Excerpt

Showing posts with label Image. Show all posts
Showing posts with label Image. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Operasi bot tersadai

30hb Nov 2014, Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan untuk merakamkan keindahan pagi di kampung aku (Sungai Besar).
Seperti biasa, aku ke pantai Sungai Haji Dorani seawal pagi yang mungkin supaya tidak terlepas warna2 yang cantik ketika matahari naik. Walaupon sudah banyak kali merakamkan gambar di lokasi dan subjek yang sama, aku seperti tidak pernah rasa bosan dan jemu.
Namun, kali ini agak berbeza sedikit kerana terdapat beberapa bangkai bot yang boleh dijadikan subjek utama.
Tanpa lengah, aku pon merakamkan gambar bot2 itu dan post kepada kawan2 di facebook. Masing2 agak teruja dan terus bercadang untuk datang ke Sungai Besar untuk mengambil gambar sunset.
Bincang punya bincang, akhirnya ada juga yang sudi datang iaitu abang Tuah Roslan dari Klang dan Syafiq Shaarani dari Kuala Selangor. So, lebih kurang jam 6 petang semua dah sampai dan terus ke lokasi bot tersadai tersebut. Abang Tuah Roslan bermain dengan 2 kamera, satu untuk tujuan timelapse. Syafiq dengan D800 beliau dan aku yang paling cap ayam hahaha.
Cuaca petang itu tidaklah berapa mengecewakan walaupon langit tidak secerah paginya. Shoot punya shoot, lebih kurang jam 715 malam maka selesailah sesi mengambil gambar sunset di situ. Oleh kerana aku kena balik rumah awal untuk persiapan balik ke Putrajaya, maka kami masing2 berpecah tak sempat nak lepak minum2 huhuhu. Insya Allah, kalau ada kesempatan nanti nak set satu sesi shoot landscape di Sungai Besar dengan kawan2 yang lain. Mungkin akan sewa chalet atau home-stay untuk sehari dua, baru bleh layan dari pagi sampai ke malam hehe.







Ini adalah hasil gambar yang diambil ketika matahari terbenam, jadilah walaupon cuaca tidak berapa mengizinkan :-)
Teknik: DRI (multiple exposure)

Monday, November 24, 2014

Penampilan Istimewa, katanya...

Ahad, 23hb Nov 2014... aku telah membuat kezutan ke atas kawan-kawan Kelab Fotografi Golongan Marhaen dengan menjelmakan diri ketika mereka sedang ber"outing" di sekitar KLCC :-)

Mungkin kerana sudah lama tidak outing bersama kawan-kawan disebabkan masa yang tidak mengizinkan, maka kezutan itu telah dianggap sebagai satu penampilan istimewa hahaha

Anyway, ini kali pertama mengambil gambar dari hadapan KLCC secara amat dekat... Alhamdulillah dengan berbekalkan Tokina 11-16mm dapatlah cover dari bawah hingga ke atas. Tapi entah kenapa pada pagi tersebut, KLCC nampak suram kerana tidak ada lampu-lampu yang dipasang dan ini serba sedikit memberi sedikit kesukaran untuk mendapatkan exposure yang baik ditambah pula dengan langit yang gelap kebiruan dan lampu jalan yang berwarna kuning (kami gelarkan "lampu jahat").

Dipendekkan cerita, outing tersebut sangat ohsem kerana dihadiri rakan-rakan yang berpengalaman dalam bidang landscape photography disamping dapat berkenalan dengan kawan baru Kitara Off (FB). Setelah selesai sesi fotografi, kami seperti biasa akan bersarapan bersama dan majlis sarapan tersebut telah dijalankan di warung nasi lemak Mak Wanjor Kampung Baru dengan ditaja oleh diri sendiri.

Insya Allah jika ada kesempatan di lain hari, pasti akan aku jejak lagi di lokasi ini :-)





Time for group photo! :-)



Dari kiri: Ezry A Rahman, my self, Kitara Off, Tuah Roslan, Zack Zaidi & Hafidz Abdul Kadir

Saturday, November 15, 2014

Syuruk di Putrajaya, 2014-11-15

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menekan shutter kamera... akhirnya dapat juga hari ni... macam lama sangat je hehehe.

