maka tak dapat la nak sambut hari kelahiran Danish secara official. Insya Allah, Abah dan Mama akan plan something untuk celebrate birthday semua secara sederhana.

Abah dan Mama doakan semoga Danish, Darwisy dan Darwisyah akan menjadi anak yang soleh dan solehah... anak yang patuh dengan suruhan Allah dan sentiasa diberkati oleh-Nya. Amin...

Sunday, January 18, 2015

DIY Cat playground that 7 year old kid can do

2 reason kenapa aku tulis artikel ni...

1) Buntu sebab takde artikel nak tulis
2) Idea yang agak bernas dan boleh dikongsi kepada pembela kucing

AMARAN: DIY cat playground ini akan menjadikan ruang tamu anda bersepah HAHAHAHA!

Anyway, idea DIY cat playground ni telah terlintas difikiran anak aku (Danish) dan dibina oleh dia sambil dibantu oleh abangnya (Darwisy) dan adik (Darwisyah). Caranya mudah, hanya perlu susun kerusi-kerusi (kerusi meja makan/kerusi plastik/kerusi study/ atau seangkatan denganya) dan dihiasi dengan barangan lain seperti penyangkut baju, bantal, kusyen sofa, mainan baby, atau apa sahaja yang boleh merangsang minda kucing.

So, inilah hasil binaan Danish, memang kucing-kucing pon suka. Cantik bukan? :-D

Saturday, January 3, 2015

Hari orientasi, Danish tahun 1

Seperti yang dijanjikan, hari ni Abah temankan Danish pegi ke hari orientasi tahun 1 kat SKPP9(2) sebab Mama jadi super-busy-women. Tapi nampak macam tak berapa busy je hahaha.

Macam biasa, murid-murid baru dan ibu bapa akan diberi taklimat. Macam-macam la guru besar cakap, budak-budak entah faham ke tidak.

Sebelum ni Danish pra-sekolah di sekolah yang sama, jadi takde lah nampak dia kekok sangat. Cool and steady bak kata orang putih tu :-)

Dipendekkan cerita, majlis start lebih kurang jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, kecuali sesi sekolah ditunda seminggu untuk memberi ruang dan persediaan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.

Wednesday, December 31, 2014

Danish Hilmi dah 7 tahun dan masuk sekolah baru

Cepatnya masa berlalu, Danish dah nak masuk darjah 1 dan ini menunjukkan dia dah berumur 7 tahun. Hari ni, Mama bawak Danish pegi ke Sekolah Rendah Agama An-Najah Putrajaya untuk sesi orientasi. Abah tak dapat nak ikut sebab kena kerja, gambar pon dapat dari Mama. Tapi, 2hb Jan 2015 nanti Abah akan temankan Danish pegi ke sesi orientasi Sekolah Kebangsaan Precint 9(2) sebab Mama akan menjadi super-busy-women hehehe.

Sebagai ayah kepada anak-anak, dah tentu inginkan sesuatu yang terbaik. Semoga Danish akan menjadi anak yang soleh, rajin belajar dan menghormati orang dan berjaya... Amin...

Flickr Album 72157659691458155

Sunday, December 7, 2014

Dari pertandingan mewarna, ke IOI City Mall

Malam tadi balik lewat dari down-town The Mines, sampai rumah main tembak-tembak, cukup ke tidur esok pagi nak bangun awal? huhuhu

Alhamdulillah, dapat juga Darwisyah join pertandingan mewarna walaupon organizer dah announce pertandingan sudah bermula (lambat sampai hahaha)

Darwisyah memang suka melukis dan juga mewarna, mewarna dengan satu jenis warna hehehe... tak kira lah bagi gambar apa pon, mesti semua satu warna... dah ajar suruh campur-campur warna lain tapi bila dah mula, dia akan suka dengan warna tu... takpe lah janji warna hahaha

Sambil Darwisyah mewarna, aku dan lain-lain melantak nasi lemak yang disediakan pihak penganjur... nasib baik lah ada sarapan, kalau tidak memang berbunyi lah perut...

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Darwisyah panggil penolong pengadil, katanya dah siap... dia yang paling cepat siap dalam kumpulan dia... mana tidaknya, satu warna je hahahaha

Ok lah, rasanya bila tengok dari segi hasilnya, memang harapan agak tipis untuk menang, tapi at least dalam kumpulan dia tu, Darwisyah yang paling kecik, baru 3 tahun boleh compete dengan 4 tahun ke atas hehehe

So? Ke IOI City Mall la sambung misi yang tergendala semalam, iaitu nak cari sandal untuk pakai di Langkawi nanti

Dalam jam 10 pagi dah sampai tempat parking, banyak kosong hehehe. Masuk je pintu macam biasa lah anak-anak sihat punya tenaga, tiba-tiba boleh berubah walaupon sebelumnya dah letih. Melompat berlari menjerit semua ada, aku shoot je la perangai diorang :-)

Cerita pasal apa tadi? Ooo ye, sambung misi semalam nak cari sandal... Know what? masih lagi gagal sebab takde kedai BATA hahaha... cari kat outlet lain semua macam tak berkenan. Maka bersambung lagi lah cerita ni, babai :-)

Flickr Album 72157657299560824


Satu lagi gambar diambil di dalam DAISO shop, dipusing 90 darjah melawan arah jam... nampak macam menarik (di mata aku la hehe). Sebab? Cawan-cawan tersusun tu nampak seolah-olah berada dalam keadaan asal jika diletakkan di atas meja, tapi ianya mustahil untuk berada dalam keadaan begitu tanpa sokongan atau lantai di bawahnya.



Gambar ni pulak diambil oleh Mama dan diproses oleh Abah, ada bakat dan boleh diketengahkan :-)


- Be "a part", not "apart"
- Social media kills

Friday, November 14, 2014

Hari Graduasi Pra-Sekolah, Muhammad Danish Hilmi

https://www.youtube.com/watch?v=HVo7yBkEavU

Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Hari ini, anak kami yang ke-2 Muhammad Danish Hilmi telah tamat sesi pra-sekolah secara rasminya dan telah graduasi di Sekolah Kebangsaan Precint 9(2).
Bila melihat anak-anak yang menyambut hari graduasi ni, kadang-kadang membuatkan kita berasa seronok apabila kita kenangkan semula zaman kita menyambut Hari Graduasi Pra-Sekolah dulu.
Ada yang gembira sebab dapat banyak hadiah, dapat buat persembahan, menerima macam-macam jenis pingat, dapat sijil dan sebagainya. Ada juga yang kurang gembira, mungkin akan berpisah dengan kawan-kawan baik kerana berpindah sekolah.
Memandangkan hari graduasi ni hari yang istimewa, maka aku cuba merakamkan detik-detik di sepanjang majlis tersebut. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan lancar dan Danish akan melangkahkan kaki setapak ke hadapan dengan memasuki sesi persekolahan Darjah 1.
Semoga dia tabah menghadapi ujian yang lebih sukar dan akan mencapai kejayaan. Amin...