Anyway, scene ni dirakam pada pagi Sabtu secara tidak dirancang. Mungkin sebab sudah sekian lama dilanda cuaca yang kurang bagus dan berjerebu, tak terdetik nak set outing ke mana-mana.

Tapi pagi ni bila tengok di tingkap nampak bintang-bintang berkerlipan... maka aku dengan terburu-buru menyapu jem kaya ke atas 2 keping roti dan terus meluru ke kereta. Setibanya di lokasi seberang Masjid Putra, maka ternampaklah satu kelibat sedang membelek-belek kamera. Setelah diamati, rupa-rupanya beliau adalah sahabat sehobi yang datang dari Kajang seorang diri... ada juga lah teman nak berborak hehehe.

Salah satu gambar yang dapat dirakam pagi ini (mungkin satu je kot huhuhu). Gambar disunting menggunakan teknik digital blending dari 3 exposures, Adobe Camera Raw dan Photoshop CC.

Monday, April 28, 2014

Let's macro the strawberry :-)

Memandangkan dah lama aku tak shoot macro, atau dalam kata yang lain dah lama tak masuk hutan... maka inilah jadinya... macro buah strawberry yang dibeli oleh isteri di Cameron Highland baru2 ni hehehe... ada banyak lagi, so this is my first attempt of fruit macro photography :-)



Monday, February 24, 2014

Macro - Bukit Gasing

Lagi sekali terjah Bukit Gasing bersama rakan2 KFGM. Kali ni dapat berjumpa seorang lagi rakan baru iaitu Ku Mohd Nazril. Semua yang hadir termasuk aku adalah seramai 5 orang. As usual, kami memulakan aktiviti macro di sebelah pagi dan mengharapkan akan menjumpai spesis yang belum pernah kami dapat. Kebetulan, malam sebelum outing tu telah turun hujan yang agak lebat (masa tu musim kemarau). Tapi aku rasa agak kurang bernasib baik sebab spesis yang dijumpai semua pernah dirakam sebelum ini. Kalau tak silap, serangga juga agak sukar dijumpai... mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas ketika itu.

Dipendekkan cerita, sebelum nak balik tu kami ternampak satu lagi group macro dari kejauhan. Setelah diamati, ada beberapa orang dari group tu yang kami kenali iaitu Faisal Ismail dan A-mie. The rest tak kenal lagi hehehe.

Takde group photo masa ni (terlupa kot...), tapi ada sedikit rakaman video di sepanjang aktiviti outing tersebut (pendek je pon)...

http://www.youtube.com/watch?v=7zPK5VG5ZFg







Saturday, February 1, 2014

Outing - Night macro

Dengan setup ala2 poyo yang aku ada (2014/01/29/my-macro-rig-setakat-29012014/), sekali lagi aku melangkah setapak ke hadapan dengan meng"organize" satu sesi outing night macro bergabung dengan rakan dari group Kami Geng Lipas (Awang Jerry, A-Mie, Faisal Ismail, Saya Serin)... Kali ini lokasinya masih di Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Fuh! memang bersemangat sungguh...

Dari apa yang aku survey sebelum hari kejadian, night macro agak mencabar juga. Selain dari suasana yang amat gelap di dalam hutan, ianya juga boleh dikatakan merbahaya kerana kita tidak tahu akan berhadapan dengan haiwan atau serangga apa. Disebabkan itu, pergi ke dalam hutan dalam jumlah ahli atau kumpulan yang ramai adalah amat digalakkan.

Seperti selalu orang kata, lagi mencabar lagi menarik lah hasilnya. Menurut kata orang lagi, pada waktu malam lah banyak serangga yang jarang kita lihat akan keluar berjimba2 di dalam hutan hehehe. Well, memang betul kata orang tu (saper ntah aku pon tak kenal hahaha). Mula2 masuk ke kawasan hutan, kami menjumpai katak hutan yang aku sendiri tak penah tengok. Apa lagi, tekan shutter la hehehe.

Berikut adalah tips2 yang boleh diguna pakai untuk sesi outing night macro:

  • Kena bawak torch light (bak kata orang dulu2 "suar"). Kalau ada yang LED lebih bagus sebab jimat penggunaan bateri dan cahaya lebih jauh terang. Dengan lampu suluh jugak la kita akan suluh subjek ketika shoot sebab malam memang gelap dan kamera tidak boleh nak fokus (atau sukar untuk fokus manual)

  • Bergerak dalam jumlah orang yang ramai, kalau nak berpecah pon pastikan sekurang2nya ada 3 orang dalam satu2 kumpulan.

  • Pakai pakaian yang bersesuaian (baju lengan panjang, seluar tebal, kasut, warna terang, topi)

  • Berjalan dengan berhati2 dan selalu melihat keadaan sekeliling. Takut2 ada binatang buas atau yang berbisa berada berhampiran. So, kena peka.

  • Tips yang ni agak pelik, ada member bagitau. Masa dalam hutan, sembang lah kuat2 sebab ianya boleh menterkejutkan binatang2 buas dan membuatkan mereka lari bertempiaran :-P Setakat mana kebenarannya, Wallahu'alam. Tapi malam tu agak kecoh jugak hehehe.

  • Perlu try and error dari segi camera settings (aperture, ISO, speed, lighting) untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Ada pernah terbaca satu artikel mengatakan, hasil night macro jika dibandingkan dengan waktu siang hasilnya adalah lebih kurang sama. Dari segi background yang gelap (melainkan ada letak background atau natural light).


Banyak jugak aku dah taip ni, tanpa membuang masa inilah dia sebahagian dari hasil night macro :-)

















Wednesday, January 15, 2014

Outing macro pertama - bersama KFGM

Berbekalkan ilmu cetek yang ada, aku telah bergerak setapak ke hadapan demi mentajamkan (mentajamkan??) ilmu macro photography dengan keluar outing bersama rakan2 seangkatan (KFGM) ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. Sesampainya aku di sana, terasa sangat seronok sebab first time shoot macro dalam hutan yang betul (sebelum ni tepi2 jalan je hahaha).

Dengan setup/rig macro yang aku ada (yang hodoh tu...), maka bermulalah sesi menekan shutter selagi mahu sebab baru2 memang tangan dan badan bergoyang macam ada ribut huhuhu.

Apa yang aku dapati dalam bidang macro photography ni, ianya memang sangat menguji kesabaran dan ketajaman mata.

Kesabaran - setiap macro photographer tidak boleh gelojoh dan cepat panas hati untuk mendapatkan satu2 shot. Kita shoot serangga, bukan shoot orang atau static subject yang boleh kita bagi arahan untuk berdiam diri. Mungkin ada baiknya jugak aku study pasal serangga ni macam mana dia punya habitat atau cara pergerakkan supaya mudah untuk bajet atau meneka apa yang bakal berlaku semasa menekan shutter.

Ketajaman mata - wooo... mata memang kena melilau mencari subjek yang kecik2 sampai kekadang tak nampak dari jarak 2 - 3 kaki. Ada pernah mendapat tips dari sahabat di mana kita kena tau apa yang kita nak cari sebelum pergi serbu ke satu2 tempat. Sebagai contoh, labah-labah. Kena tau di mana dia selalu berada (bawah daun, celah ranting, etc). Dengan tips ni juga, senang untuk kita focus terhadap subjek yang dicari... sebagai contoh, kita tau labah2 ni selalunya warna apa, kecil mana, dan sebagainya sebab kadang2 dalam sekawan semut atau kerengga pon ada labah2... apa yang aku melalut ni hahaha

Selain daripada tu juga, aku dapati bidang macro photography ni juga boleh merapatkan lagi silaturrahim di antara kawan2 lama dan juga kawan2 baru. Masa first time pergi ke Bukit Gasing tu, ada la jumpa 2 3 orang yang tak berhenti bercerita dan memberi tunjuk ajar berkenaan dengan macro ni.

Tidak lupa juga, macro photography boleh menguji tahap stamina kita dan boleh menjadi satu aktiviti riadah yang sangat sihat. Kenapa? Cuba pegi sehari tengok berpeluh ke idak hehehe

Insya Allah, aku akan cuba mentajamkan (lagi sekali...) lagi ilmu yang diberi ni untuk pergi lebih jauh... so, ini adalah antara hasil tangkapan pada hari tersebut...











Geng yang hadir pada hari kejadian

Dari kiri: Azri Suratmin, Syafiq Shaarani, Samad Agogo, Aku, Ezry Abd Rahman & Syah Rol

Monday, December 16, 2013

Ipoh!! Kami datang!! Lambat sikit la...

14122013 - Sepatutnya trip ni 2 hari, ikut bas rombongan pada pagi sabtu. Tapi disebabkan Danish ada majlis konvo taska pada hari sama... maka kami terpaksa naik kereta sendiri pergi ke Ipoh huhuhu




Sampai di Ipoh agak lewat juga... terus singgah makan sebab mengejar masa langsung tak sempat makan sebelum bertolak. Agak kebetulan jugak yang lain2 belum check-in hotel. Masa tu kami ambil Tune Hotel. Pakej bajet... tapi bilik kecik betul sampai anak2 kena tidur kat atas lantai huhuhu. Takpe lah... satu pengalaman dan pengajaran tu hahaha.
Hari tu tak banyak sangat aktiviti... sebelah malam kami keluar jalan2 naik bas sewa khas keliling bandar Ipoh dan makan malam. Lepas makan malam, pegi pulak berjalan ke pasar malam sampai berjam lamanya. Aku masa tu memang dah letih sebab drive... so jalan kejap je lepas tu pergi ke bas dan rehat hehehe. Bukan apa, pasar malam kat mana2 boleh pegi... kan? Tunggu punya tunggu, pukul 12 tengah malam jugak baru semua masuk bas. Lama betul berjalan huhuhu. So... balik hotel dan sambung tidur hahaha.


15122013 - Hotel tu pakej bajet... so sendiri mau ingatlah pagi2 kena keluar cari sarapan sendiri. Kebetulan pulak, betul2 depan Tune hotel tu ada pasar karat setiap ahad. So tak payah pegi jauh la cari sarapan dekat situ je. Sambil2 tu, mata melilau la cari barang2 yang menarik. Macam2 ada kat pasar karat ni... kadang2 ada barang yang tak sangka akan dijual. Contoh: barang yang sudah rosak hahaha
Oh ye, tadi ada bagitau pasar karat tu betul2 depan hotel kan? Korang tau kat mana driver parking bas? Kat tepi hotel tu je. So cuba teka bas tu boleh keluar ke tak? Boleh... pukul 2 petang baru boleh keluar hahahahahampeh. Tak pasal2 rugi masa. Check out hotel pukul 11 pagi pulak tu. Nasib la... aku nak gerak ke destinasi seterusnya pon tak boleh sebab sponsor naik bas hahaha. Daripada aku habiskan masa buta2 macam tu... ada baik aku layan street photo hehehe.




Dipendekkan cerita... lepas bas boleh keluar dari kepungan peniaga pasar karat... kami shoot pegi ke Lost World of Tambun... sebab tu kami tak pegi dulu... kalau tidak siapa yang nak bayar tiket? Hahaha
First time sampai water park ni, start masuk pukul 4 kot. Agak jakun jugak la sebab selalu main air kat swimming pool je. Aku dah plan... kat sana nanti aku akan gunakan phone Galaxy S4 Active aku untuk merakam moment bersama family (p/s: phone ni kalis air best wooo hehehe)
Pung pang pung pang tau2 dah pukul 6 lebih. Maka kami pon bersiap la untuk balik ke Putrajaya. Aku la yang paling teruk penatnya... dah la baru lepas berkubang... kena drive pulak dari Ipoh ke Putrajaya huhuhu. Sampaikan nak bercerita panjang lebar lagi pon dah tak larat hahaha. Tengok je la gambar2 dan video ni hehehe.




http://www.youtube.com/watch?v=exueurmn2Rs

Saturday, November 24, 2012

Bandung! Kami datang!

Syukur Alhamdulillah, tahun ini kami dimurahkan rezeki untuk melancong ke luar negara iaitu Bandung, Indonesia. Trip kali ni akan mengambil masa lima hari iaitu dari 16 November - 20 November 2012. Ini kali kedua aku akan menaiki kapal terbang, di mana kali pertama adalah ketika aku berumur... errr lupa... darjah enam kot :-P

Ketika itu, segala perbelanjaan termasuk passport telah ditanggung oleh arwah atuk aku. Seingat aku, pergi ke Medan Indonesia jugak. Bertiga dan seorang lagi tu sepupu aku.

Back to this story, macam biasa lah sebelum hari penerbangan tiba... aku dan wife kelam kabut buat research macam2 tips dan nasihat dari internet. Pada masa sama juga sibuk memerhati nilai mata wang sebab taknak rugi bila nilai naik. Maklumla first time pergi ke luar negara bersama wife dan anak2 mesti la kelam kabut huhuhu... tapi nasib baik la ada kawan2 yang berpengalaman pergi ke Bandung ni... lega hehehe

Berikut adalah antara tips yang boleh diguna pakai bila sampai di Indonesia:

Dipendekkan cerita, kami bertolak dari rumah pada 16 Nov menaiki van sewa ke LCCT, lebih kurang pukul 3:30 sampai di sana. Punya la excited dan berhati2, awal gila sampai hahaha. Anyway, itu salah satu dari tips, kena sampai awal sebelum berlepas sebab macam2 benda nak kena buat. Anak2 masa tu punya la excited sampaikan hilang mengantuk sebab tengok airport :-P Mana taknya, hampir setiap hari asik tanya bila nak naik kapal terbang... hah hari ni naik, apa lagi nak tanya? hahaha

[caption id="" align="alignnone" width="800"] maksu dan paksu pon ikut... honeymoon la hahaha[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] sebelum berlepas, muka mengantuk hahaha[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] excited tidak dapat dibendung lagi[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] apa bawah dagu tu? [/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] Subhanallah, cantiknya pemandangan sunrise dari atas[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] selfie dulu hahaha[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] Alhamdulillah selamat mendarat[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] destinasi pertama, tempah jeans! kekeke[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] tempat persinggahan kedua, MAKAN! lapar gila hahaha[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] pandangan dari luar Pasar Baru, Bandung.
crowded gila![/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] hujan pulak[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="800"] baju tidur beli kat Pasar Baru hehehe[/caption]

 Hari kedua, kami telah dibawa bersiar2 sambil menghabiskan duit bershopping hahaha. Next destination, Garut! Tempat yang best untuk shopping barangan kulit...

[caption id="" align="alignnone" width="800"] bukan senang nak bergambar dengan kuda[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] beg kulit baru... katanya[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="800"] kat Malaysia takde yeee[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="800"] Kenangan berlatar belakang kereta kuda[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] ole-ole khas Priangan saje tulis walaupon korang boleh baca :-P[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="800"] destinasi last hari ni, Cihampelas Walk... letih...[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="800"] muka letih[/caption]

Journey continue!

[caption id="" align="alignnone" width="800"] errr...[/caption]

Mode malas menaip dah tiba!

[caption id="" align="alignnone" width="800"] terima kasih la kepada siapa yang shot gambar ni hehe[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="800"] sampai juga ke Trans Studio, Bandung.[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="530"] my happy family :-)[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="530"] geng kanak2 riang[/caption]



[caption id="" align="alignnone" width="800"] letih weeeehhhhh[/caption]

FUHH!!! nak taip blog pon rasa letih, apa tah lagi pegi melancong jauh2 huhuhu... anyway, letih tu semua berbaloi sebab dapat enjoy dengan family dan kawan2 yang lain. Memori yang indah, tak mungkin dapat dilupakan... InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki, akan menjejekkan kaki lagi di sini..........................................................................................ok takde idea dah, adios!

owh, ada satu lagi... enjoy the photo slideshow...

http://www.youtube.com/watch?v=wl1cxDOSIg4

The rest of photos: https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157659635558226/